Part 6 (New 20 May 2016)

15.7K 217 8
                                    



"Em.. Aku .. Aku nak keluar makan.." kata Keisya dengan perlahan.

"With who?" tanya Nira.

"...... Khairul?" kata Keisya dengan teragak-agak sambil memandang ke arah wajah Nira yang berkerut itu.

"Siapa khairul?" tanya Nira dengan wajah keliru.

"Huh? Khairul lah! Bob! Lelaki poyo yang kau tak suka tu!" terang Keisya.

Nira mengangguk setelah dia teringat lelaki itu sebelum kepalanya dan matanya pantas memandang ke arah Keisya dengan reaksi marah dan terkejut.

" WHAT?! SI GAY BOB?! "

_

"Are you kidding me?!" jerit Nira dengan wajah yang sangat terkejut. Keisya memandang pelik ke arah Nira.

"Apa? Macam lah kau tak kenal Khairul tu macam mana. Lagipun keluar makan je dulu.." kata Keisya sambil berjalan untuk mengambil beg tangannya. Dia kemudian memandang ke arah jam di dinding. Lagi 20 minit Khairul akan datang untuk ambil dia.

"But, kau tak tahu dia tu sebenarnya macam mana kan?? Kenapa tiba-tiba nak keluar dengan dia!" kata Nira dengan nada runsing. Dia cuma risaukan kawannya Keisya yang jarang keluar dengan lelaki. Sudahlah baru kenal untuk beberapa hari, ni dah ajak keluar makan berdua. Keisya menjulingkan matanya ke atas melihat perangai protective kawannya itu.

"Tak ada apa-apa akan jadi lah Nira. Makan je, and dekat tempat public lagi. Jangan risau." kata Keisya sambil memandang kawannya dengan senyuman manis. Dengan harapan Nira akan berhenti membebel. Untuk seketika Nira hanya mendiamkan diri.

"Aku akan ikut pergi. And that's final." kata Nira tiba-tiba dengan nada serius. Mata Keisya terbeliak mendengar apa yang dikatakan oleh Nira.

"Wha-" belum sempat Keisya menghabiskan ayat nya bunyi loceng di rumahnya kedengaran. Nira dan Keisya bersama-sama memandang ke arah luar bilik di mana pintu rumah depan jelas kelihatan.

Untuk seketika mereka berdua memandang satu sama lain sebelum Keisya memecut lari ke arah pintu untuk melarikan diri dan mengelak Nira daripada ikut mereka. Nira juga kelihatan berlari laju mengekori Keisya daripada belakang.

"Jangan harap kau boleh lepas!" kata Nira sambil mengejar Keisya.

***

Keadaan sekarang mereka di kedai Abir Halal Restaurant yang di 562 Nostrand Ave. Kelihatan Keisya duduk di bahagian kiri bersebelahan dengan dinding manakala Khairul pula duduk di bahagian kanan. Namun apa yang merosakkan pemandangan ialah kewujudan Nira di tempat duduk bahagian tengah mereka.

Nira kelihatan sedang gembira menikmati makanan sarapan pagi di restaurant itu tanpa mempedulikan jelingan yang diberikan oleh kawannya. Khairul memandang ke arah Keisya yang sedang bermasam muka itu. Mereka akhirnya bertentang mata, Khairul kemudian memberikan senyuman kecil ke arah Keisya dengan harapan Keisya tahu yang dia tidak marah dengan apa yang berlaku sekarang ni. Keisya membuat wajah lega setelah mendapat mesej yang diberikan oleh Khairul itu. Mereka berdua kemudian menyambung makan.

Selesai makan Khairul dan Keisya berjalan di taman bersama dengan Nira yang mengekori mereka daripada belakang. Keisya mengeluh melihat kawannya itu masih berdegil hendak mengekori mereka. Khairul pula ketawa kecil melihat gelagat mereka.

"Maaf pasal Nira tu. Dia memang selalu macam tu. Over protective." kata Keisya dengan wajah yang serba salah. Khairul mengukir senyuman kecil.

"Sokay, saya tak kisah. Yang penting saya dapat keluar dengan awak." kata Khairul. Wajah Keisya bertukar merah apabila mendengar jawapan Khairul.  Khairul kemudian berhenti berjalan dan mula memandang ke arah Keisya dengan wajah yang serius.

"Keisya. Ada sesuatu yang saya nak bagitahu awak.." kata Khairul dengan wajah serius.

Jantung Keisya berdegup kencang apabila berlaku perubahan mood di antara mereka dengan tiba-tiba. "Apa dia?" tanya Keisya setelah dia tersedar yang dia tidak memberi sebarang reaksi pada Khairul.

"Saya.."
 

RING RING

Kedengaran bunyi telefon memecah suasana serius mereka. Khairul mengeluh sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia memandang ke arah Keisya dan memberi isyarat maaf sebelum menoleh untuk menjawab telefon. Keisya melepaskan nafas panjang apabila Khairul tidak memandang ke arahnya.

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berasa takut melihat Khairul tiba-tiba sahaja serius. Keisya memandang ke arah Nira yang sedang memandang ke arah mereka dengan wajah berkerut. Keisya kemudian memberikan senyuman kecil untuk menghilangkan perasaan risau rakannya itu.

Khairul yang sudah selesai bercakap di telefon itu menoleh semula ke arah Keisya dengan wajah yang serba salah.

"Keisya, maaf. Saya terpaksa pergi sekarang. Ada hal yang perlu saya uruskan. " kata Khairul dengan penuh serba salah. Keisya dapat rasakan hatinya sedikit terluka dengan apa yang terjadi namun memikirkan yang mereka berdua ni hanyalah kawan dan baru sahaja kenal. Siapa dia untuk halang Khairul daripada pergi?

Dengan hati yang berat dan senyuman yang kelat Keisya mengganguk kepalanya. "Okay. Tak apa." kata Keisya. Khairul nampak seperti dia mahu memberitahu sesuatu namun dia berhenti dengan mengigit bibirnya.

"Saya pergi dulu. Nanti saya call atau mesej awak. Okay? Bye" kata Khairul sebelum berjalan pergi. Keisya memandang kelibat Khairul yang semakin jauh daripadanya. Tiba-tiba muka Nira muncul di hadapannya membuatkan dia terkejut dan menjerit.

"Dia tinggalkan kau ke doh??? Belum couple dah putus ??" tanya Nira dengan panik. Keisya menjulingkan matanya ke atas.

"No lah. Dia ada hal. Tu yang kena pergi." terang Keisya sambil berjalan untuk pulang. Bila di fikirkan bali baru dia ingat yang dia datang sini naik kereta Khairul. Dia melepaskan keluhan apabila memikirkan yang dia dan Nira perlu balik menaiki teksi.

"Betul ni? Bukan sebab dia tinggalkan kau kan?? " tanya Nira lagi.

"Betul Nira. Lagipun aku dengan dia kawan je sekarang ni.. janganlah fikir lain." kata Keisya dengan hati yang berat.

Bersambung

Hai guys. Sorry pasal lambat update. Mood menaip bukan boleh datang setiap hari . Hahaha. Lagi satu sebab laptop and wifi tak mengizinkan. Walaupun boleh je update thru handphone dia still rasa tak best. Pfft. Anyway . Enjoy? I do like comments and opinion from you guys. Do comment if you want. But please no harsh word. Semoga ketemu lagi. InsyaAllah. Jangan risau. Tak tinggal punyalah cerita ni. Mesti akan update.

Sama macam cerita Devil aku tu.. rip me. H e l p .

Satu Malam Di New YorkWhere stories live. Discover now