Bab 53

3.6K 182 5
                                    

"Mommyy ! Kenapa mommy pergi shopping lama sangat ㅠㅠ Bella takutlah tinggal sorang2 kat rumah." Kataku sambil mencebik kepada mom.

"Alololo sorry lah princess. Tadi jalan jam. Alaaaa bukannya mommy tak nak bawak bella. Tapi bella tu banyak homework. Esok sekolah. Haaa mommmy tak naklah kacau anak mommy." Kata mommyku sambil mengucup dahiku. Haaa terpujuk sikit rasanya.

"Yelah2.. tp Bella tak bolehlah mommy takde. Tu yg bella risau tuu" aku berkata sambik memeluk mommyku.

"Sayang~" mommyku membelai rambutku tika aku didalam dakapan mommy.

"Mommy ni takkan hidup sampai bila2 tau. Ajal maut semua ditangan tuhan. Kalau Mommy pergi sekejap tadi pun bella dah sedih camni, macam mana kalau mommy dah takde nnati ? Bella kena jadi anak yang kuat. Mommy tak sukalah anak mommy ni lembik macam ni." Kata mommyku sambik menepuk nepuk belakangku.

Aku segera melepaskan pelukanku. "Ape ni mommy ... tak sukalah mom cakap camtu :( Mommy nak pergi mana ? Rumah mommy kat sini. Tak payah pergi mana2." Kataku sambil mencebikkan bibir.

"Astaghfiruallahalazim Bella. Kamu ni tak percaya qada' dan qadar ke ? Elok tau kalau mengingati mati."

"Hermm yelah2 kalau camtu.. biar Bella je yang pergi dulu. " kataku dengan riak yang serious.

"Ya Allah apa kamu cakap ni. Haish budak bertuahh. Kalau boleh.. biarlah mommy yang pergi dulu. "

"HOI !" Tiba2 lamunanku tersentak dek kerana herdikan yang dilemparkan oleh penculik itu.

Hemmm mommy.. i'm sorry.. bella rasa.. mommy tak boleh pergi dulu sebelum bella. Masinlah mulut Bella.. bella yang akan pergi dulu. Bermonologue aku sendiri.

"Kau dah kenapa ? Aku tanya dari tadi tak nak jawab"

Ape yg malaun ni tanya.

"Kau nak makan tak ? Angguk atau geleng! Tu pon susah ke mangkuk ?!"

Terhinjut bahuku sekali kerana terperanjat dgn herdikan si penculik.

Aku menggeleng.

"Kau memang nak mati ey ? Baik aku bunuh je teruss !" Kata si penculik sambil mengeluarkan pistolnya dan mengacukan pistol tersebut ke kepalaku.

Aku.. dah redha.. aku langsung tidak memberi sebarang reaksi.

"Wahh kau memang dah sedia nak mati nampaknya hahaha senang kerja aku. "

Si penculik sudah memegang picu pistol tersebut.

Aku memejamkan mataku kerana tidak mahu mati dgn keadaan mata terbuka seperti rakanku tadi,Ain.

"Ok aku kira sampai 3.. ha sebelum tu, kau ade ape2 pesanan terakhir ?" Tanya si penculik durjana itu.

Dahlah mulut aku terselotep gini. Pastu tanya pasal pesanan bagai. Kalau aku ade pesanan pon.. aku nak cakap camna ??

jadi.. aku menggeleng.

"Huh.. kau memang nak cepat2 angkat kaki dari bumi ni kan. Ok ! Aku mulakan kiraan. "

'Lailahailallah' dan
Ucapan dua kalimah syahadah berputar berkali kali di dalam hati.

"Satu !"

Aku mula menutup mataku..

"Dua!"

Aku mengambil nafas dalam2 dan mengetapkan gigiku.

"Tiga !"

'Allah'.. itu perkataan yang hanya mampu aku pikir ketika ini.

. Dup
.dap
.dup
.dap

Aku Perempuanlah ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now