Sebelum beredar, sempat Tengku Zafran melayangkan flying kiss kepada Raisya. Namun flying kissnya, dibalas dengan penumbuk Raisya. Staf wanita itu tertawa melihat kerenah mereka sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Raisya.

***************

Mereka berdua memarkir kereta di taman yang berhampiran dengan rumah agam Tan Sri Mikhael.

"Jom duduk situ." Adam ingin menarik lengan Maya namun ditepis kasar.

"Tak payah nak peganglah. Ingat aku tak reti jalan sendiri ke?" Maya berjalan meninggalkan Adam di belakang, lalu melabuhkan punggung ke atas kerusi yang berada di bawah pokok yang agak rendang itu.

"Kau nak apa jumpa aku?" Maya memulakan perbualan. Malas dia nak berlama-lama dengan Adam dekat taman ni.

"Lupakan Zafran." Tenang sahaja Adam menyuruh.

"Jangan harap lah Adam! Kalau bukan sebab kau, aku dah jadi isteri Zafran sekarang ni tahu tak?!" Maya terus bangun dari duduknya diikuti oleh Adam. Bahu Adam ditolak kasar. Adam cuma membiarkan Maya perlakukannya sebegitu.

"Kenapa kau nak sangat dekat Zafran tu? Kau sedar tak dia tu suami orang! Suami kawan baik kau sendiri!" Adam mencengkam bahu Maya. Dia perlu menyedarkan gadis ini. Maya melepaskan cengkaman Adam pada bahunya lalu dia berjalan ke arah keretanya.

"Dia bukan kawan baik aku! Dia musuh aku. Aku akan bunuh dia!" Terkelu lidah Adam apabila Maya bertekad seperti itu.

"Kau jangan buat kerja gila Maya. Kau nak kena gantung sebab bunuh orang? Ingat Allah, Maya." Maya ketawa sinis. Tiba-tiba sahaja dia bertepuk tangan.

"Sejak bila kau pandai bagi nasihat ni? Bukan kau pun sama macam aku aje ke? Kau tak layak lah nak bagi nasihat dekat aku!" Maya menyilangkan tangannya ke dada. Nak bagi nasihat dekat orang, tapi sikap sendiri pun lebih kurang sama saja dengan orang yang dia bagi nasihat.

"Memang aku pernah buat dosa. Dosa sebab aku dah hancurkan masa depan kau. Sebab tu lah aku nak bertanggungjawab ke atas kau. Aku nak tebus dosa aku. Aku nak kahwin dengan kau." Kedua belah tangan Maya digenggam.

"Pergi matilah! Aku tak akan kahwin dengan kau!" Maya melepaskan tangannya dari genggaman Adam. Dia segera masuk ke dalam perut keretanya lalu beredar dari taman itu. Adam bersandar lemah pada keretanya setelah menghantar kereta Maya melalui ekor mata. Wajahnya diraup.

'Kenapa susah sangat kau nak terima aku Maya? Ah, bodohnya aku sebab buat dia macam tu!'

***************

"Sayang, kenapa termenung ni? Penat eh?" Tengku Zafran menghampiri Raisya lalu mengambil tempat bersebelahan Raisya. Raisya tunduk merenung ke dalam kolam. Sesekali kakinya menguis air.

"Tak ada lah. Sayang cuma teringat kenangan 20 tahun yang lepas." Dia menongkat dagu sambil merenung wajah Tengku Zafran.

"Kenangan 20 tahun lepas?" Raisya mengangguk.

"Ada apa dengan 20 tahun lepas? Kenangan cinta monyet sayang ke?" Usik Tengku Zafran. Raisya menggigit bibirnya. Jarinya mengetam peha Tengku Zafran. Rasakan!

"Aduh... sayang ni asyik cubit abang aje." Tengku Zafran menggosok pahanya.

"Padan muka. Ada pula kenangan cinta monyet. Sayang ni kawan dengan lelaki pun tak. Ini kan pula nak ada cinta monyet bagai. Memang tak lah."

"Dah tu, kenangan fasal apa? Cuba cerita sikit. Abang pun nak tahu juga."

"Fasal sayang dengan Maya. Sayang rindu nak rapat dengan dia macam dulu." Tengku Zafran perasan ada cecair jernih bertakung pada tubir mata Raisya. Pantas jemarinya bertindak menghalang cecair jernih itu dari tumpah. Dia tak nak tengok Raisya bersedih.

"Abang tahu sayang rindu Maya yang dulu. Tapi sayang kena ingat, jangan disebabkan rasa sayang tu sayang biar aje apa yang dia buat. Macam sekarang ni, memang abang tak jadi kahwin dengan dia. Tapi mana tahu, dia ada rancangan lain untuk buat hubungan kita renggang lagi lepas ni." Raisya menundukkan semula wajahnya.

"Mana ada sayang biar aje apa yang dia buat. Sayang ada juga marah dia. Kadang-kadang rasa sayang sebagai kawan baik tu bertukar benci. Tapi entah lah, tiba-tiba aje sayang teringat kenangan lama kitoarang." Keluahn kecil terlepas dari bibirnya.

"Sayang ni pelik juga orangnya kan." Tengku Zafran mencuit hidung mancung Raisya.

"Kenapa pula sayang pelik?" Raisya menarik muncung itik. Ada pula cakap kita pelik.

"Ya lah. Hari tu sayang cakap tak bersedia lagi nak maafkan dia. Sekarang ni, tiba-tiba aje sayang teringat kenangan lama balik." Tangan mulus Raisya diusap lembut.

"Hmm... sayang teringat aje. Tapi, tak bermakna sayang dah maafkan dia. Ingat senang ke sayang nak maafkan dia lepas apa yang dia dah buat."

"Dah la tu sayang. Jom kita keluar jalan-jalan. Tadi kata boring." Tengku Zafran bangun dari duduk seraya menepuk-nepuk pasir yang melekat pada seluarnya. Dia sengaja menukar topik. Tak nak Raisya terlalu fikir sangat fasal Maya.

"Okey lah. Tarik sayang." Raisya menghulurkan tangannya sambil mengerdipkan matanya.

"Ingat comel lah buat macam tu."

"Memang comel pun."

"Perasan."

"Apa?"

"Tak ada apa. Jom."

"Ingat sayang tak dengar ke?"

"Alah, melawak aje."

"Ya lah." Raisya memeluk lengan Tengku Zafran sambil berjalan masuk ke dalam vila mereka.

-Bersambung-

P/S AdamMaya & ZafranRaisya. Okey kan? :)

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now