BAB 1

406 12 0
                                    

Silkeborg, Denmark

Edvard mengayuh basikal dengan laju dan terus masuk ke dalam rumah lalu berlari ke biliknya. Panggilan ibunya langsung tidak dipeduli.

"Edvard.", ibunya yang berada di dapur terus mengekorinya ke bilik perlahan.

Dilihat Edvard sedang duduk di birai katil sambi menyeka air mata.

"Edvard..", ibunya mengusap lembut ubun kepalanya namun ditepis perlahan oleh Edvard.

"Kena buli lagi?" , Edvard menangguk lemah.

"Edvard kena kuat, jangan nampak lemah di mata manusia. Edvard satu-satunya anak lelaki Mama, Edvard yang lindungi keluarga kita nanti ganti ayah", ujar ibunya.

"Lalu Edvard kena balas dendam ke?", Edvard memandang mata ibunya. Terus melihat kulit ibunya yang mempunyai tompok hijau. Golongan dewasa hampir semuanya terdedah kepada penyakit misteri itu. Tetapi tidak bagi remaja.

"Mama lebih suka kepada kedamaian", ibunya tersenyum.

Sedang anak-beranak itu sedang leka bercerita, pintu rumah mereka diketuk keras.

Missouri, Amerika Syarikat

Edvard melihat ruang udara dari celah tingkap. Dia mengurut kepalanya yang terasa pening

akibat kejutan. Di dalam pesawat tersebut, dia melihat begitu banyak manusia-manusia

mungkin sebayanya dari pelbagai bangsa, Masing-masing dengan kerenah - ada yang menangis

dan ada juga yang melayani perasaan sendiri. Mindanya terimbas kembali peristiwa yang

berlaku di negara kelahirannya.

Imbas Kembali : Silkeborg, Denmark

Beberapa tentera lengkap bersenjata masuk ke dalam rumahnya pantas. Kedua beranak itu terus tergamam.

"Tuan, kenapa ni ya?", ibu Edvard memegang tangan anaknya ketat.

"Maaf Puan, ini adalah arahan", tentera tersebut terus memaklumkan kepada mereka perihal projek tersebut.

Edvard dan ibunya terdiam. Jika ini adalah arahan kerajaan pastinya tidak ada sebab untuk menidakkan sebarang keputusan. Ibu Edvard mula mengalir air mata.

"Tak! Aku tak akan sesekali bersetuju!", Edvard meraung dan terus mendakap ibunya.

"Kenapa mesti anak aku", sayu ibu Edvard menuturkannya. Air matanya tidak berhenti mengalir.

"Maaf Puan, ini adalah arahan. Kamu! Ikut kami!", tentera tersebut terus menarik tangan Edvard namun Edvard bertingkah keras. Pergelutan berlaku antara mereka.

Edvard menumbuk tentera tersebut terus ingin melarikan diri. Namun, langkahnya terbejat apabila salah seorang tentera itu menyuntik "ubat tidur" kepadanya. Perlahan-lahan pandangan Edvard menjadi kabur dan akhirnya tumpas.

HOPEWhere stories live. Discover now