Mencerlung pakcik itu merenung Adam. Tetapi, wajahnya cuba dimaniskan sedikit setelah itu. Macam pernah tengok muka pemuda ini. Getusnya di dalam hati.

“Tan Sri Mikhael?" Berkerut dahi Tan Sri Mikhael memandang Adam.

“Kamu kenal saya?"

“Kenal sangat. Jom kita berborak dekat restoran tu." Adam menyaran supaya mereka dapat berbual dengan lebih panjang. Tan Sri Mikhael mengangguk setuju lalu mereka berdua berjalan masuk ke dalam restoran itu.

Adam merenung lama wajah yang telah dimamah usia itu. Rasa bersalah pula nak beritahu perkara sebenar.

“Kamu ni yang batalkan majlis akad nikah Maya dengan Zafran tu kan?" Dapat juga dia mengenal pasti wajah pemuda itu. Walaupun sudah hampir sebulan perkara itu berlalu, namun wajah gerangan yang menghalang majlis akad nikah itu dari berlangsung, masih segar di ingatannya.

“Ya, pakcik. Saya Adam." Adam menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Tan Sri Mikhael. Teragak-agak Tan Sri Mikhael menyambut huluran tangan Adam.

“Kenapa kamu batalkan majlis akad tu? Kamu ada niat lain ke?" Adam cuba beranikan diri. Dia perlu bongkarkan juga kebenaran.

“Sebenarnya, saya yang dah tidur dengan Maya. Saya buat semua tu tanpa kerelaan Maya. Maafkan saya, pakcik. Sebab saya, masa depan dia musnah." Adam tunduk merenung meja. Rasa bersalah mula menebal dalam dirinya.

Tan Sri Mikhael pandang lama wajah Adam yang menunduk itu. Buat seketika, dia kagum melihat keberanian Adam berterus terang.

Adam mengangkat semula wajahnya setelah dia tidak mendapat sebarang respon daripada Tan Sri Mikhael.
Dia agak terkejut melihat Tan Sri Mikhael senyum manis ke arahnya.

“Kalau kamu betul-betul nak pakcik maafkan kamu, kahwin dengan Maya. Bertanggungjwawab atas apa yang kamu dah buat." Sekali lagi Adam tergamam dengan sikap Tan Sri Mikhael. Kenapa dia dapat merasakan Tan Sri Mikhael baik lain macam saja.

“Saya akan bertanggungjawab pakcik. Tapi Maya langsung tak nak terima saya."

“Nanti hati dia lembut lah tu. Itupun kalau dia terbuka hati nak berubah." Adam mengangguk. Ciri-ciri bapa mertua pilihan ni.

                    *************

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, tubuhnya direbahkan ke atas katil empuk bersaiz king itu. Tengku Zafran pula yang mengambil alih tugas mengemas barang-barang mereka.

“Penatnya..." Raisya mengeluh perlahan. Tengku Zafran senyum kecil melihat isterinya yang sedang berbaring itu. Sesekali Raisya mengerling ke arah Tengku Zafran.

“Abang... sorry sebab abang terpaksa kemas semua barang-barang kita. Sepatutnya sayang yang buat semua ni." Muram saja wajahnya merenung Tengku Zafran.

“Tak ada apa lah sayang. Memang sepatutnya abang yang tolong sayang buat semua ni. Lagipun sayang kan tengah pregnant. Takkanlah abang nak biar sayang buat semua ni sorang-sorang. Dah, tak nak rasa bersalah sangat. Perkara kecil aje pun. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan sayang yang sanggup kandungkan benih cinta kita." Terharu Raisya mendengarnya. Hujung tubir matanya dikesat.

“Abang..."

“Ha, nak nangislah tu. Terharu ke?" Raisya mencemik. Ish, merosakkan mood betul. Baru acah-acah nak terharu tadi.

“Tak terharu pun. Biasa-biasa aje. Kemaslah sampai habis. Sayang nak tidur kejap." Hah, padan muka. Raisya gelak jahat dalam hati. Suka dia membuli Tengku Zafran.

“Aik, tadi say sorry bagai. Sekarang ni lain pulak jadinya." Tengku Zafran menggumam perlahan.

I hear you abang." Sempat lagi Raisya melaung sebelum dia melelapkan semula matanya. Telinga lintah betullah Raisya ni.

“Tidur diam-diam aje lah sayang. Jangan lupa mimpikan abang tahu." Matanya dikenyitkan kepada Raisya. Walaupun dia tahu Raisya tak nampak pun kenyitan mata dia tu.

What? Sorry sikit." Bibirnya diherotkan walaupun dalam mata yang terpejam. Terbit senyuman sungging di bibirnya melihat telatah isterinya itu.

Setelah itu, Tengku Zafran membuat panggilan kepada Tan Sri Mikhael untuk mengkhabarkan tentang Maya yang telah dipenjarakan.

Pada awalnya, Tan Sri Mikhael agak terkejut setelah mendapat tahu Maya telah dipenjarakan.Namun, dia tetap pergi juga melawat Maya di penjara.

Maya kini duduk berhadapan Tan Sri Mikhael. Jarak mereka terpisah oleh penghadang cermin kaca. Maya menunduk tatkala renungan tajam Tan Sri Mikhael menikam anak matanya. Gagang telefon diangkat untuk menghubungkannya dengan Tan Sri Mikhael.

Daddy... please bawa Maya keluar dari sini." Maya seolah-olah merayu kepada Tan Sri Mikhael. Tetapi rayuannya dibalas dengan senyuman sinis Tan Sri Mikhael.

“Jangan harap daddy akan ikat jamin setelah apa yang Maya dah buat. Maya dah malukan daddy . Bukan tu aje, Maya sanggup tuduh Zaf sedangkan Adam yang buat semua tu!" Maya menjarakkan sedikit gagang telefon itu dari telinganya.
Hesy... boleh pekak telinga aku ni.

Wait, sejak bila daddy dah pandai bela diaorang ni? Bukan daddy pun benci diaorang ke? And, macam mana daddy boleh tahu tentang Adam?" Setahunya, dia tidak pernah pun memperkenalkan siapa Adam kepada daddynya. Atau Adam sendiri memperkenalkan diri kepada daddynya?

For your information my dearest daughter, daddy dengan Datuk Faizal dah berbaik macam dulu. Tentang Adam, dia sendiri yang datang jumpa daddy bagitahu perkara sebenar." Melongo Maya mendengar penjelasan Tan Sri Mikhael. Fasal Adam dia tak kisah, kerana dia dah arif sangat dengan sikap Adam yang tak reti nak mengalah itu.

What?! Takkan semudah tu aje daddy boleh berbaik dengan musuh daddy. Mesti daddy ada rancangan lain kan? I know you well lah daddy. You can't hide anything from me. Just tell me the truth. Belum sempat Tan Sri Mikhael ingin membidas, seorang pegawai polis menepuk perlahan bahu Maya.

“Masa melawat dah habis." Kata pegawai polis itu seraya mengarahkan Tan Sri Mikhael beredar dari balai polis itu. Maya terpaksa masuk semula ke dalam lokap. Dengan hati yang sebal, Maya menghantar susuk tubuh Tan Sri Mikhael beredar dari balai melalui ekor mata.
 
-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now