BUSH!!!!!!

oooo...oooo macam buah nangka pulak jatuh dekat dalam air.hehehe.gelak danial dalam hati.

"aw..awak tolong........."ujar azharina sedikit lemas.

danial hanya mengendahkan saja apa yang isterinya itu cakap.tapi...kenapa dia tenggelam tertimbul dia tak reti berenang ke??.omel danial dalam hati.

"danial tolong saya....say...saya tak boleh berenang".tangan azharina mula terkapai-kapai.rasa nafasnya makin lama makin berkurangan

dengar saja perkataan 'saya tak boleh berenang' cepat-cepat danial menyelam dan terus memeluk pinggang azharina yang nampak makin lama makin tenggelam.jelas wajah kerisauan danial.apa aku buat ni!!!.dia terus membawa azharina ke arah tangga yang ada dalam swimming pool .

tercungap-cungap azharina dibuatnya.dia mula memperketatkan lagi pelukan di leher danial.

"aku mintak maaf.aku tak tahu pulak yang kau ni tak reti berenang.aku mintak maaf sangat-sangat.aku tak de niat pun nak cederakan kau" sebab aku sayang kan kau.sambung danial dalam hati.dia makin memperkemaskan lagi pelukan di pinggang azharina.rasa macam tak nak lepas saja,uhuks jatuh cinta kah aku???

azharina cuma tersenyum kelat dengan wajah yang pucat.dia mengangguk."tak pe lah awak. lagi pun awak tak tahu kan yang saya ni tak pandai berenang.awak tak salah pun.terima kasih sebab tolong saya tadi".kata azharina dengan sedikit suara lemah dan terbatuk kecil.mungkin banyak tertelan air kolam kot.

danial menggeleng laju."tapi memang salah saya jugak sebab terus tarik awak jatuh dalam kolam".ucap danial dengan nada sendu.

azharina terkejut buat seketika.telinga dia salah dengar ke apa yang danial kata.'awak saya'?

"hah?".soal azharina dengan blur.dia bukan tak dengar apa yang danial kata tapi nama panggilan tu memang berubah ke apa?

"saya cakap,memang salah saya jugak sebab terus tarik awak jatuh dalam kolam".danial mula mengulangi ayatnya.sejak bila entah azharina ni jadi pekak.takkan air masuk dalam telinga sampai boleh pekak sampai macam tu.kutuk danial dlam hati.

"hah!?".ulang azharina.

eh..eh.memang sah la dia ni pekak."awak ni pekak ke apa.saya cakap........"kata-kata danial terbehenti bila tangan azharina menutup mulutnya.

"terima kasih".ringkas azharina menyebut.mukanya jelas terpancar senyuman yang dapat mengugat hati danial.

"terima kasih?".soal danial pelik.apa yang aku cakap sampai dia cakap terima kasih.sihat ke tak bini aku ni.

azharina mengangguk laju."terima kasih sebab awak dah boleh gunakan nama panggilan saya awak.saya sebenarnya dah lama nak dengar nama panggilan tu keluar dari mulut awak sendiri.tak sia-sia la saya lemas hari ni sebab saya dapat banyak keuntungan".ujar azharina dengan senyuman manis.

danial hanya tersenyum.dia memang dah lama nak gunakan bahasa tu tapi apakan daya ego mengatasi semuanya so terpaksa la dia rendahkan ego plus nama panggilan saya awak tu terpancul secara automatic daripada mulut'

"sama-sama kasih".ujar danial dengan suara ceria.

sedang mereka bergelak ketawa tiba-tiba ada suara berdehem.

"ehem!!"

danial dan azharina terus mengalih ke arah suara si pengacau tu.terbeliak mata mereka bila nampak susuk tubuh yang amat di benci.danial makin kuatkan lagi pelukan di pinggang azharina.mereka masih lagi berada di dalam kolam

azharina hanya membiarkan saja setiap perbuatan danial.baru dia tahu yang danial dengan someone ni dah tak ada apa-apa hubungan lagi.

