Prolog

771 13 0
                                    

Bumi - 2200

         Cahaya hijau menerangi seluruh pelosok bumi - sama ada di sebelah siang atau malam.

Tiada yang terlepas. Orang ramai berpusu masuk ke dalam rumah dan bangunan, fenomena

terlalu aneh dan janggal bagi mereka. Dari mana sumber cahaya itu datang juga tidak dikenal

pasti. Sejurus selepas itu, cahaya hijau itu menerangi langit bumi lantas menjadikan dunia

kelam buat beberapa minit. Ada juga sebahagian manusia yang berani keluar daripada tempat

perlindungan dan ternganga menyaksikan kejadian aneh itu. Namun lebih banyak yang

membuat keputusan untuk terus bersembunyi dan mengintai dari tingkap sahaja. Mereka tidak

berani untuk dengan sengaja mendedahkan diri kepada ancaman bahaya. Selang beberapa

minit, satu letupan berlaku di udara. Bukan sekali tetapi berulang kali dengan bunyi letupan

yang amat kuat. Orang ramai menjerit nyaring, bahkan ada yang sampai terduduk dan rebah.

Ada yang menganggap mereka kini di ambang peperangan, namun tidak tahu siapa dan kenapa

yang melakukannya. Cahaya hijau itu lama kelamaan semakin menghilang dan debu-debu

halus hasil letupan sebentar tadi jatuh bagaikan hujan lalu ditiup angin - sebati dengan udara.


2202

         Dua tahun selepas fenomena aneh itu, penyakit misteri telah merebak ke seluruh dunia.

Hospital seluruh negara sibuk dan riuh dengan pesaki-pesakit penyakit tersebut. Badan mereka

membengkak dan tompok-tompok hijau menjadi simtom kepada penyakit misteri tersebut.

Para doktor dan saintis masih gagal mencari punca dan ubatannya. Namun, hanya golongan

dewasa yang dijangkiti. Golongan remaja tidak terkesan langsung dengan fenomena tersebut.

Menurut pakar, sistem immune tubuh badan remaja lebih ampuh daripada golongan dewasa di

zaman ini. Para saintis dari seluruh pelosok dunia telah mengadakan perbincangan mengenai

hal ini sebuah tempat di Amerika Syarikat. Negara yang menganggap diri mereka terkuat dan

polis dunia.

"Ni adalah peluang terakhir kita! Kita tak ada cara lain melainkan ini!", seorang saintis berambut

panjang menghentak meja mempertahankan ideanya.

"Mereka mempunyai sistem tubuh badan yang kuat untuk bertahan di planet tersebut!",, saintis

berambut panjang tersebut terus mendesak.

Selepas fenomena aneh itu, dengan bantuan teknologi moden, para saintis dunia telah berjaya

menemui penawar di sebuah planet yang seratus tahun cahaya dari arah Bumi.

Keadaan bilik semakin riuh dengan perdebatan antara saintis.

"Kita tak boleh menggadaikan nyawa mereka! Kalau planet tersebut sesuai didiami manusia,

kenapa tidak kita bawa semua manusia ke sana!", seorang doktor dari Switzerland berkata.

"Gila! Kalau macam tu, cuma golongan bangsawan yang dapat diselamatkan! Tak adil!", saintis

berambut panjang tadi terus mendesak.

"Diam! Saya dah buat keputusan!", ketua mereka berjalan di hadapan dan merenung tajam ke arah mereka.

HOPEHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin