" Kau misya jangan fikir nak bersuami kalau spm kau belum tentu cemerlang ." sindir Danial . Misya mengerus geram .

"Sabar misya ."

"Sabar kau kata ? Manusia macam si kaki tidur tu tak perlu rasanya nak bersabar . Dia tahukan aku penolong ketua pengawas menengah ! Dia nak aku demerit kan dia ke apa ?" nafas Misya turun naik . Ha , sudah . Sabar Misya .

"Aku tahu kau sekarang mood period . Tapi jangan sebab amarah kau sampai salah gunakan kuasa . Ingat tu babe . Tanggungjawab kau besar . Amanah guru untuk kau gunakan seelok-eloknya ." aku menasihati .

"Iyalah , ustazah Amalina . "

Aku tersengeh . Bukan niat aku nak marah atau pun tidak . Ianya hanya nasihat . Tak pasal-pasal pangkat ustazah aku dapat . Misya - Misya .

------------

Setelah tamat waktu berlajar , aku dan misya ke kantin untuk menjamah sedikit makanan ringan untuk mengalas perut . Tepat jam 3 , kelas tambahan mula bekerja . Hari ini mata perlajaran bahasa inggeris . Puan Masyitah semestinya gurunya .

Aku meneliti jam pada tangan kananku . Alamak dah lambat . Aku mengangkat tangan menarik perhatian cikgu Masyitah .

"Yes , Rai'a . May i help you ? "

" May i go out for a minutes ? " pinta aku setelah pergu ke arah hadapannya .

"Kamu nak kemana ?"

"Saya tak sempat solat zohor tadi teacher . Boleh saya minta izin nak solat , Can i ? "

Cikgu Masyitah mengganguk .

"Thank you teacher . "

"If you're done . Terus masuk kelas , understand ?"

Aku mengganguk . "baik teacher ."

Aku terus membuka langkah keluar daripada kelas . Betul - betul nak kejar masa . Alang - alang boleh aku dirikan solat Asar terus .

Sesampainya di surau sekolah , aku memasuki bilik wuduk . Setelah selesai berwuduk aku memasuki ke dalam surau . Almari yang tersimpan telekung aku buka dan mengambil telekung yang telah disusun kemas .

Solat zohor aku dirikan dengan khusyuk . Selesai sudah solat zohor aku . Sementara menunggu waktu bagi Asar aku memulakan niat untuk membaca al-Quran terlebih dahulu .

Al-Quran di sebelah almari telekung disusun rapi di ambil oleh Rai'a bersertakan papan rehan .

Rai'a memulakan bacaannya .

"Assalammualaikum Warahmatullah .. " ucap seorang guru lelaki setelah selesai membaca doa tahiyyad akhir .

Dia menadah tangan untuk membacakan doa lalu , disapunya tapak tangannya mengaminkan doanya itu .

Tiba-tiba saluran pendengarannya menangkap alunan merdu suara seseorang gadis membacakan ayat - ayat suci al-Quran . Terpana lelaki itu lama . Dirinya seperti hanyut , mendengar bacaan gadis itu .

"Tuan ?" sergah seorang ustazah .

Lelaki yang dipanggil tuan itu beristifar di dalam hati kerana sedikit terkejut .

"Ustazah . Ada apa ya ?"

"Tak ada apa tuan . Bila tuan balik dari kursus ? Tak nampak pula tuan di pejabat ." ujar ustazah .

Lelaki itu tersenyum ."Baru saje balik ustazah . Alang-alang dah sampai tu saya terus solat zohor ."

Ustazah itu mengganguk , faham .

"Sekarang masa ustazah ke ?"

"Iya . Masa saya . Pelajar turun solat dan selepas selesai solat akan ada amali ." terang ustazah penuh hormat .

Lelaki itu memandang langsir yang menjadi benteng penghalang antara tempat lelaki dan wanita .

"Ustazah dengar tak suara perempuan membaca al-Quran disebalik langsir tu ?"

Ustazah itu turut mengikuti melihat langsir . Telinganya dipasang mendengar alunan bacaan itu .

"Merdu suaranya , tuan . Tapi .. ada apa ya tuan ? "

"Boleh ustazah bawakan dia di bilik saya , saya mahu berjumpa dengannya esok . " arah lelaki itu lalu tersenyum manis .

"Baik , tuan ."

"saya minta diri ke pejabat . Tolong ye , ustazah . Selepas bacaan yassin selesai pastikan dia sudah ada di dalam bilik saya ."

"Baik ."

"Assalammuaaikum ."

"Waalaikummusalam , tuan ."

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now