BAB 2

357 9 1
                                    

Missouri, Amerika Syarikat

Lamunannya terhenti apabila pesawat tersebut telah pun mendarat di sebuah lokasi. Bangunan tinggi berdinding kaca tersebut diamatinya - 'tingginya, tempat apakah ini? Aku tak pernah melihat bangunan moden seperti ini'.

Edvard tergamam menyaksikan persekitaran yang terlalu asing baginya. Beratus remaja serata dunia kini dikumpul di satu dewan moden yang besar. Edvard gerun melihat beberapa robot yang memegang senjata berjaga di setiap laluan keluar. Baginya, nyawanya kini sudah berada di ambang maut. Keadaan yang semakin riuh itu membuat Edvard pening dan tanpa sengaja melanggar sekujur tubuh yang sasa.

"Buta ke ?!", lelaki putih bertubuh sasa tersebut terus mencengkam kolar baju Edvard sampai terangkat remaja Denmark tersebut.

"Maaf aku tak sengaja", belum sempat lelaki itu mahu menumbuk muka Edvard, seorang lelaki yang agak berusia berdiri di hadapan mereka semua. Lagaknya seperti seorang ketua, dengan dua pengawal peribadi yang setia menjaga di sisinya.

"Kamu semua merupakan harapan terakhir kepada penduduk Bumi! Misi kamu semua adalah untuk mendapatkan sejenis ubat yang boleh merawat penyakit yang melanda orang dewasa ketika ini. Namun kamu harus ingat, ubat tersebut berada jauh di planet yang terletak seratus tahun cahaya dari Bumi. Dengan adanya teknologi moden yang telah kita kecapi di era 2200 ini, kita mempunyai kapsul yang membolehkan kita pergi ke sana dengan pantas. Latihan kepada kamu semua akan diadakan mulai hari ini, bersiap siaga lah. Kamu adalah insan yang terpilih, wira Bumi! Berjuanglah untuk menyelamatkan kita semua!", gegak gempita menyokong kenyataan tersebut. Sebahagian daripada remaja itu juga terus bersorak dan semakin bersemangat.

Lelaki berusia tersebut bijak untuk bermain psikologi dengan remaja-remaja tersebut daripada lemah terus bersemangat tinggi. Tekniknya, memuji lah mereka dan menjadikan mereka terasa istimewa, lalu cucukkan kata-kata semangat yang berintikan kekuatan dan semangat juang yang padu.

________________________________________________________________________________

Sedang mereka hendak pergi ke ruang bilik masing-masing seperti yang diarahkan, Edvard terasa dirinya ditolak dari belakang dan tersembam ke hadapan. Yang melakukannya sudah pasti lelaki bertubuh sasa tadi. Beberapa orang lelaki di belakang terus mentertawakannya. Lelaki bertubuh sasa sebentar tadi hanya mencebik dan tersenyum puas.

Semasa hendak bangun, Edvard terkejut apabila dua orang lelaki berwajah Asia dan berkulit sawo matang membantunya berdiri.

"Kau tak apa-apa ke?", tanya Faa - lelaki berbangsa Thai, berwajah kacak dan berkulit cerah.

"Aku baik. Terima kasih ya", Edvard tersenyum dan bersalaman dengan dua lelaki Asia tersebut.

Mereka kemudian mahu pulang ke bilik khas masing-masing mengikut kumpulan atau kelompok negara. Contohnya, remaja-remaja wakil dari negara-negara Timur Tengah ditempatkan di satu bilik besar. Hal ini sebenarnya adalah untuk memudahkan para saintis mengecam dan menyelidik mereka semua serta memberi suasana yang sesuai bagi mereka.

"Oh ya nama kamu berdua siapa?", Edvard terus memulakan perbualan sebelum masing-masing berehat di bilik.

"Nama aku Faa dari Thailand. Yang ini Fareez dari Malaysia",

Fareez hanya tersenyum. Lelaki melayu berkulit cerah tersebut lebih banyak berdiam dalam perbualan awal mereka kala ini.

"Err, nama kau?", tanya Fareez..

Edvard tersengih dan sedar dia sendiri lupa memperkenalkan diri, sibuk pulak bertanya.

"Aku dari Denmark. Panggil Edvard"

"Baiklah Edvard, kami balik dulu ya. Gembira bertemu anda."

"Sama juga. Terima kasih ya", Edvard girang kerana akhirnya dia mempunyai teman di sini. Tidaklah terlalu sunyi. Bayangkan sendiri berada di tempat yang aneh ini tanpa sesiapa. Ngeri!

Edvard memusing badannya dan melihat Faa dan Fareez pulang ke Zon Asia Tenggara sambil berpegangan tangan.

"Well, it's been a tough time for us right", ngomel Edvard dalam bahasa ibunya, Danish atau Bahasa Denmark. Lelaki bermata biru itu terus pergi ke Zon Scandinavia dan menunggu dengan penuh debar apa yang akan terjadi kepada mereka esok.

Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling update: Jul 11, 2018 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

HOPETahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon