Miss Right // Bts

3K 395 38
                                    

"Kau ni biar betul.." Ji Min bersuara teragak agak. Matanya sekali lagi memandang wanita itu. Seolah tidak percaya dengan pilihan Tae Hyung.

"Betullah. Muka aku nampak macam main main ke?" Tae Hyung bersuara selamba. Ji Min menggeleng kepala.

"V, aku tau kau stress tapi janganlah pilih perempuan macam dia!" Tegur Ji Min. Sekali lagi matanya memandang perempuan itu. Tubuhnya gempal. Ketinggian dia juga rendah dan berkaca mata besar bulat. Jauh beza dari ciri ciri wanita idaman Tae Hyung.

"Kenapa? Bukan ke dulu kau cakap kalau salah seorang dalam hubungan itu tidak ikhlas mencintai. Hubungan itu tak akan bahagia?"

Giliran Ji Min terdiam. Benar! Dia sendiri yang cakap begitu. Timbul rasa malu dalam hati. Tak baik menilai manusia dari luaran.

"Lagipun, aku dapat rasakan kalau aku dekat dengan dia, dia akan cintakan aku dengan ikhlas" sambung Tae Hyung. Ji Min tersenyum sinis.

"Macam mana kau tau dia ikhlas? V, kau tu handsome! Petik jari 10 perempuan datang" balas Ji Min. Dia menarik nafas lalu sambung semula katanya.

"Lagipun. Aku rasa perempuan macam dia, tak suka dekat dengan lelaki handsome macam kau. Percayalah!"

Tae Hyung kehilangan kata. Patutlah dia lari dari aku hari tu. Desis Tae Hyung dalam hati. Mindanya bertungkus lumus fikir bagaimana cara untuk dia mendekati perempuan itu.

Ya! Ting! Idea.

"Ji Min! Kau kena tolong aku!"

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Wah! Lain gila muka kau. Aku sendiri pun tak cam kau" Ji Min bersuara girang. Projek menukar penampilan Tae Hyung berjaya.

Tae Hyung memandang cermin. Ya, penampilan jauh beza dengan bantuan Ji Min. Baju lengan panjang dan seluarnya disumbat dengan tisu dan kapas. Biar nampak sedikit gempal. Kaca mata bulat disarung ke muka. Di kepala memakai rambut palsu. Sekali pandang tak ubah seperti 'budak nerd'

"Kau serious nak buat semua ni?" Sekali lagi Ji Min memberi soalan yang sama. Tae Hyung mengangguk. Ji Min mengeluh. Sebagai kawan, dia harus hormat dengan keputusan Tae Hyung. Jangan sampai kawannya berubah sudahlah.

"Semangat betul kau nak kenal dia, ada apa apa ke?"

"Entahlah. Dari first time aku jumpa dia kat terowong haritu, aku rasa ada sesuatu yang buat aku nak rapat dengan dia" Terang Tae Hyung panjang lebar. Memang sejak dari pertemuan mereka Tae Hyung merasakan ada sesuatu yang istimewa bakal terjadi antara mereka.
Cuma Tae Hyung tak nak terlalu pantas menerima perasaan itu. Takut jadi seperti dulu. Dia hendak berkawan dahulu. Kalau dia rasa bosan dengan besar hati dia akan tinggalkan perempuan itu. Senangkan?

"Okaylah, best of luck. Ni antara maklumat yang aku dapat. Nama dia, umur dia, dan tempat mana yang dia selalu singgah" Ji Min menyerahkan satu kertas kecil. Tae Hyung membaca.

Lee Ji Na
20 Tahun
Perpustakaan

Tae Hyung tersenyum membaca. Dia berterima kasih kepada Ji Min lalu pergi dari situ.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Ji Na cuba mengapai buku bertajuk 'Shine your days' Di atas bahagian rak yang paling atas. Dengan ketinggiannya dia tidak mampu mencapai. Timbul rasa kecewa.

Tae Hyung mencapai buku itu lalu diserah kepada Ji Na.

"Nah"

Teragak-agak Ji Na mengambil. Dipandang wajah lelaki itu. Macam pernah tengok. Tapi kat mana? Otaknya mengingatkan kembali namun gagal.

"T-terima kasih" Ji Na cuba mengawal suaranya. Ini pertama kali dia berdua dengan lelaki. Perasaan malu menguasai diri. Tae Hyung tersenyum. Tangannya dihulur.

"Hai! Im Kim Tae Hyung"

Ji Na merenung lelaki itu. Huluran tangan yang diberikan tidak disambut. Tae Hyung menarik tangannya kembali. Faham dengan situasi Ji Na.

Lantas Ji Na beredar dari situ. Dia Memang malas layan kaum lelaki. Tak kisahlah sama ada dia handsome atau tak semua lelaki sama. Kadang kadang lelaki yang gemuk pun nak kan yang cantik seksi meletup. Perempuan seperti Ji Na dihina dicaci walhal bukan dia yang minta semua ini.

Tae Hyung mengikut Ji Na ke meja membaca. Ditarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Ji Na. Ji Na perasan tapi dibuat tak tau. Lantak kaulah! Desis Ji Na dalam hati.

"Hai! Im Tae Hyung!" Ulang Tae Hyung sekali lagi. Suaranya kedengaran ceria. Anak mata Ji Na memandang lelaki itu. Lalu kembali fokus membaca buku.

"Best ke buku tu?" Soal Tae Hyung. Tak nak mengalah. Ji Na hanya mengangguk kecil.

"Apa nama awak?" Soal Tae Hyung sekali lagi. Ya Tahun! Ji Na mula rimas dengan lelaki dihadapannya ini.

"Lee Ji Na! Now stop bothering me" Ji Na memberi amaran. Kaca matanya yang melurut dibetulkan.

"Wuis garangnya makcik ni! Patutlah macam tua sikit" Sengaja Tae Hyung mengapi apikan kemarahan Ji Na. Galak Tae Hyung ketawa apabila melihat muka Ji Na berubah.

Suhu badan Ji Na mula naik. Apa masalah lelaki ni?! Dahlah menggangu ketenteraman orang! Buku yang dipegang dihampas atas meja. Tae Hyung tersentak. Ketawanya tadi hilang. Laju Ji Na beredar pergi ke tempat lain.

Tae Hyung mengejar Ji Na. Tangannya memaut lengan Ji Na.

"Ji Na.. Okay okay. im sorry. Takda niat nak buat awak marah. Saya cuma nak berkawan dengan awak. Please.. " Tae Hyung merayu. Ji Na memadang wajah Tae Hyung. Entah kenapa timbul rasa kasihan. Ji Na mengangguk.

Tae Hyung tersenyum. Akhirnya peluang untuk dia mengenali wanita itu terbuka luas.

Bersambung...

_____________________________________

Superman | kthWhere stories live. Discover now