"Asyraf iqbal ! Saya isteri orang ! Can you understand my words ?! Heer . Tolong la . up to you la percaya atau tak ? Tapi please , jangan jumpa saya lagi . faham ?" aku melangkah pergi .

Nasib baik lah pejabat Rafi'e tak jauh dari sini . Bungkusan Rafi'e pun aku tinggal sekali . Lantak lah ! Aku dah penat nak berbaik . Aku ni isteri orang , dia fikir aku mahram dia ? Suka hati dia pegang tangan aku dan siapa dia untuk panggil aku sayang ?

Dasar playboy . Memang takkan berubah kau Asyraf iqbal . Aku dah maafkan apa yang kau dah buat pada aku waktu zaman sekolah dulu . Satu je aku minta berubah . Aku dah anggap kau macam kawan aku .

Hmm ..

----------------

Aku meredah masuk kedalam pejabat Rafi'e . Penat juga la naik tangga dengan keadaan marah meguasai diri . Bila difikirkan lebih baik aku rehat dan tenangkan diri . Maaflah Kak Mira , Rai'a terpaksa angkat kaki .

Orang yang akak suka telah memanaskan lava gunung berapi dalam hati . Ishh , nak aje aku curah air aku dekat si Asyraf tu . Nasib baik dia lah hari ni . Aku masih dapat menahan diri . Kalau tak ..memang mandi lah .

Tiba - tiba ringtone telefonku berbunyi nyaring . Siapa pula yang telefon waktu sekarang ni ? Aku lihat pada skrin . 'suamiku' tertera di atas .

"Assalammualaikum ."

"Waalaikummusalam , ada apa awak ?" soal aku .

"Sayang dah habis makan ? "

"Dah ."

"Kalau dah , balik sini . Biy ada dalam bilik mensyuarat . Dalam 10 minit biy turun ."

"Baik . "

Aku mendengar suara Rafi'e merenggus geram ." apa ni balas sepatah je . "

"Penat la awak . Saya dah ada dalam bilik awak . Awak , saya nak tidur kejap boleh ?" soal aku separuh sedar .

"Keja sekolah sayang tu dah siap belum ?"

"5 minit je awak ." aku menyangkah laju .

"Ye lah . Pergi tidur . kejab lagi biy datang . Assalammualaikum ."

"Waalaikummusalam . "

Panggilan dimatikan .

Aku meletakkan telefonku di atas meja kerja Rafi'e . Aku bangun bergerak ke arah ruang sofa yang tersedia . furdahku dibuka lalu , diletakkan di atas meja . Sofa yang panjang aku pilih lalu , merebahkan diri .

Lama-lama melayan mata . Aku terelap . Senang cakap tidur . Aku pun tak tahu terasa penat mengalahkan orang meraton. Naik tangga oo . mau tak penat 23 tingkat jangan main - main . huuu ...

---------—-

Luqman Rafi'e bergegas ke pejabatnya setelah diberitahu oleh Rai'a Amalina . Risau pula bila difikirkan cara cakapan Rai'a tadi . Lemah semacam je . Sakit ke isteri aku ni ? Tadi sihat ceria aje .

Aku membuka pintu dengan laju . Nama isteriku aku seru cemas . Mata aku berkeliaran mencari tubuh Rai'a .

Aku mengeluh lega . "sini rupanya . "

Aku mendekati tubuh gadis itu . kepala Rai'a aku angkat lalu diletakkan di atas pehaku .

Tudungnya aku belai lembut . Setiap inci pada wajahnya aku pandang penuh goda . cantik . Dia tetap cantik walaupun tengah tidur . Dahinya aku sentuh . Manalah tahu sangkaan aku tepat . Demam ke apa ke ?

" Suhu normal ."

"Rai'a , Rai'a kenapa la kau cantik sangat . Macam mana agaknya kalau aku tak pernah jumpa kau ? Mesti kita tak akan jadi suami isterikan ? Thanks sayang sebab hadir dalam hidup biy . " dahi Rai'a aku cium penuh tulus .

Isteri...

"Woi , bro kau mabuk ke ?" sergah seseorang yang baru memasuki kedalam .

Aku terkejut . Rai'a yang tidur di pehaku juga terut tersedar daripada tidur terus bangun terduduk .

"Kenapa ni awak ?" soal Rai'a sambil matanya digosok-gosok .

"Cik tak apa-apa?" dia menyentuh lengan isteriku . Rai'a menepis kasar. Pandai pun isteri biy .

' Malaon nι pυn satu ,suka - suki dia pegang bini aku.  Membe - membe juga . Bini sendiri-sendiri la .' marah aku dalam hati .

" Apa ni , pegang-pegang ?! Bukan muhrim la . "

"Rai'a ? Insan Allah ?"

"Kau ni kenapa Asyraf ? Yala Rai'a , isteri aku . " kataku . Rai'a memeluk lenganku erat . Takut agaknya .

"Biy kenapa dengan Asyraf ni ?"

Bukan Asyraf aje yang terkejut . Dengan aku - aku sekali terkejut . Aku tak mimpi kan ? Ke aku berhayal sampai ke peringkat ni ?

"Biy dengar tak !" Rai'a menggoncang lenganku laju .

"Ye sayang ? Kenapa ?"

"Wait-wait . Rai'a isteri kau ? Rai'a ni ? " soal Asyraf  seolah terkejut beruk sambil jari telunjuknya dituju kearah Rai. 

"Yala . yang terkejut sangat kenapa ? Mengalahkan aku je terkejutnya . "

"Jadi kiranya betul la .. Awak dah kahwin dan bersuami ? "

Rai'a mengganguk .

"Ish , kau kenapa ? Boleh tak jangan pandang isteri aku macam tu . Cemburu aku nanti ." sengkangku berasa marah lalu menutup mata Rai'a .

Rai'a menolak tanganku kasar . Dia menjelingku tajam sambil merengus geram .

" tak sangka awak cantik insan Allah ." pujian Asyraf menarik api kemarahanku .

"Aihh , puji-puji juga . Bertempat Asyraf . Aku ada depan ni . "

"Relax la bro , beruntung kau dapat insan Allah . Tak sangka aku perempuan berfurdah ada yang secantik dia. Aku ingatkan perempuan yang mana berfurdah ni semua nak selindungkan diri daripada pengetahuan orang lain ."

"Apa maksud kau ni Asyraf ?"

"Encik Asyraf ? Tak baik menggunakan kata-kata macam tu walaupun nak menyindir ada caranya . Saya tegur bukan kerana saya marah . Tapi fakta yang encik Asyraf beri tak betul sama sekali . "

"Sayang .. "

"Saya tak paksa encik Asyraf berubah secara mendadak . perlahan - lahan . InsyaAllah . Jangan pernah burukkan perempuan yang berfurdah kerana niat mereka lain yang sepatutnya . Orang yang mendengar kata encik Asyraf mesti terasa hati . Malahan suami saya juga . sebab saya isteri dia . yang berfurdah . Tolong la jaga perasaan orang sama .

Kalau rasa encik nk membalas sebab ditipu .. Tolonglah berfikir secara matang . Kalau saya cakap saya Lina ? Budak gemuk yang mudah dibuli encik Asyraf percaya ? Saya tak rasa ya . Tolong la berubah . Saya dah maafkan encik dah lama . Saya hormat sebab saya dah anggap macam abang saya sendiri . Tolong la ."

Aku terdiam mendengar luahan daripada Rai'a . Tubuhnya aku peluk erat .

"Lina .. Aku .. Aku.. "

"Asyraf , tak apa kau balik dulu . Aku tak rasa Rai'a okey . Dia penat sangat ni .". Kataku .

Asyraf Iqbal mengganguk . Faham .

"Rai'a , aku minta maaf sangat . Aku tak berniat pun .. Bro ... aku balik dulu . Assalammualaikum ."

"Waalaikummusalam ."

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now