Pergilah sayang. Ingat aku...

2.3K 38 7
                                    

Dah hampir 2 bulan kami menjalankan hubungan tanpa pengetahuan sesiapa pun.
Beberapa hari ini aku sering cemburu setiap kali Shah melebihkan kawannya, memang kawan penting tetapi aku penting juga. Bila dah perasaan ini muncul merajuk lah jawabnya, Bila aku merajuk memang aku tak layan lah si shah ni. Hanya diam yg ku mampu. X sangkah dia pun keras kepala, bukan nak memujuk boleh dia marah aku balik, kata aku x matang. Sakit sangat hati. Bila nak pergi mandi, pastu terserampak dengan dia terpaksa buat-buat tak layan, seolah-olah tak pernah jumpa. Tapi dalam hati ingin saja berteriak ' Shah aku rindu kau bodoh' terasa ingin ku dakap tubuhnya, tapi apalah daya ego masing-masing lebih tinggi.

Selesai mandi aku terus jemur baju lalu masuk ke bilik. Terpandang coklat cadbury atas katil ku bersertakan sekeping nota 'with love' . Aku tertanya-tanya siapa yang beri. Bila ku tanyakkan kawan sebelah katil ku siapa yg beri, hanya tak tahu jawapannya, ini dah kali ke-3 ada coklat d katil ku tanpa nama pengirim. Kali pertama aku fikir sahabat karib ku rupanya bukan. Malas mahu fikir banyak aku makan sahaja coklat tu. Dah tu makanan favorite aku makan je lah.

Otw ke surau untuk sembahyang maghrib, terserempak dengan shah , rasa nak nangis sebab rindu. Tiba-tiba handfone ku berbunyi biasalah hari sabtu handfone memang di kembalikan , ku buka pattern lalu ku baca Sms yang masuk itu,

Shah- 'hai sayang,masih marah saya kah.'
Aku - ' xdalah'
Shah-'love you,janganlah marah. Saya sayang awak.rindu nak tengok senyuman awak'
Aku-'ye lah xda marah.nanti di surau duduk dengan saya' ( gila kalau kata tak happy.haha)
Shah- 'ok sayang'

Ramai juga perasaan kami gaduh. Tapi tak lah mereka tahu gaduh pasal apa.tiba-tiba
Kawan ku mendekati ku lalu membisikku ,
Ima-"nini kau couple kah dengan si Shah"
Aku-"gila kah kau,sapa sebar fitnah ni"
Ima-"Aku dengar budak bilik cerita,dorang nampak kau dengan shah rapat sangat,siap main merajuk-merajuk lagi"
Aku-"fitnah semua tu jangan percaya, aku masih lagi di jalan yang lurus. Shah tu bestfriend aku jak lah"
Ima-"ok lah kalau macam tu."

Emm, kalau ikutkan mahu sahaja 1 dunia ku beritahu mengenai sayang dan cinta ku terhadap shah, tetapi aku terpaksa mencangahkan cerita, aku tidak mahu Shah malu. Aku tak mahu dia di caci . Aku tidak fikir diri ku tapi aku memikirkan Shah. Nasib juga lah cerita tu pandai juga senyap.

Pejam celik pejam celik tinggal 4 hari je lagi kami di Kem ini.. Kemudian smua berpisah . Memang first masuk PLKN aku memang benci betul kem ni, sehinggakan aku mahu berpura-pura asma agar di benarkan tangguh. Tetapi kini setelah mengenali Shah, tidak pernah ku merasakan sendirian, hari ku sentiasa di isi dengan lawak dan kata2 pahit manis darinya.haha..sehinggakan aku mengharap PLkN dilanjutkan lagi 1 tahun.

Cepat sungguh masa berlalu, malam ini adalah malam last kami di PLKN, start esok kami akan bergelar 'bekas pelatih' start dah drama dalam dewan ni, ada yang berpelukan, bertangis-tangisan. Berselfi tu memang harus, Aku hanya mampu berdiam diri, terasa sedih menghadapi hari esok. Takut kehilangan dia, biasa orang keluar PLKN cinta mereka pun di situ sahaja. Aku hanya mampu berdoa, memang hubungan kami haram, terlarang dan tidak patut wujud, tetapi bagaimana? Aku sudah terlanjur mencintai seseorang perempuan.sukar hidup ku tanpa dia. Bukan aku meminta perasaan ini, namun ia muncul sendiri. Salahkah aku mencintai dan dicintai.

