Bab 49: Perang Darah Muda

Start from the beginning
                                    

“Ianya hanya mimpi. Jangan terlalu fikirkannya,” nasihat Andrew.

“Mimpi akan jadi kenyataan. Tindakan Anna ke Wasteland dulu disebabkan mimpi. Anna pernah mimpi ayah mati dan keesokan harinya ayah mati. Sebelum Anna berada di Sylvania, Anna sudah bermimpikan tentang Sylvania. Sejak kecil lagi, Anna mimpi tentang dunia ini, apa yang terjadi tentang dunia ini. Apa yang Anna mampu lakukan hanya lukiskan atas kertas. Ayah sendiri tidak tahu apa yang Anna alami sejak kecil,” luah Annabella.

“Terlalu banyak beban yang kamu tanggung.” Andrew berasa kasihan melihat adiknya menanggung beban seorang diri.

“Anna takut,” kata Annabella.

“Abang ada jaga kamu. Jangan risau,” ujar Andrew. Dia mengusap kepala adiknya.

Annabella senyum. Dia lega mempunyai seorang abang yang penyayang. Sekurang-kurangnya dia ada abang untuk meluahkan perasaan dan masalah yang dia hadapi. Air kopi di tangannya direnung. Air yang tenang tiba-tiba beralun sedikit. Dahinya berkerut. Angin? Dari mana datangnya angin? Setahunya tiada langsung angin pada malam ini. Annabella bangun.

“Kenapa, Anna?” tanya Andrew. Dia memandang wajah resah adiknya.

Annabella tidak membalas soalan Andrew. Dia terus memanjat naik menara memerhati. Seorang tentera sedang tidur tidak sedar akan kehadirannya. Matanya dikecilkan untuk melihat dalam kepekatan malam. Satu lagi hembusan angin melalui di wajahnya. Dia rasa tidak sedap hati.

“Bersedia untuk berperang!” jeritnya.

“Anna! Apa yang telah terjadi?” tanya Andrew.

“Musuh menyerang hendap kita! Kejutkan semua orang! Bersedia untuk berperang pada malam ini!” Annabella bersuara cemas.

“Kamu semua dengar? Bunyikan loceng! Kejutkan semua orang!” arah Andrew kepada semua tentera yang berada berdekatan dengannya.

Dalam sekelip mata sahaja, tapak perkhemahan yang tenang menjadi hingar-bingar dengan bunyi loceng kecemasan tanda musuh telah menyerang. Semua orang bangun dari tidur. Tanpa melengahkan masa lagi, mereka terus bersiap sedia untuk berperang. Segala kelengkapan dipastikan sudah tersedia.

Beribu-ribu orang tentera berbaris kemas dan tersusun rapi mengikut susunan yang telah ditetapkan. Tentera pemegang perisai berada di baris hadapan sekali untuk melindungi tentera pemanah yang berada di barisan kedua. Barisan ketiga pula tentera berkuda. Barisan seterusnya tentera yang akan berlawan dengan musuh.

“No matter what happen, Sylvania have to gain the peace once again! Not for us! But for our next generation!” laung Kflon sebagai kata-kata terakhir. Ucapannya tadi menaikkan lagi semangat angkatan tentera.

“Long live King Kflon! Long live King Kflon!” Sorakan gemuruh dari beribu-ribu angkatan yang tidak henti-henti.

“Andrew? Kau ada nampak Lenhil?” Erlen mendekati sahabatnya yang telah menjadi adik iparnya.

“Tak ada. Kenapa?” tanya Andrew.

“Pelik... Aku tidak nampak Lenhil dan Heroic Knight yang lain sedari tadi lagi.”

Mereka memandang antara satu sama lain. Rasanya mereka tahu apa yang bermain di fikiran masing-masing. Mereka tahu apa yang Heroic Knight dan yang lain sedang lakukan. Darah muda.

SEMBILAN orang anak muda termasuklah Annabella, Lenhil dan Heroic Knight kecuali Karyle sedang berada dalam posisi bulatan supaya senang untuk menjaga belakang masing-masing. Mereka akan mempertahankan dan melindungi antara satu sama lain. Senjata mereka sudah berada di tangan masing-masing. Sudah tidak sabar mahu memenggal kepala musuh.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now