Chapter 12 : Hongbin?

503 51 1
                                    

Chapter 12 : Hongbin?

*****

Bunyi ketukan pada pintu membuatkan aku berkerut. Aku mengerling ke arah pintu dan terus membetulkan pakaianku yang sudah ditukar.

"Masuk je la, Bella dah siap kemas pun." ujarku. Setelah seminggu aku berada di hospital yang menyesakkan dada ini, finally aku dibenarkan discharge.

Apabila aku dengar pintu dibuka, terus sahaja aku menoleh.

"Jimin, I told y-- what the hell? Dad?" Mulutku terlopong.

Appa menjongket kening. Dia memandangku dari atas ke bawah.

"Macam mana boleh masuk hospital ni?" Suaranya yang keras membuatkan aku flinched.

"Itu..." Aku terkelu. Takkanlah aku nak cakap yang aku terlalu mengikut perasaan sampai kereta kat tepi pun tak sedar? Cari nahas namanya.

"Appa kan dah cakap, peka dengan keadaan sekeliling! Tengok, seminggu dekat hospital ni, kan dah membantutkan kerja Bella." bebel appa.

Aku hanya menundukkan kepala. Aku mengeluh perlahan. "Appa sihat? Bila naik flight? Dah rehat ke?"

"Macam mana nak rehat bila appa dapat call dari Butler Kim yang Bella masuk hospital?" Kali ini suara appa menjadi lembut.

Aku mengangkat kepala dan merenung sahaja appa sambil mengetap bibir. Tiba-tiba kata-kata Suga menjengah kotak ingatanku. Aku rasa aku kena bagitau appa.

"Appa, Bella dapat information." Aku menghela nafas. "Kereta yang sama cuba langgar Suga beberapa kali tu lah yang.. langgar Bella lepas tu blah macam tu je. The thing is, the cameras that supposed to capture the accident, were off so there are chances that they.. already planned the accident."

Mata appa terbeliak. Dia menggenggam penumbuk dan menumbuk meja secara tiba-tiba membuatkan bahuku ternaik sedikit apabila mendengar bunyi hentakan itu.

"Damn! You better be careful, Bella. Stay away from suspicious people around you, who knows maybe they're Black Fight? Take care because I think.. they're now targetting to kill you."

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Keesokan harinya...

Aku melangkah masuk ke dalam sekolah dengan malas. I mean, siapa yang bersemangat nak pergi sekolah? Nak jumpa kawan maybe, but not for the education, well except for the nerds.

It amazes me how they can even read thick books without getting bored. They should get a taste of life. But again, the world out there is too dangerous. They're too innocent for the heartbreaks. Or maybe because of the heartbreaks, it lead them to be a nerd. Who knows?

Bunyi petikan jari menyedarkan aku dari lamunan. Mataku terkebil-kebil memandang Hongbin yang berdiri di hadapanku.

"Bella? Kau sekolah dekat sini?" soal Hongbin sambil menyengetkan kepala.

"Uhh yeah? Just weeks ago. Tengah tunggu masa nak pindah lagi je." balasku.

"Why? Oh, your dad kerja merata-rata?" soal Hongbin lagi.

"Lebih kurang." Aku menganggukkan kepala.

"Hmm? Tak nak bagitau your dad kerja apa?" Hongbin smirked.

"I'm mysterious, you know." Aku memandang mata Hongbin. The glint in his eyes are... mencurigakan.

"You look pale." Tangan sejuk Hongbin menyentuh pipiku membuatkan aku flinched.

His Protector (BTS' Suga/Min Yoongi)Where stories live. Discover now