Hanna baru teringat. Serta-merta kejadian tempoh hari bermain semula di kotak memorinya.

Lelaki berkaca mata hitam itu. Ya, Hanna ingat. Pelanggaran dan rempuhan itu. Ya, Hanna masih ingat lagi. Tengkingan dan semburan itu. Ya, Hanna tak mampu lupakan. Setiap bait ayat cemuhan itu. Terngiang-ngiang lagi.

"Oh. Jadi... Kaulah lelaki otak sewel tu. Rupanya, kaulah lelaki yang ada mulut sesedap bau stoking tu. Yang kata mata dengan saraf aku tak berfungsi hari tu," kata Hanna keras, seolah memerli. Dia cuba tahan geram.

"Katalah aku apapun, Hanna. Aku tak kesah. Aku sedar aku salah. Aku tahu aku tak patut buat macam tu kat kau. Aku betul-betul mintak maaf, Hanna."

Bila teringat balik, Hanna mula rasa panas hati. Sumpah dia paling tak boleh lupa apabila lelaki itu salahkan dia sebab tak reti mengelak. Dia kata aku tak reti mengelak? Memang sahlah mamat tu tak reti nak sedar kesalahan sendiri.

Lelaki macam ni patut diajar.

Zarif berdehem kecil. "So... Emm kau maafkan aku tak?"

Tiada apa Hanna katakan selain menghadiahkan jelingan tajam sebelum beredar pergi.

Senang-senang je kau minta maaf, eh? Minta maaf memang mudah tapi untuk dimaafkan, bukan senang. Manusia jenis macam ni patut diajar cukup-cukup. Biar sedar diri sikit. Nak aku maafkan sesenang macam tu je? No way!

"Ah! Damn you, Zarif! Damn! Apasal la kau bodoh sangat, Zarif?!" Zarif tumbuk dinding. Melepaskan geram kerana kebodohan sendiri.

Ya, dia tahu dia ego. Ya, dia tahu dia tak patut lebihkan egonya daripada meminta maaf tempoh hari semata-mata untuk jaga maruah dia. Ya, dia tahu dia salah. Ya, dia tahu dia tak patut salahkan Hanna semata-mata untuk tutup salah dia.

Tapi aku buat semua ni sebab aku nak dekat dengan kau, Hanna.

******
******

Shareez duduk termenung di belakang stor sukan. Menghabiskan masa di situ. Baru 20 minit berlalu. Terasa seolah masa lambat berputar.

Mungkin sebab dia buat benda tak elok kut?

Tak lain tak bukan, mestilah dia tengah ponteng kelas.

Sumpah Shareez rasa malas gila nak masuk kelas Encik Osman, cikgu subjek Sejarah. Sejarah, subjek paling membosankan. Siapa je yang seronok belajar Sejarah?

Cikgu sibuk ajar peta-peta yang ada dalam buku teks Sejarah. Pelajar-pelajar pula sibuk buat peta atas meja.

Earphone di telinga Shareez mainkan lagu Bruno Mars - Talking To The Moon. Feeling duh.

Keluhan kecil dilepaskan. Shareez tiba-tiba teringatkan mamanya di New York yang keseorangan. Tipulah kalau dia tak rindu. Risau pun risau juga. Haih. Moga Allah jagakan mamanya di sana.

Shareez masih ingat lagi tujuannya balik Malaysia. Sebab mamanya yang suruh dia supaya menduduki SPM. Katanya, sijil SPM tu kena ada sebab wajiblah, pentinglah, apalah. Shareez akurkan saja.

Dan, sebab itulah dia berada di sini, di Malaysia sekarang. Tapi itu hanyalah salah satu sebabnya balik Malaysia.

Mujur ada Uncle Joe yang boleh tolong dia carikan tempat tinggal yang berdekatan dengan sekolah barunya. Rumah Uncle Joe penuh dengan budak-budak. Maklumlah, anak ramai. Bising. Susah pula dia nak fokus belajar nanti.

Hipotesis CintaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora