Maksud Tersirat

23.4K 232 7
                                    


That's a long journey rasanya. Keadaan malam yang gelap menyukarkan lagi perjalanan. Di pertengahan perjalanan, sempat aku melihat jam di pergelangan tangan.

Tepat menunjukkan jam 8 malam.

Tambahan lagi, kereta pada malam itu sangat banyak.

Yes, memang sangat mencabar. Jujur aku katakan, aku hampir menangis apabila tidak melihat kelibat Muqris di sebalik jalan yang penuh dengan kenderaan. Jenuh aku membuka mata aku luas-luas pandang ke hadapan untuk mencari Muqris. Tahu-tahu saja dia sudah berada di tepi aku. Aku menghembuskan nafas lega.

Dia ini yang banyak memberi aku pengalaman. Muqris.

----------

Sampai sahaja di rumah, aku terus merebahkan badan di atas katil milikku. Ahh leganya...
Rasa seperti tulang yang hampir 50 darjah membongkok dan urat saraf yang menegang akibat terlalu lama duduk di atas motor kembali normal. Aku melelapkan mata aku sekejap dan semakin lama semakin....

Aku membuka mataku. Aku melihat sekeliling, putih. Bukankah tadi aku berada di atas katil bilikku? Mengapa aku terbaring di sini?

Aku bangun daripada pembaringan dan melangkah perlahan ke hadapan. Tempat ini begitu asing bagi aku. Warna putih yang memenuhi ruang ini membuatkan aku lemas.

Aku melajukan langkah apabila ternampak sebuah tangga dihadapan. Aku mendaki anak tangga itu satu persatu. Tangga yang tinggi dan tiada penghujungnya. Akhirnya aku tergelincir sedikit menyebabkan badan aku terjatuh daripada tangga itu. Serta-merta aku tersentak dan terjaga daripada lena. Jantung aku berdegup laju akibat mimpi itu tadi. Aku cukup benci mimpi seperti itu.

Aku bangun daripada katil dan membersihkan diri. Setelah selesai mandi dan menyarungkan pakaian tidur, aku merebahkan semula badan di atas katil menunggu masa untuk terlelap.

*ting*

Aku mencapai handfone di bawah bantal.

Muqris: syg

'Dia dah sampai rumah kot' . getus hatiku sendiri. Katanya selepas sahaja dia menghantar aku pulang, dia akan bergerak ke KL iaitu rumah sewa nya. Laju tangan aku menekan password di handfone.

aku: Haiii

Muqris: Tak tidur lagi?

aku: Nak tidur dah ni, kenapa biy?

aku: Biy, thanks tau untuk harini. Kesian biy kena ulang-alik hantar syg.

Aku teringat semula perbualan antara aku dan Ibu Muqris tempoh hari. Rasa kesian pula terhadap Muqris yang sanggup bersusah payah datang ke Shah Alam untuk berjumpa dengan aku.

Muqris: Takde apa.

Muqris: ok

'Ok' je? Kenapa agaknya dengan Muqris. Selalunya kalau dia jawap sepatah-sepatah begini pasti dia tengah serabut atau mempunyai masalah.

aku: Biy ok tak?

Muqris: ok je.. kenapa syg?

aku: Entah lah, kenapa biy mcm lain ni?

Ya, aku perasan Muqris kelihatan berbeza sejak daripada malam kami makan rojak bersama-sama. Dia lebih suka mendiamkan diri. Selalunya dia yang akan bersembang lebih. Kalau tak rancak sembang tu bukan Muqris lah namanya.

aku: Biy.. biy dah tak.. suka syg kan?

Sengaja aku ingin menduga dia dengan cara serkap jarang. Aku pun tidak tahu kenapa tapi aku memang nak sangat tanya soalan tu pada dia.

Muqris: kenapa ni?

aku: takde lah

aku: biy tak suka syg mcm ni?

Serkap jarang lagi.

Muqris: Bukan lah..

Aku biarkan saja chat dia tidak berbalas. Merajuk konon nya. Tiada sebab pun untuk aku merajuk. Mungkin kerana aku terlalu penat dan itu yang membuatkan aku cepat sensitif. Tidak lama kemudian,

Muqris: Biy nak percantikkan syg biy

Muqris: kalau tak boleh ikut takpe lah. Biy tak paksa pun.

aku: syg tak faham?

Muqris: Tak perlu faham. Dah lah pergi tidur kalau tak tidur nanti biy buat syg sampai tak boleh tidur terus. Nak?

aku: hahaha nakal

Muqris: Hihi

Muqris: Dadadaaa

Muqris: Kenapa syg muncul sekarang?

Muqris: Ermmm

Aku yang hampir terlelap terus membuntang melihat ayat ketiga itu. Apa maksud dia?

aku: hah?

Muqris: Kenapa lah tak muncul masa depan biy je..

aku: erm takpelah..

aku: Assalamualaikum..

Muqris: Waalaikumusalam air sungai..

What?! Air sungai pula dah.. Aku yang beri salam, air sungai pula di kaitkan. Pelik, Muqris memang pelik.

aku: [crying emoji]

Muqris: Cinta pada bunga, bunga akan layu..

Muqris: Cinta pada air sungai, air sungai akan sentiasa mengalir..

Muqris: Ibarat mu

Muqris: Amin ya Allah.

Rindu ( COMPLETED )Onde histórias criam vida. Descubra agora