Bab 51: The Fallen Dragon

Start from the beginning
                                    

“I need a ride, Elioni,” kata Annabella.

It’s my pleasure, Golden Princess.” Elioni balas dengan senang hati.

“Let me help you,” ujar Karyle. Dia menghulurkan tangan kepada Annabella untuk naik ke atas belakang Elioni.

Annabella menyambut tangan Karyle tanpa ragu-ragu agar dapat berada di atas belakang Elioni.

“Ramai tentera kita yang terkorban.” Annabella dapat melihat pemandangan medan perang.

“Kita tidak boleh biarkan pengorbanan mereka satu sia-sia,” kata Karyle.

“Elioni... Boleh terbang berdekatan dengan Ancient Demon tu?” pinta Annabella.

“Apa yang kau mahu lakukan Anna?” tanya Karyle yang agak bimbang dengan tindakan Annabella.

“Aku ingin menyelamatkan tentera itu. Dia memerlukan pertolongan,” kata Annabella. Dia ternampak seorang tentera berada di dalam genggaman Ancient Demon yang menyerupai golum tanah.

“Baiklah, jika itu yang kamu mahukan.” Elioni terbang di bawah Ancient Demon tersebut.

Annabella mengeluarkan pedangnya yang bercahaya emas dari tadi sebelum melompat turun dari atas badan Elioni. Dia berjaya berdarat di atas lengan Ancient Demon itu. Dengan bersusah-payah, dia berlari ke arah tentera yang berada dalam genggaman golum tanah. Eidan yang melihat tindakan Annabella agak bimbang dengan keadaan gadis itu.

“Jangan risau! Saya akan selamatkan kamu!” jerit Annabella. Dia mendekati tentera yang lemah tetapi tidak mendapat respon dari tentera itu.

Penutup mulut askar tersebut dibuka. Alangkah terkejutnya apabila melihat Wilda yang tidak sedarkan diri. Dia bertindak mencucuk pedangnya pada tangan golum tanah itu. Ngauman nyaring dari golum tanah itu membingitkan telinga. Wilda yang berada di dalam genggaman terlepas dan diselamatkan oleh Karyle apabila dia menyuruh Elioni terbang berdekatan dengan golum tanah tersebut. Karyle agak terkejut apabila melihat Wilda.

“Apa yang awak buat ni?” ujarnya cemas. Dia terus memberi rawatan segera pada gadis itu. Karyle menarik nafas lega apabila melihat Wilda mula sedarkan diri apabila mendapat rawatan.

“Apa yang dah terjadi?” tanya Wilda. Dia masih dalam keadaan lemah.

“Saya yang sepatutnya tanya soalan itu. Bagaimana awak boleh terlibat dalam peperangan ini? Jika terjadi apa-apa pada awak, Serpland tidak akan ada permaisuri nanti tahu tak?” marah Karyle.

“Saya tak faham,” ujar Wilda dengan muka blur.

“Selepas peperangan ini, kita bincang,” kata Karyle beserta senyuman.

Wilda pula mengerutkan dahi kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh Karyle. Dia sukar mentafsirkan maksud di sebalik senyuman itu.
Annabella bersusah payah mencederakan golum tanah dengan kudrat yang ada. Namun, Ancient Demon itu mengamuk dan menyukarkan lagi pergerakan Annabella di atas badan raksasa itu. Dia harus mencari titik lemah Ancient Demon tersebut tetapi hampa. Tiada apa-apa yang boleh melemahkan golum tanah tersebut.

Annabella bertindak membenamkan pedangnya ke dalam kepala golum tanah tersebut tetapi tidak berjaya kerana golum tersebut terlebih dahulu menepis badannya sehingga terpelanting di udara. Tidak cukup dengan itu badannya dilibas oleh ekor Ancient Demon yang lain menyebabkan dia memuntahkan sejumlah darah. Kesakitan mula menjalar dirinya.

“Anna!!!” jerit Eidan. Dia melihat keadaan Anna yang melayang di udara dengan penuh kerisauan.

“Griffin! Cepat selamatkan Anna!” arahnya kepada familiar yang sedang terbang.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now