Bab 22: Sapphire String

Start from the beginning
                                    

“Ayah sayangkan Anna. Ibu juga sayangkan, Anna. Malah terlalu sayangkan Anna...”

Air matanya yang menitis diseka dengan jari. Dia memasukkan gambar tersebut ke dalam poket seluarnya. Kotak kayu panjang yang tidak dapat dibukanya sehingga sekarang diambil. Kata Wilda, hanya ayahnya yang dapat membuka kotak tersebut. Pelbagai cara dia lakukan untuk membuka kotak tersebut tetapi tidak berjaya. Walaupun sudah dijampi dengan mentera ‘abradacadabra’ sekalipun, kotak itu tetap tidak terbuka.

Dia mengambil keputusan untuk membawa kotak panjang tersebut bersama ke Eatherland pada hari ini. Mungkin dia boleh meminta pertolongan daripada bangsa bunian untuk beritahu apa yang ditulis pada kotak itu.

Annabella mencapai jaket putih yang berjalur emas dan menyarung pada badannya. Dia memandang cermin yang terletak di dalam biliknya. Rantai Sapphire disentuh dengan jarinya yang runcing. Dia memakai rantai itu sejak dia berada di sini. Kata Andrew, rantai ini dapat melindunginya dari tekanan kuasa di dunia ini.

Dia menyentuh pula rantai miliknya yang sudah dia pakai sejak dari kecil lagi. Sekali pun dia tidak pernah menanggalkannya. Rantai yang berloketkan batu permata yang berwarna biru berbentuk seperti titisan air tetapi dihujung terdapat kristal yang berwarna hijau muda. Dia sangat sayangkan rantai pemberian ayahnya ni. Seperti dekat dengannya. Setelah bersiap, dia melangkah keluar.

“Anna, kau mahu pergi ke mana?” tanya Frielan. Dia terserempak dengan Annabella di ruang tamu. Buku tidak lagi berada di tangannya tetapi diganti dengan Ipad milik Annabella yang diberi oleh Annabella tiga hari lepas.

Setelah diberi penerangan dari Annabella untuk menggunakan teknologi tersebut, dia semakin mahir menggunakannya. Si kembar yang mahu menyentuhnya pun dia tidak izinkannya. Tetapi dia akan meminta pertolongan Haziel untuk mengecas kerana Haziel mempunyai kuasa kilat yang mampu menghasilkan elektrik.

“Saya mahu berjumpa Wilda sekejap.”
“Jangan lama. Sekejap lagi kita akan berangkat ke Eatherland,” pesan Frielan.

“Okay! By the way, Frielan! You look awesome using Ipad.”

Annabella berlalu pergi. Manakala Frielan tidak memberi reaksi pada pujian Annabella. Dia menolak sedikit cermin matanya lalu beredar masuk ke dalam biliknya.

DIA melangkah masuk ke dalam dorm akademi pelajar perempuan. Dorm yang didiami Wilda dituju. Dia mahu ucapkan selamat tinggal kepada sahabatnya itu.

“Hei, kau!” jerit seorang gadis. Beberapa orang rakannya berdiri di belakang gadis itu.

Jari ditundingkan pada diri sendiri. Manalah tahu gadis berambut oren tu memanggil orang lain. Gadis itu menjulingkan mata ke atas.

“Siapa lagi kalau bukan kau, manusia!”

“Kenapa?” tanya Annabella. Wajahnya jelas tidak menunjukkan minat.

“Aku nasihatkan supaya kau jauhi Putera Eidan, faham?” jerit gadis itu lagi.

“Kalau boleh aku mahu menjauhkan diri beribu batu nautika dari mangkuk yang kau cakap tu,” balas Annabella.

“Berani kau kata Putera Eidan seperti itu! Kau tidak layak bersama dengan Putera Eidan!” kata gadis itu sambil menolak bahu Annabella dengan jari.

“Kau juga tidak layak jadi Heroic Knight Keempat. Manusia bodoh!” Gadis itu menolak bahu Annabella berkali-kali.

Hati Annabella sudah menggelegak apabila dirinya dihina. Gerahamnya sudah bergerak-gerak tanda geram. Penumbuknya sudah dikepal. Bila-bila masa akan melayang pada wajah gadis berambut oren yang tidak tahu menjaga mulut.

“Kau dengar atau tidak, pekak!”

“Apa masalah kau, perempuan? Aku tidak pernah kacau kau!” balas Annabella yang sudah geram.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now