Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon

Start from the beginning
                                    

"Memang sah Putera Eidan tu lelaki sejati," kata pengawal istana itu.

"Kau ingat Putera Eidan tu perempuan?" balas rakan sekerjanya.

"Selama ini mana pernah aku lihat Putera Eidan keluar dengan mana-mana gadis. Ini kali pertama." Pengawal istana itu sengih.

"Sudahlah! Sambung buat kerja balik..."

Sekumpulan pengawal istana tersebut meneruskan kerjanya memantau kawasan istana manakala Eidan dan Annabella berjalan menuju ke ballroom. Tujuan mereka untuk mengambil Ignitting Glare terpaksa ditangguhkan kerana pengawalan terlalu ketat.

"Anna... Kau marahkan aku?" tanya Eidan bersama senyuman.

"Diamlah kau!"

"Aku melakukannya bersebab."

"Dalam masa yang sama, kau mengambil kesempatan ke atas aku!" marah Annabella.

"Alah... Itu pun kau mahu melenting tapi dalam masa yang sama kau menyerah diri."

"Kau yang paksalah!" bangkang Annabella.

"Kau balas balik seperti di taman tadi..."

"Aku tidak akan biarkan kau terlepas lagi. Habis sahaja majlis ni... Kau! Aku belasah cukup-cukup!" Jarinya ditekan berkali-kali pada dada bidang Eidan.

"Sanggup ke kau belasah aku?" Eidan menangkap tangan gadis itu.

"Lebih dari sanggup!" Annabella menarik tangannya dari genggaman sang putera itu.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ballroom, Annabella terus menukar riak wajahnya agar tidak kelihatan marah. Dia sedaya-upaya berdiri jauh dari Eidan dan Heroic Knight yang lain walaupun mereka dapat mengecamnya biarpun memakai topeng. Dia memerhati sahaja keadaan sekeliling. Ada beberapa orang lelaki mengajaknya menari tetapi ditolak baik. Dia mahu menumpukan perhatian pada misinya.

Annabella ternampak seorang lelaki yang mencurigakan. Wajahnya tidak kelihatan kerana memakai topeng. Tingkah laku lelaki itu sangat mencurigakan lebih-lebih lagi tangan lelaki itu terselit di dalam poket seluar.

"Anna... Kau mahu membiarkannya?" tanya Pierce. Dia dapat mengesan apa yang telah berlaku.

"Bukankah itu rancangan kita? Biarkan penceroboh itu melakukan kerjanya. Aku akan muncul sebagai penyelamat keadaan," balas Annabella.

"Raja Eden akan terhutang budi pada kau."

"Thats right..." Annabella mengangguk.

Dua orang pengawal istana masuk ke dalam ballroom dan bertemu Raja Eden. Riak wajah Raja Astland itu berubah apabila pengawal istana itu berbisik sesuatu kepadanya. Tidak berapa lama kemudian, dua orang pengawal istana itu beredar.

"Apa yang mereka cakap, Pierce?" tanya Annabella.

"Mereka temui seorang pengawal istana pengsan," beritahu Pierce.

Mata Annabella liar memerhati suasana ballroom itu. Dia dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Dia dapat lihat beberapa orang lelaki memakai topeng muka yang sama. Penceroboh... Apa yang mereka mahu lakukan?

Tiba-tiba dia rasa ada angin melintasi wajahnya. Apabila dia menunduk ke bawah, terdapat beberapa helai rambutnya yang jatuh. Dahinya berkerut. Takkanlah! Apabila menyedari keadaan berikut, dia terus memunculkan medan magik pelindung ke atas semua orang. Keadaan menjadi kelam kabut apabila tiba-tiba medan magik pelindung muncul. Hanya dia dan penceroboh itu sahaja yang tidak dikurung oleh pelindung.

Pisau yang jatuh di hadapan pelindung Raja Astland diambil oleh Annabella. Sudah dia agak yang penceroboh tersebut menggunakan medan magik halimunan untuk menghalimunankan pisau itu dan menggunakan kuasa angin menghantar pisau itu untuk membunuh Raja Eden.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now