"kau buat apa datang sini".datar saja suara danial.muka danial terpaksa di langutkan bila tengok rabiatul betul-betul berada di hadapan matanya

tersenyum sinis rabiatul."you tanya I,I buat apa datang sini.I datang sini nak tengok bakal suami I la".selamba rabiatul cakap.sakit matanya melihat keakraban danial dengan perempuan kampung tu.

tersenyum sinis danial dibuatnya.dia terus keluar daripada kolam dan tangannya menyambut tangan azharina.saja nak tunjuk romantik sikit biar minah kekwat ni sakit hati.

danial terus menggenggam tangan azharina seerat mungkin dan berjalan ke arah rabiatul."apa kau kata,aku bakal suami kau...eh perempuan kau sedar tak siapa diri kau.kalau kau tak sedar lagi dipersilakan lah cermin diri kau depan cermin.perempuan jenis apa kau ni yang macam tak ada harga diri ops lupa rumah kau tak da cermin sebab tu kau dapat tengok dengan jelas macam mana perangai kau.hmm kalau rumah kau tak de cermin kau boleh lah masuk rumah aku untuk cerminkan diri kau yang agak gedik ni.siapa la lelaki malang nak memperisterikan kau kan kalau perangai kau macam 'hantu' kaki kikis duit orang ja!".sinis danial.dia sempat mengerling sekilas ke arah isterinya yang sedang menunduk sambil menarik baju yang melekap dekat badannya.

rabiatul mengetap giginya sekuat hati.dia mencerlung tajam ke arah azharina yang menunduk.dia terus merentap tudung yang ada dikepala azharina dan dia terus menampar kuat muka azharina.

danial yang terkejut dengan perbuatan rabiatul terus menolak rabiatul dengan kasar.dia berdiri di hadapan azharina dan dia terus menarik tubuh isterinya supaya rapat dengan tubuhnya. Jelas isterinya mahu menangis.

"kau apahal ha? .datang rumah orang terus bagi penampar dekat isteri aku!!!"

rabiatul hanya mengendahkan saja suara danial."woi pompuan murahan,apa yang kau dah bagi ha dekat danial sampai dia berubah macam ni?".soal rabiatul sinis.

"ini ke yang you kata dia baik sangat.harap saja tudung labuh sekolah agama tapi perangai macam apa ja!?".ujar rabiatul sekali lagi

baru saja danial ingin menjawab tiba-tiba saja azharina menghalang.

"jangan sesekali cik pertikaikan pakaian seseorang itu.tak semestinya perempuan sekolah agama,bertudung labuh itu ada akhlak yang mulia dan orang yang berpakaian seksi macam cik ni jahat.perwatakan tak pernah pun sesekali melambangkan cara pemakaian kita.dan cik jangan la pulak anggap yang semua orang yang berpakaian menutup aurat ni tak jahat.ada je jahat tapi hanya segelintir.saya berpakaian macam ni sebab ayah saya ajar saya daripada kecik lagi untuk menutup aurat dengan sempurna.saya tak pernah langsung anggap diri saya ni baik.".balas azharina tegas. dia mengelap sisa air mata yang berada di pipinya perlahan.rasa sakit pulak di pipi kanannya.

Rabiatul mencerlungkan matanya ke arah azharina. Berani dah eh perempuan kampung ni menjawab! Biadap!

"kau buat apa lagi dekat sini blah la.datang rumah orang buat kerek pulak".ujar danial selamba.

Dengan langkah yang geram rabiatul terus keluar dari rumah agam yang mewah itu dengan perasaan sebal.dia mula merancangkan sesuatu untuk sabotaj azharina .siap kau.dia terus menghidupkan enjen keretanya.

"aku akan pastikan yang hidup kau akan hancur selamanya hehe....hahahahaha ".dia terus menekan pedal keretanya dengan perasaan bengang,bahagia dan dengan niat jahat.

This is me, azharina . I have a million ideas to make you kneel and lick my foot.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now