Now, let us start the plan!

**********

UKAISYA melangkah keluar untuk membersihkan halaman rumah memandangkan Maya mengambil tugas memasak pada hari itu. Rutin harian mereka kini adalah bergilir-gilir menggantikan tugas masing-masing. Kalau bukan dia yang membersihkan halaman, Maya yang akan mengambil alih.

"Assalamualaikum." Serta-merta pandangannya terlempar ke arah seorang jejaka yang sedang memberi salam di hadapan pintu pagar rumah mereka.

"Waalaikumussalam. Encik ni siapa?" Ukaisya membalas sopan.

"Please lah Maya. Takkan kau benci sangat dengan aku sampai pura-pura tak kenal siapa aku?" Adam menatap Ukaisya dengan pandangan sayu.

"Apa yang Encik cakap ni? Saya bukan Maya, saya Ukaisya." Penyapu yang di tangan, disandarkan pada tembok pagar itu. Geram pula dia dengan jejaka yang tidak dikenali itu.

Look, Maya. Kau cuba nak mengelak dari aku sebenarnya, kan? Mana Aiman?"

"Encik faham tak nama saya Ukaisya. U-K-A-I-S-Y-A." Ukaisya mengeja satu-persatu namanya untuk menyedarkan jejaka di hadapannya bahawa dia bukanlah Maya yang dimaksudkan.

"What? Kau tipu, kan?"

"No. Saya kembar Maya Kayla." Adam seperti teragak-agak untuk mempercayai kata-kata Ukaisya. Kembar? Tak mungkin. Sepanjang dia mengenali Maya, tidak pernah pula dia tahu bahawa Maya punya kembar. Seiras pula tu.

"Nama saya Amira Ukaisya." Ukaisya sendiri memperkenalkan dirinya kepada Adam tanpa disuruh.

"Oh... so, mana Maya? Dia tinggal dekat rumah ni juga kan?" Ukaisya mengangguk sebelum dia berlari masuk ke dalam rumah.

"Maya ada kembar?" Adam menggumam sendiri. Baru sahaja dia ingin bersandar pada keretanya, kelibat Maya bersama Aiman datang menyapa pandangan.

"Adam? Macam mana kau tahu aku tinggal dekat sini? Kau nak apa datang sini? Please, balik. Jangan kacau hidup aku dengan anak aku." Ukaisya yang setia berdiri di samping Maya cuma jadi pemerhati. Tetapi yang sebenarnya, pemerhati Adam.

"Masih belum ada peluang untuk aku ke?" Maya menggeleng laju. Sesekali dia mengerling ke arah Ukaisya yang sedari tadi asyik merenung Adam. Tangkap cintan ke apa kembar aku sorang ni?

"Nantilah aku fikirkan. Tapi aku minta sangat kau balik dulu." Adam hanya mampu akur walaupun hatinya berat untuk tinggalkan Maya dan juga Aiman.

Sebelum kereta yang dipandu meninggalkan kawasan perumahan Umi Rahimah, Ukaisya dan Aiman sempat membalas lambaian Adam. Manakala Maya cuma buat tak endah sahaja.

Sah, kembar aku ni jatuh cinta pandang pertama ni. Tak apa, nanti aku korek rahsia dia.

**********

BUNGKUSAN pemberian Mr. Edward tadi segera ditarik keluar isinya. Tepat seperti yang dijangka, sehelai dress labuh berteksturkan kain chiffon berjaya memukau pandangan matanya. Terdetik sesuatu di fikiran tatkala melihatkan dress tersebut.

“Sayang pandang apa yang lama sangat tu? Dah siap pilih barang-barang yang nak beli?" Tengku Zafran merapati ke arahnya.

Raisya mengangguk laju. Namun sorotan mata masih melekap di dalam butik mewah itu.

Hai lah nasib... Time macam ni jugak lah terlupa bawak purse. Raisya merungut sendiri mengenangkan kecuaian diri. Melepas nak beli dress cantik tu.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now