Selesai jamuan perpisahan semua naik ke bilik. Masing-masing packing barang.
Aku berjalan menuju bilik Shah, aku lihat dia mengemas barangnya, ingin ku mengalirkan air mata namun ku halang. Aku membantu shah kemas barang,tengah mengemas aku terpandang sebuah buku nota kecil, ya nota tu lah yang selama ni sering berada di katilku bersama coklat cadbury itu.
Aku-" awak kan yang bagi saya coklat selama ni"
Shah-" kenapa awak harap dari orang lain kah"
Aku-" bukan lah,kan saya dah kata jangan bazir duit beli benda cam tu"
Entah mengapa air mata ku mengalir juga, ya aku sedar betapa dia mencintaiku. Kini aku yakin cinta kami memang teguh..
Shah-"napa awk nangis. Dah lah jangan bazir masa dengan nangis bagus kita bercerita, spend time bersama. Esok tidur malam saya dah tak boleh tengok awak."
Aku sudah tidak peduli orang di bilik aku memeluk shah seolah-olah dia mahu lari. Terlalu erat pelukan ku. Sedih sebak. Kerana rumah kami berlainan daerah. Entah bila lagi kami akan berjumpa.
Malam itu pelbagai cerita kami kongsikan, ada kala ketawa, ada kala nangis...lumrah hidup biasa lah.
Sampai kami terlelap.

Alarm handphone berbunyi, jam dah pukul 8 . Terasa kosong juga bilik ni sebab ramai yang dah balik jam 7am tadi.kerana tidak cukup bus terpaksa dihantar dahulu mereka yang tinggal dekat dengan kem.. Lalu ku kejutkan Shah mandi, selesai mandi kami mengenakan baju dan mengumpulkan barang untuk dibawa ke dewan..tinggal kami berdua di bilik. Aku tidak ingin Shah pergi jauh, tapi apa boleh buat memang takdir kami seperti ini. Sedang aku mengelamun Tiba-tiba ku merasakan hangat bibir ku, baru ku tersedar Shah sedang mencium ku. Tidak ku halang malah aku membalas ciumannya.
Siren berbunyi menandakan kami perlu berkumpul. Enggan ku lepas Shah tapi terpaksa. Kami membuka langkah menuruni bukit ke dewan. Bus kami dah sampai, sekali lagi aku menangis sambil memeluknya
Aku-" sayang,saya mintak maaf selalu kasar ngan awak,merajuk tak tentu pasal, selalu abaikan awk. Halal kan semua yg awk pernah kongsi dengan sy.sy sayang kan awk. "
Shahz-" saya sayang awk juga. Jaga diri sayang. Nanti ada masa kita jumpa."
Ku tatap wajahnya, kulihat air matanya mengalir, sayang juga dia pada ku.
Aku-"kita jaga hubungan kita bersama ye"
Shah-" ya sayang. Sya janji ini bukan terakhir"

Terpaksa ku lepas tangannya, setiap langkahnya ku perhati sehingga hilang dirinya masuk ke dalam bus.
Aku meneruskan langkah naik ke bus ku. Sepanjang perjalanan aku menangis, ditemani Sms dari Shah.ya sepanjang perjalanan dia Menghantar pesanan ringkas untuk menguatkan dan menabahkan aku. Tetapi aku tetap sedih. Pertama kali aku jatuh cinta, pertama kali aku mencintai setulus hati.

Sampai aku di rumah disambut oleh family ku. Benda pertama aku lakukan, apa lagi makan lah. Rugi tak rasa masakan berbisa ibu ku..hehe...

Bersambung...


Terima kasih sudi membaca,
Cerita sy tulis adalah cerita benar hidup saya
Kalau x suka abaikan.
Kepada yg suka baca thanks guys.
Maaf andai ada typo dan salah penggunaan bahasa

Ada kah ini rasanya mencintai? ( GxG)Where stories live. Discover now