BAB 2

10.7K 32 0
                                    

HADI sesekali mengerling jam tangannya sudah menunjukkan jam 7:01 pagi. Dia menantikan rakan-rakannya. Hari ini bermula persekolahannya ditingkatan 6, sesekali dia membetulkan tali leher yang dipakainya itu. Senyumannya terukir apabila terpandang Amira, Rakesh dan Ferdi sudah pun sampai. Hadi mengambil beg sekolahnya lalu disilang kebadannya. Mereka mengayuh basikal beriringan menuju ke sekolah.

Mereka berempat ditempatkan dalam satu kelas aliran tingkatan 6 Sains, beberapa rakan-rakan kelas mereka semasa ditingkatan 5 pun turut sama mendapat tawaran ke tingkatan 6 juga berada dalam satu kelas dengan mereka. Seorang guru wanita masuk kedalam kelas mereka, sambil memberikan senyuman kepada mereka didalam kelas.

" Assalamualaikum, salam sejahtera cikgu..." Mereka semua memberi salam.

" Waalaikumusalam, salam sejahtera pelajar-pelajar," memberi senyuman kepada pelajar-pelajarnya.

" Cikgu baru ke? Saya tak pernah lihat pun cikgu ini." Kata Rakesh kepada Ferdi.

" Baiklah nama saya Cikgu Ellina, guru matapelajaran Pengajian Am merangkap guru kelas kamu semua," Memperkenalkan namanya kepada pelajar baru tingkatan 6 dihadapannya.

" Yelah, rasanya cikgu baru ni. Muda lagi, mungkin guru praktikal kot?" Duga Ferdi.

Hadi tersenyum memandang guru muda itu, dia mengalih pandangannya memandang Ferdi dan Rakesh. Amira berkerut dahinya apabila melihat kelakuan Hadi yang masih tersenyum memandang guru muda tersebut. Dia mencuit bahu Hadi bersebelahan mejanya. Hadi terkejut seketika lantas mengalih pandangannya memandang Amira.

" Hadi, kamu kenapa? Kamu jangan buat hal, itu guru kita tau?" Tegas Amira.

" Isk! Kamu ni Amira? Jangan fikir yang bukan-bukan boleh? Saya tersenyum pada cikgu tu, sebab dia adalah sepupu saya." Hadi menerangkan kedudukkan yang sebenarnya kepada Amira.

Terbuntang mata Amira apabila mendengar kata-kata Hadi tadi. Rakesh dan Ferdi terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Hadi tadi.

" Apa! Cikgu Ellina tu sepupu awak?" tanya Ferdi.

" Ya, Cikgu Ellina tu sepupu saya... anak saudara ibu saya." Hadi tersengeh.

Rakesh, Ferdi dan Amira memandang sesama sendiri sambil mengangguk kepala mereka seperti burung belatuk. Hadi tersenyum melihat gelagat ketiga-tiga rakannya itu.

Ellina meletak handbag diatas meja guru, dia berjalan memandang pelajar tingkatan 6 yang baru berdaftar hari ini.Matanya mengerling memandang Hadi, dia mengukir senyuman bermakna kepada sepupunya itu.

ELLINA, guru yang mengajar matapelajaran Pengajian Am berumur 24 tahun seorang guru muda yang baru sahaja posting di sekolah tempat Hadi berlajar. Dia menulis sesuatu didalam buku laporannya, sesekali dia menyelit rambutnya dicelah telinganya.Ellina bangun mencapai pen marker didalam bekas yang tersedia ditepi meja guru, dia menulis sesuatu diatas white board. Semua pelajar leka memandang Ellina mencoret sesuatu diatas white board.Siap! Ellina tersenyum sambil matanya mengerling kearah pelajar-pelajarnya.

" Baiklah! Memandangkan hari ini kamu semua baru berdaftar masuk di tingkatan 6 di sekolah ini, erm... ohya! Mula-mula sekali saya ucapkan tahniah kepada kamu semua kerana berjaya ditawarkan berlajar di tingkatan 6 disini." Tersenyum memandang pelajar-pelajar baru dihadapannya.

" Cikgu, hari ini kita semua akan berlajar tentang apa ya?" Rizal bertanya.

" Erm, oleh kerana awak semua baru sahaja memulakan persekolahan.... Kita belum lagi memulakan apa-apa pelajaran. Tetapi saya ingin buat pemilhan ketua kelas dan penolong kelas serta AJK kelas. Bagaimana?" Memandang pelajarnya.

CIKGU ELLINA - Penulis : Maya MyraWhere stories live. Discover now