Apology // iKon

2.2K 325 18
                                    

"Ji Na!" Panggil Tae Hyung. Dia cuba mengejar Ji Na yang telah hilang dalam orang ramai. Mi Cha menarik lengan Tae Hyung.

"V! Awak nak pergi mana? Semua orang nak raikan Birthday awak nih" Tanpa rasa bersalah walau sedikit pun Mi Cha bersuara. Seolah tiada apa yang berlaku tadi.

Tae Hyung merenung tajam wajah Mi Cha. Geramnya semakin mengila. Kalau boleh nak je Tae Hyung menampar muka Mi Cha sekarang.

"Kau memang sengajakan buat macam tuh?! Lepaskan aku! Aku benci perempuan fake macam kau!!" Tae Hyung menarik tangannya. Tak sanggup dipegang oleh Mi Cha gedik itu!

Segara Tae Hyung lari mengejar Ji Na semula. Tae Hyung keluar dari dewan dipandang sekeliling. Ya! Ji Na tak jauh dari dia. Laju langkahnya mendekati Ji Na. Tangannya menyambar pergelangan tangan Ji Na. Langkah Ji Na terhenti. Direnung wajah Tae Hyung yang jauh berbeza dari sebelum ini.

"Awak nak apa?!" Marah Ji Na.

"Ji Na.. im really sorry. Saya takda niat nak mainkan awak" terketar-ketar Tae Hyung bersuara. Dia benar benar takut untuk hilang cinta sejatinya. 

"Tapi awak tetap dah tipu saya Tae Hyung! Saya percayakan awak dengan sepenuh hati saya! Saya anggap awak lain dari semua orang. Tapi awak dah musnahkan kepercayaan saya!" Air mata Ji Na bertambah deras. Wajah Tae Hyung mula serabut. Ji Na betul betul rasa dipermainkan oleh Tae Hyung.

"Dan memang betul apa yang orang cakap.. " Ji Na cuba bersuara dalam tangisan. Tae Hyung memandang wajah Ji Na. Air mata lelaki ditahan.

"Orang macam saya hanya layak bercinta dalam dunia fantasi. Dan saya anggap dunia fantasi itu indah kerana awak hadir membawa saya ke situ tapi.." Kata kata Ji Na terhenti. Ji Na menarik nafas. Air mata masih setia mengalir. Tae Hyung menunduk. Dia tidak tahu hendak kata apa lagi untuk Ji Na faham situasi dirinya.

"Awak sendiri yang telah musnahkan fantasi itu!" Ji Na menarik lengannya. Langkahnya laju meninggalkan Tae Hyung. Air mata Tae Hyung menitis setelah lama ditahan. Dia tak mampu untuk menahan Ji Na pergi.

Kenapa mesti macam ni?! Kenapa?! Tae Hyung mula menyesal dengan apa yang terjadi. Kalaulah dia mengaku terlebih dahulu mesti benda ini tak akan terjadi.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Ji Na mengambil nasi dalam kadar yang banyak. Oleh kerana kejadian semalam dia membuat keputusan untuk langgar segala pantang larang Tae Hyung. Hatinya betul-betul remuk sekarang.

Sampai hati Tae Hyung menipu dia! Terasa diri ini bodoh kerana terlalu cepat percaya dengan kaum lelaki. Diratah nasi bersama lauk dengan kadar yang banyak. Sudah lama dia tak makan sebanyak ini.

Selama beberapa bulan dia mengikut projek diet Tae Hyung dan hari ini dia gagal. Gagal untuk mematuhi janjinya dahulu dan semua ini angkara Kim Tae Hyung. Tangannya masih setia menyuap nasi kedalam mulut.

Perlahan-lahan air mata hangat mengalir di pipi Ji Na. Jujur Ji Na  rindukan Tae Hyung. Dia rindu segala gelak tawa bersama Tae Hyung. Dia rindukan Tae Hyung yang dahulu. Bukan Tae Hyung yang sekarang! kenapa semua ini harus berlaku? Kejamnya realiti.

Ji Na menggeleng. Tak! Realiti tak kejam. Kita sendiri yang jadikan realiti itu kejam. Air mata Ji Na bertambah deras. Cepat cepat dia menghabiskan makanannya. Lupakan segala masalah sekarang.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Ji Na.. Tae Hyung mintak maaf - Tae Hyung

Sent.

Ji Na.. please, jangan buat Tae Hyung macam ni. Tae Hyung boleh gila!- Tae Hyung

Sent.

Ji Na.. - Tae Hyung

Sent.

Tae Hyung semakin serabut. Dari tadi entah ke berapa dia menghantar sms untuk Ji Na. Semuanya tidak berbalas. Di telefon juga sudah berpuluh puluh kali tapi semuanya tidak diangkat.

Tae Hyung buntu. Apa lagi yang dia harus buat untuk Ji Na maafkan dia? Sudah 3 hari Ji Na sepi tanpa berita. Dia rindu. Terlalu rindu.

Ji Na.. Tolong akhiri penantian Tae Hyung.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Tae Hyung keluar dari rumahnya. Dikunci rapat. Tangannya menyeluk poket jaket labuhnya. Cuaca hari ni sejuk. Dia hendak berjalan jalan menenangkan fikiran. Sudah hampir satu minggu Ji Na sepi dari Tae Hyung  Setiap kali apabila terserempak di kolej pasti Ji Na mengelak daripada Tae Hyung. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa pedihnya hati apabila orang yang kita sayang mula bencikan kita.

Tae Hyung mengeluh lalu teruskan perjalanannya. 

"Tae Hyung.." panggil seseorang.

Tae Hyung berpaling. Dia tersenyum sinis. Huh! Sakura berada di hadapan matanya. Benci melihat wanita itu! Setelah kejadian dia dihina seteruk teruknya oleh Sakura tempoh hari Tae Hyung nekad. Dia menamankan rasa benci dalam hati terhadap wanita itu. Segala rasa kasih dan sayang pudar dan semua itu tercurah pada Lee Ji Na.

"Tae Hyung.. Sakura nak mintak maaf" Sakura cuba meraih tangan Tae Hyung. Pantas Tae Hyung mengelak.

Bersambung...

_____________________________________

Superman | kthWhere stories live. Discover now