Bab 19: We're Sorry, Anna!

Start from the beginning
                                    

“Sudahlah! Kau tidak perlu menangis hiba. Lebih baik kau pergi mandi dan bersiap. Sekejap lagi mata pelajaran dengan Prof. Lordes. Kalau kita lambat, nanti sepuluh bakul dia membebel,” bebel Wilda.

“Bukan dia yang membebel tapi kau! Kenapa mata pelajaran dia ada setiap hari pada waktu pagi? Pagi-pagi lagi sudah mengadap muka Prof. Lordes tu,” rungut Annabella. Dia berlalu membersihkan diri di dalam bilik air. Dia melangkah keluar setelah siap berpakaian.

“Baju tu memang sesuai dengan kau, Anna. Rambut kau nampak sesuai dengan jalur emas tu.”

“Kau perli aku?”

“Aku puji kaulah, senget! Jom pergi ke kelas.”

Mereka berjalan beriringan menuju ke tingkat bawah bahagian barat akademi di mana pembelajaran Underlevel terletak. Walaupun Annabella sudah menjadi Heroic Knight, pembelajaran tetap tidak berubah. Mujurlah dia masih sekelas dengan Wilda. Kalau tidak, hubungan persahabatan yang mula terjalin pasti renggang apabila mereka berjauhan.

“Annabella Valiant! Wilda Fermos!”
Prof. Lordes berdiri di muka pintu kelas dengan muka yang garang. Kaca mata yang dipakai ditolak dengan jari sedikit untuk membetulkan kedudukannya. Dia sudah menjangkakan bahawa pelajarnya ini akan lambat seperti biasa. Jadi, sudah kebiasaannya dia menunggu di muka pintu kelas.

“Annabella, kamu didenda!”

“Saya seorang ke didenda, Prof?” tanya Annabella tidak puas hati.

“Ya, kamu saja di denda. Jumpa di perpustakaan selepas habis waktu belajar untuk hari ini.”

Annabella memasamkan wajahnya. Tidak adil dia saja yang didenda padahal Wilda juga lambat. Kawannya itu hanya tayang sengihan. Sakit hati!

SETELAH selesai pembelajaran hari itu, Annabella berseorangan sahaja menuju ke bahagian selatan akademi di mana perpustakaan terletak untuk menjalani hukuman yang diberi oleh Prof. Lordes. Denda yang sudah biasa dilakukannya iaitu menyusun buku mengikut abjab dan kategori. Bunyi senang tapi sukar bagi Annabella dan Wilda kerana perpustakaan sangat luas dan besar. Ia memerlukan sebulan atau lebih untuk mereka menyusun semula. Tetapi hari ini Annabella terpaksa melakukannya seorang diri.

“Sampai pun kamu. Lewat seperti selalu,” kata Prof. Lordes apabila melihat pelajarnya lewat sampai.

“Maaf, Prof...” ucap Annabella.

“Saya pergi buat kerja sekarang.”

“Hari ini kamu tidak perlu menyusun buku.”

“Habis saya perlu buat apa?” tanya Annabella.

“Saya mahu kamu cari buku yang saya inginkan.”

“Buku apa? Tajuk apa?”

“Saya mahu kamu salin supaya tidak lupa. The Legend of Silent Knight, The Guardian of Fryswellendine...”

Annabella tersentak apabila mendengar tajuk buku kedua. Fryswellendine... Seperti pernah dengar nama tersebut. Eh? Itukan nama yang selalu aku dengar melalui bisikan.

“Prof? Siapa Fryswellendine?”

“Kenapa kamu tanya, Anna?”

“Saya selalu terdengar orang panggil nama saya tapi nama yang saya dengar lain sikit.”

“Nama apa yang kamu dengar? Dari mana kamu dengar?”

“Ardenaur de la Fryswellendine. Saya tidak tahu macam mana saya dengar tapi ia seakan-akan berbisik di telinga saya.”

Prof. Lordes berkerut dahi. Ini kali pertama dia dengar nama tersebut. Sebagai pengkaji Sejarah, dia tahu yang Fryswellendine tiada keturunan untuk menyambung lagendanya.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now