"Insha-Allah puan. Kami akan usaha sebaik mungkin untuk selamatkan nyawa anak puan." Umi Rahimah mengukir senyuman nipis. Lega dia mendengarnya.

"Terima kasih doktor."

"Itu sudah jadi tanggungjawab saya. Tapi pembedahan ni ada ada risikonya." Umi Rahimah dan Ukaisya saling berpandangan. Masing-masing mempamerkan riak bimbang.

"Apa risikonya doktor?" Ukaisya menyoal bimbang. Doktor itu berdehem sebelum bersuara.

"Pembedahan ni berkemungkinan lima puluh peratus berjaya dan lima puluh peratus gagal kerana barah Puan Maya hampir berada di tahap empat." Nafas berat dihela. Umi Rahimah dan Ukaisya tersentak. Mulut mereka berdua bagai dikunci.

"Maksud doktor, kalau pembedahan tu tak berjaya, anak saya akan..." Kata-kata Umi Rahimah terhenti. Dia takut sekiranya kata-katanya itu menjadi satu doa. Doktor itu mengangguk. Tahu maksud yang ingin disoalkan Umi Rahimah.

"Nak diteruskan juga pembedahan ni?" Doktor itu menyoal sekali lagi. Kali ini, Umi Rahimah dan Ukaisya mengangguk pasti. Ya, mereka yakin akan keputusan yang telah dibuat.

"Bagitahulah kami Maya sakit apa sebenarnya?" Adam semakin mendesak. Susah betul Ukaisya hendak menceritakan kepada mereka.

Ukaisya memandang wajah Umi Rahimah dalam pandangan sayu sebelum pandangannya beralih semula pada Adam dan Raisya.

"Maya menghidap barah otak." Ukaisya melepaskan keluhan berat. Dia cuba berlagak tenang setelah menuturkan ayat itu.

Raisya sudah jatuh terduduk ke atas kerusi di ruangan menunggu itu. Lututunya terasa longlai sahaja ketika ini. Tengku Zafran segera menenangkan Raisya. Cukup-cukuplah Raisya menagis. Dia sendiri rasa sakit melihat air mata isterinya itu gugur dari kelopak mata.

Aiman pula terkebil-kebil sendiri. Barah otak? Apa benda pun dia tidak tahu.

Adam meraup kasar wajahnya setelah apa yang Ukaisya sampaikan tentang penyakit yang dihidapi Maya kepadanya. Kenapa aku boleh tak tahu fasal ni?! Dan kenapa Maya nak rahsiakan pemyakit dia ni?

"Dah lama ke Maya menderita sakit ni?" Kedudukannya pada kerusi dibetulkan. Walau macam mana keadaan Maya sekalipun, dia perlu kuat demi isteri yang baru dinikahinya itu.

"Sya rasa dah lama. Cuma belum dikesan. Tapi lepas dia selalu sakit kepala semenjak dua menjak ni, Sya ajak dia pergi hospital. Sya tak sangka dia menghidap barah otak." Nada percakapan Ukaisya sudah bertukar sayu. Kenapalah mesti barah otak? Kenapa bukan penyakit yang melibatkan pendermaan. Jika tidak, sudah pasti dia dengan rela mendermakan organnya kepada Maya.

"Barah Maya dah sampai tahap berapa? Masih belum teruk lagi kan?" Sedikit bergetar suara Raisya. Tolonglah katakan ini semua hanya mimpi! Baru sahaja dia ingin merasakan kenangan manis bersama sahabatnya itu. Namun ini pula yang berlaku.

"Dah sampai tahap tiga. Doktor cakap, kalau Maya jalani pembedahan, harapan pembedahan tu berjaya adalah lima puluh peratus daripada gagal. Tapi Sya tetap nak doktor tu lakukan pembedahan juga. Sya tahu Maya masih ada peluang untuk hidup. Sebab ajal maut di tangan-Nya bukan di tangan doktor. Jadi Sya yakin Maya akan selamat. Insha-Allah dengan izinNya." Ukaisya tersenyum memandang satu persatu wajah di hadapannya. Kasihan dia melihat riak wajah yang dipamerkan oleh Aiman. Pasti anak kecil itu sedang bersedih.

Mereka semua hanya mengangguk. Sedikit kagum mendengar mukadimah ringkas dari Ukaisya. Beruntung Maya mempunyai kembar seperti Ukaisya.

Selang beberapa minit selepas itu, beberapa orang doktor dan jururawat masuk ke dalam bilik pembedahan untuk membuang tumor pada otak Maya.

Mereka semua berdebar bagi menanti keputusan pembedahan yang akan dijalankan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka. Harapan mereka agar Maya selamat menjalani pembedahan itu.

*********

Fasya mula meradang apabila panggilannya langsung tidak berjawab. Pergi manalah kakak kesayangan seorang ni? Tak tahu ke orang nak datang rumah dia ni.

"Hesh..." Fasya mengeluh tanpa sedar. Farisya menapak menghampiri Fasya lalu dia duduk di atas riba Fasya. Wajah runsing Fasya ditenung lama.

"Mummy kenapa? Tak sihat eh?" Fasya menggeleng perlahan. "Dah tu kenapa? Masam aje muka mummy Isya tengok."

"Mummy call maklong Isya. Tapi dia tak angkat. Mummy ingat nak datang rumah maklong Isya hari ni." Fasya mengembungkan pipinya lantas mengangguk. Telefon bimbit Fasya dicapai. Lalu nombor telefon Raisya didail buat kesekian kalinya.

"Eh, Isya nak buat apa ni?" Hairan melihat Farisya tiba-tiba sahaja mncapai telefon bimbitnya.

"Nak telefon maklong lah."
Setelah hampir tiga kali nombor Raisya didail, akhirnya panggilannya berjawab di hujung talian.

"Hello maklong. Ni mummy nak cakap." Dahi Fasya berkerut apabila panggilan Farisya bersahut.

"Hello akak? Amboi, susah betul nak angkat telefon sekarang ni. Tahulah syarikat dah semakin maju berkembang." Fasya diam apabila Raisya tidak mengeluarkan sebarang suara.

"Akak? Are you still there?" Kedengaran suara batuk kecil dari corong telefon.

"Kenapa call aku? Ada apa-apa ke?" Fasya dapat menangkap suara serak basah Raisya. Cara Raisya bercakap pun dia tahu kakaknya itu sedang bersedih.

"Are you okay? Kenapa suara akak macam lain aje? Akak menangis ke?" Soalan dibalas soalan.

"Okay. Fasya, nanti-nanti aje lah kita berborak. Aku ada kerja sikit. Nanti aku bagitahu kau apa yang dah berlaku. Tapi buat masa sekarang ni aku mungkin jarang ada dekat rumah. Kalau kau nak datang, inform aku dulu tahu." Fasya tersenyum nipis di hujung talian. Macam tahu-tahu saja yang adik kesayangan dia ni nak datang rumah.

"Hmm okey. Tak apalah. Fasya pun tak nak ganggu akak. Bye, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, tiba-tiba ada sepasang tangan menggenggam erat jemarinya.

"Mama jangan sedih eh? Imani dengan papa kan ada? Kita doakan yang terbaik untuk aunty Maya." Raisya senyum memandang Imani dan Tengku Zafran. Kemudian dia mengangguk. Sempat dia mengerling ke arah Adam dan Aiman yang berwajah muram.

-Bersambung-

Promote-Promote...

*Flower Boy Next Door
ByCikBurungHantu

P/S Korang tak kisahkan kalau tetiba Special Part Ramadhan muncul time waktu Raya? xp

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now