“Maya, tunggulah Adam." Adam pula masuk ke dalam perut kereta miliknya. Mereka naik kereta secara berasingan. Maklumlah, tempat kerja mereka lain-lain. Maya sebagai CEO di Maju Holdings, manakala Adam  merupakan seorang jurufoto terkemuka.

“Mama... papa. Imani nak balik!" Adoyai... baru nampak muka cikgu, dia dah nak balik. Apalah ini budak. Cikgu itu pula cuma mampu melihat.

“Imani, kenapa ni sayang? Tak malu ke kawan-kawan tengok Imani? Sayang, nanti mama dengan papa jemput Imani balik ya. Jangan risau. Imani kan dah besar." Pipi Imani dikucup penuh kasih.

“Tapi mama..." Belum sempat Imani menghabiskan percakapannya, Tengku Zafran menghadiahkan ciuman pada pipi kanan Imani.

“Mama dengan papa nak pergi kerja ni. Imani duduk sini elok-elok tahu. Jaga perangai. Barulah ada kawan." Tengku Imani cuma mengangguk. Dia menyalami Raisya dan Tengku Zafran sebelum mama dan papanya hilang di pandangan mata.

Sebaik sahaja Tengku Imani menoleh, kelihatan seorang budak lelaki berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis. Dan di sampingnya berdiri seorang guru perempuan yang manis bertudung.

“Jom masuk. Cikgu dah panggil tu." Lama Tengku Imani menatap wajah Aiman sebelum dia masuk ke dalam tadika bersama Aiman.

“Awak kawan dengan kita boleh? Kita tak ada kawan." Tengku Imani menyoal sebaik sahaja mereka masuk ke dalam tadika.

“Boleh. Jom duduk situ. Kita duduk dengan awak. Okey?" Tengku Imani mengangguk suka. Lalu mereka berdua mengambil tempat di meja hadapan. Boleh fokus belajar. Ramai lagi pelajar tadika masih menangis dan ada juga merengek nak ikut mak ayah diaorang balik.

“Nak tak kita kenal-kenal? Kita kan kawan." Sekali lagi Tengku Imani mengangguk. Suara dah hilang agaknya. Malu lah tu. Mungkin pertama kali dapat kawan lelaki. Sebab tu lah malu.

“Nama awak apa?" Tengku Imani mengetap bibirnya sebelum menjawab. Aiman pula setia menunggu.

“Te...Tengku Syaza Imani. Tapi panggil Imani aje. Awak pula?" Keluar juga suara akhirnya.

“Oh... Tengku tu apa eh?" Tengku Imani cuma jungkit bahu tanda dia juga tidak tahu.

“Emm... tak apa lah. Nama kita Syamel Aiman. Awak panggil aje kita Aiman." Mereka saling berbalas senyuman sebelum masing-masing mengangkat tangan dan tangan masing-masing digenggam.

“Okey. Aiman, Imani forever best friend." Mereka berdua melagakan penumbuk. Kemudian hilaian tawa tercetus di antara mereka. Tak sangka pula ada persamaan.

“Okey murid-murid. Kelas kita dah nak mula. Boleh ambil tempat masing-masing." Makin kuatlah kedengaran raungan kanak-kanak di sini. Nampak bebenor susahnya nak berpisah dengan ibu dan bapa masing-masing. Hari pertama persekolahan bagi seorang kanak-kanak tadika. Mestilah diaorang takut sebab belum biasa dengan keadaan sekeliling lagi. Tapi tidak bagi Aiman dan Imani.

Setelah mereka semua mengambil tempat duduk masing-masing, guru tersebut pun memulakan pelajaran pada pagi itu.

                   *************

“Papa... Miss you." Fasya laju sahaja menerpa ke arah Datuk Faizal sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Datuk Faizal.

Miss you too. Farisya dengan Rif mana?" Datuk Faizal mencari kelibat menantu serta cucu keduanya itu setelah pelukan dileraikan.

“Farisya kitaorang dah hantar pergi tadika. Rif pergi buat kerja dia lah papa." Fasya menarik kerusi di hadapan Datuk Faizal. Lalu punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi itu.

“Fasya tak pergi buat kerja ke?" Datuk Faizal sengaja mengusik puteri bongsunya yang manja itu.

“Alah, kejap lah papa. Lagipun papa start meeting lambat lagi kan?" Fasya mula menarik fail projek yang terletak elok di atas meja Datuk Faizal.

“Hmm... pandai dia ya. Pergi bancuh kopi untuk papa." Datuk Faizal menyilangkan kakinya. Acah-acah guna kuasa veto seorang boslah tu.

“Eh papa ni... Fasya PA papa aje kut. Bukannya tea lady." Fasya menarik muka masam. Ni yang nak marah ni.

“Tak baik lawan cakap bos."

“Okey-okey. Papa ni saja aje kan." Fasya bangun dari duduknya seraya beredar ke pantry pejabat itu.

Sedang asyik dia membancuh secawan kopi untuk Datuk Faizal, tiba-tiba ada sepasang tangan yang melingkari pinggangnya.

“Awak buat apa tu? Kopi ni untuk saya eh?" Tengku Zarif mengeratkan lagi pelukannya di pinggang Fasya. Naik rimas Fasya dibuatnya.

“Ish apa ni? Tak malu ke nanti staf nampak? Anyway, kopi ni untuk papa. Dah lepas. Saya nak bergerak pun tak senang."

“Saya pun nak jugak." Tengku Zarif mengerdipkan matanya. Harapannya agar Fasya cair lah tu.

“Eee... mengada. Tapi pergi hantar kopi ni dekat papa dulu." Fasya menghulurkan secawan kopi yang dibancuh buat Datuk Faizal kepada Tengku Zarif. Lalu dia mengambil cawan lain di rak untuk bancuh kopi buat suaminya pula.

“Hehe... okey. Thanks awak."

“Kasih tak diterima. Pergi hantar cepat." Tengku Zarif mengatur langkah menuju ke bilik pejabat Datuk Faizal dengan senyuman di bibir. 

-Bersambung-

Nak Promote Jap...

❤ Jangan Jatuh Cinta, Deal?
By: qurrain

Terpaksa Dalam Kerelaan
By: Ryunnie

Vote
Comment

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now