Bab 17: Annabella's Wrath

Start from the beginning
                                    

“Kau buat apa kat sini?” Soalannya dibalas dengan soalan.

“Aku tanya kau jawablah!”

Annabella dan Eidan sudah mula bergaduh. Seminggu Annabella di situ, seminggu jugalah dia bergaduh dengan Eidan apabila mereka bersemuka. Pasangan bergaduh yang selalu bertengkar ialah dia dan Eidan manakala Serena dan Haziel.

“Aku malas bergaduh dengan kau waktu tengah malam begini.”

“Aku pun malaslah!” Annabella kembali merebahkan badannya pada rumput karpet yang lembut. Kepenatannya masih bersisa.
Eidan masih bersandar pada batang pokok tanpa mahu mendekati musuhnya. Dia perhatikan sahaja kelakuan Annabella. Dia mendongak ke langit melihat bintang menyinari gelap malam.

“Mesti kau sudah tahu pasal aku, kan?” Annabella bersuara. Kali ini tiada unsur mahu bergaduh. Matanya tetap merenung bintang yang berwarna-warni.

“Tahu apa?” tanya Eidan.

“Pasal aku. Kepelikan aku. Aku pasti Andrew bagitahu kau. Yelah, kau anak muridnya yang hebat,” kata Annabella dengan nada mengejek.
Eidan mendengus geram apabila Annabella mengejeknya. Namun, dia sabarkan hati.

“Kau memang pelik. Bukan manusia biasa boleh merasai Demonic Spirit, mengelak serangan puting beliung Clara, dan bangunkan Killer Instinct.”

“Aku bermimpi seorang lelaki yang menutup wajahnya. Dia berpakaian perang dengan simbol seekor naga. Aku nampak dia memegang dua bilah pedang yang berlumuran dengan darah. Bila aku lihat wajah dia, rupanya sama dengan ayah aku. Apa makna itu semua?”

Eidan sedikit tersentak mendengar kata-kata Anna.

“Ia mimpi. Tidak boleh dipercayai.”

“Mimpi itu seperti hidup. Ia seperti masa lalu yang pernah berlaku. Aku dapat rasainya. Mungkin kalau aku tanggalkan Rantai Sapphire ini, aku tahu siapa diri aku.”

“Kalau kau mati?”

“Itu lagi baik. Aku tidak perlu lagi mengadap muka kau dan dunia kau ini lagi. Kau mungkin gembira bila aku mati, kan?”

“Aku tidak nafikannya. Tapi perbuatan kau adalah perbuatan orang bodoh. Kalau kau mati, sampai bila-bila kau tidak akan tahu siapa diri kau yang sebenar.”

“Kalau aku mati, aku boleh tanya ayah aku yang sudah mati.”

“Kalau sudah bodoh, tetap bodoh,” gumam Eidan perlahan tidak didengari oleh Annabella.

“Hei, Eidan!”

“Apa?”

“Tunjukkan kepada aku kuasa apa yang kau miliki.  Aku sudah tahu kuasa Heroic Knight lain.” Dia kelihatan teruja melihat kuasa Eidan.

“Kenapa aku perlu tunjukkan pada kau?” tanya Eidan.

“Aku mahu tahu sejauh mana kehebatab ke anak murid yang Andrew selalu puji,” kata Annabella. Dia bangun berdiri di hadapan Eidan.

“Kalau itu yang kau mahu.” Eidan menggosokkan tapak tangannya. Dia membuka tapak tangannya dan kelihatan api kecil terapung. Kemudian, diambil api kecil tersebut membentuk seekor rama-rama. Sesungut rama-rama itu dibuat dengan menggunakan kilat. Setelah itu dia melepaskan rama-rama buatannya dan membiarkan ianya terbang.

“Rama-rama...” kata Annabella. Dia terpukau melihat rama-rama yang diperbuat daripada api tadi.

“Cantik...” Annabella menggumam perlahan sebelum menutup kelopak matanya. Pandangannya juga semakin gelap.

“Eh?” Eidan perasan Annabella tidak dapat mengimbangkan diri terus menarik tubuh gadis itu dalam pelukan. Kepala Annabella tersandar elok pada dadanya.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now