Lawan Atau Lari

630 23 2
                                    

2003, Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Blok B
Korridor tingkat 3

Rantai dog tag ini kelihatan seperti dog tag biasa. Tiada nama di ukirkan di plat besinya, rantainya juga tiada yang luar biasa, hanya butir kecil besi yang sudah terlihat kesan karat di beberapa tempat. Sempat aku kalungkan rantai itu sebelum tiba di muka pintu bilik ku. Sebaik saja aku melangkahkan kaki ke dalam bilik:

"Chaku! Lama kau tak balik bilik" ujar rakan sebilik aku, Black.
"Alah, aku bukan pergi mana pun, kat bilik depan sana je"
"Kenapa malam ni kau balik bilik pula? Tak tidur dekat sana?"
"Apsal? Kau tak suka aku balik bilik?”
"Hehe, tak adalah macam tu, curious je"
"Malaslah aku tidur sana malam ni, ramai orang."

Memang malam itu markas penuh. Katil hanya ada 4 buah, tapi tidur ber-enam. Kebiasaannya aku tak kisah 6, 7, 8, atau sepuluh sekali pun yang tidur di markas, tapi bukan hari ini. Hari ini aku perlukan tempat tidur yang selesa kerana esok pagi aku perlu ke tutorial biologi. Siang tadi aku telah diberi amaran keras sebab dah beberapa kali tuang tutorial. Sudah menjadi tabiat aku untuk tidak hadir ke apa-apa kelas yang bermula jam 8 pagi. Mana taknya, setiap malam masuk tidur pukul 4 pagi. Mana mungkin boleh bangun seawal 7 pagi untuk bersiap sedia ke kelas.

Malam ini akan ku cuba suatu yang baru, iaitu tidur awal. Agak susah untuk aku memaksa diri untuk tidur pada jam 10malam. Ke kanan, ke kiri serba tak kena. Mindaku masih aktif, masih segar, ada saja yang aku fikirkan, dari satu topik ke satu topik.

"Black! Kau rasa, aku boleh ke bangun awal?" Aku memulakan bicara setelah merasakan percubaanku untuk tidur adalah suatu usaha yang sia-sia.

Tiada sebarangan jawapan kedengaran. Adakah kegagalan untuk tidur ini adalah kegagalan aku seorang? Sudah tidurkah si Black? Perasaan ingin tahu mendorong ku menjenguk ke katil rakanku yang berada di seberang sana, berhadapan dengan kakiku. Tiada! Black tiada disitu.

Ketiadaannya bukan lah satu-satunya keadaan yang paling pelik ketika ini. Saat ini, perhatianku telah tertumpu kepada susuk lembaga yang berada di kaki katil Black. Nyata itu bukan Black, kerana Black tidak sebesar itu. Nyata itu bukan Black, kerana Black tidak setinggi itu. Nyata bukan Black, Black tak sepatutnya PUTIH, separa lutsinar dan tidak jejak ke lantai!. Itu PASTI bukan Black! Aku tidak dapat menilai apakah mahkluk itu. Ianya tiada hujung tiada pangkal, tiada kaki tiada tangan, tiada rupa tiada segalanya. Tiada apa kecuali jasad. Jasad yang setiap detik kian menghampiri ku. Jasad yang tiada siapa tahu mengapa dan dari mana datangnya ia.

Degupan jantung semakin deras. Setiap degupan begitu jelas, jitu, bagaikan paluan gendang di telinga. Tidak paham apa yang berlaku. Tiada logik akal dapat membantu. Tapi semua itu tidak penting sekarang, yang penting apakah tindakan yang perlu diambil. LAWAN atau LARI?

Semestinya LARI!

Milik Siapa?Where stories live. Discover now