Bab 42: Luahan hati

Start from the beginning
                                    

“Ramalan itu tidak berubah sehinggalah ke hari ini disebabkan ada lagi pengguna kuasa cahaya yang masih hidup iaitu keturunan Fryswellendine dan Wallenstein,” sambung Pengetua Erald.

“Ini bermakna hanya Zen, Anna dan Lord Andrew yang mempunyai kuasa cahaya?” tanya Karyle.

“Ya... Tetapi hanya pengguna cahaya yang tulen sahaja yang mampu menghapuskan Tralgar,” balas Prof.Lordes.

“Maksud, Prof?” tanya Freya yang agak keliru.

“Andrew memiliki empat kuasa iaitu petir, api, tanah dan cahaya. Manakala Zen memiliki lima kuasa iaitu air, angin, tanah, semangat dan cahaya. Lima kuasa inilah yang membuatkan dirinya seorang Healer yang hebat seperti Wallenstein,” jelas Prof.Lordes.

“Anna pula” tanya Haziel.

“Hanya cahaya. Pengguna kuasa cahaya tulen sahaja yang mampu memulihkan Ancient Beast yang dirasuk oleh Demonic Spirit,” sampuk Frielan yang dari tadi mendiamkan diri. Sejak dari tadi, dia catat satu-persatu apa yang dibincangkan.

“Jadi, siapa yang tolong Anna sekarang ini?” tanya Serena.

“Kamu tidak perlu risau. Abangnya ada menolong Anna,” balas Pengetua Erald.

Tidak lama kemudian, muncul Andrew melalui medan magik teleportasi. Dia mendekati Heroic Knight.

“Bagaimana keadaan di luar sana, Andrew?” tanya Pengetua Erald.

“Semuanya telah selesai. Anna telah mengalahkan Arae manakala Cerberus pula telah kembali seperti dulu,” beritahu Andrew.

“Mana Kak Anna?” tanya Zen. Dia nampak risau tentang keadaan Annabella.

“Jangan risau, Zen. Kak Anna sedang berehat di istana Eatherland. Dia tidak apa-apa. Dia cuma letih sebab seharian berlawan. Bagaimana dengan keadaan Eidan?” Andrew senyum. Rambut merah Zen diusap.

“Eidan mula stabil. Zen sudah keluarkan separuh daripada racun dalam badan Eidan. Saya rasa kamu juga perlu berehat. Baru sahaja selesaikan misi, terpaksa datang ke sini pula,” ujar Pengetua Erald.

“Bukan hal besar pun. Kalau begitu, saya pergi dulu,” ujar Andrew. Dia mula menghilang dengan menggunakan medan teleportasi.

“Kamu semua boleh berehat,” beritahu Pengetua Erald.

“Zen perlu berada di sini untuk menolong Abang Eidan.” Zen bersuara.

“Biar saya temankan Zen berada di sini,” kata Karyle yang menawarkan diri untuk menemani Zen.

Wilda memerhati Heroic Knight, Pengetua Erald dan Prof. Lordes dari jauh. Setelah mereka berlalu pergi, dia mendekati Karyle dan Zen yang sedang menemani Eidan yang belum menyedarkan diri. Lukanya telah pulih sepenuhnya jadi dia dibenarkan berehat di dorm. Tetapi dia tidak boleh duduk diam selagi tidak mengetahui perkara sebenar tentang Annabella.

“Ehem...” Dia berdehem kecil.
Karyle menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi orang berdehem. Dia menguntumkan senyuman apabila melihat Wilda sedang berdiri tidak jauh darinya.

“Saya mahu tahu tentang Anna,” ujar Wilda tanpa berselindung.

“Rasanya Zen tahu segala-galanya, kan?” kata Karyle.

“Yup! Zen tahu semua tentang Kak Anna termasuk...” Kata-kata Zen mati di situ. Dia sudah janji tidak boleh bocorkan ‘rahsia’ Annabella yang itu. Kalau orang tahu ‘rahsia’ itu, habislah dia nanti.

“Termasuk apa, Zen?” tanya Karyle.

“Tak ada apa,” dalih Zen sambil sengih.

KEPALANYA direbahkan di atas riba Puteri Alyana. Rambutnya yang panjang mengurai dibiarkan terlepas mencecah tanah dan dibelai oleh bondanya. Matanya dipejamkan rapat untuk merasai kasih sayang seorang ibu yang sudah lama dia dambakan sejak kecil lagi.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now