Hold Me Tight

2K 205 3
                                    

Ji Hae berjalan pulang dari tempat kerjanya seorang diri. Sekarang pukul 12:43 A.M. Selalu Min Soo atau Ho Seok teman Ji Hae balik tapi Min Soo demam dan Ho Seok pula ada kerja ditempat lain. Jadi nak tak nak Ji Hae terpaksa pulang jalan kaki.

Suasana sunyi. Lorong yang dilalui Ji Hae ini gelap dan hanya bertemankan cahaya dari bulan. Ji Hae mula menggigil ketakutan. Ji Hae memeluk dirinya sendiri. Peristiwa gelap yang pernah terjadi dimana dia ditarik masuk ke dalam kereta mula menghantui Ji Hae.

Sejak dari hari itu, Ji Hae takut dengan kegelapan. Dia fobia untuk berjalan seorang dalam gelap sebab itu hari hari seboleh bolehnya dia merayu kepada Min Soo dan Ho Seok temankan dia pulang.

Bunyi salakan anjing liar menambahkan suasana seram. Ji Hae semakin ketakutan. Langkahnya laju. Perjalanannya masih jauh lagi. Pelbagai bunyi yang bermain sekarang sekarang. Aduhhh! Macam nak nangis! Ketakutan Ji Hae semakin mengila. Tangan Ji Hae menutup telinga bagi menghilangkan ketakutan.

"Jangan takut. Saya ada kat sini.." Secara tiba tiba Jung Kook hadir bagai penyelamat untuk Ji Hae. Kedua tangan Jung Kook memeluk bahu Ji Hae. Ji Hae tersentak. Macam mana dia ada kat sini? Ji Hae hanya membatu. Langkahnya diatur oleh Jung Kook.

Ji Hae menangis terharu. Sepanjang perjalanan Jung Kook setia memeluk Ji Hae bagi hilangkan runsing dalam hati.

"Jung Kook..." Ji Hae bersuara perlahan. Ada sesuatu yang masih bermain dalam fikirannya.

"Ye"

"Erm.. Awak taukan saya masih benci awak? Tapi kenapa awak layan saya macam awak cintakan saya?" tanya Ji Hae berani. Jung Kook hanya tersenyum. Langkahnya terhenti. Tangannya memegang erat tangan Ji Hae. Anak mata Jung Kook merenung tepat ke anak mata Ji Hae.

"Kalau awak tanya tentang tu saya tak tau nak jawab macam mana sebab perasaan tu hadir tanpa kita pinta. Tapi kalau awak tanya kenapa saya masih layan awak saya mampu jawab"

Ji Hae merenung Jung Kook.

"Kenapa?"

"Sebab awak istimewa dalam hati saya. Saya tak kisah kalau awak bencikan saya. Tapi yang penting saya masih berjuang untuk mendapatkan cinta awak.."

Ji Hae tersenyum. Air mata jernih menitis di pipi Ji Hae. Tak sangka selama ni ada seseorang yang masih dan setia menunggu dia. Dan seseorang itu adalah Jung Kook insan yang paling dia benci!

"Don't cry my love.. saya tak suka tengok awak di sakiti lagi" lembut Jung Kook menyapu air mata di pipi Ji Hae. Ditarik wajah Ji Hae dekat dengan wajahnya. Lembut Jung Kook mengucup bibir Ji Hae. Ji Hae kaku namun dibiarkan sahaja. Ji Hae baru sedar selama ini dia tak mampu benci lelaki bernama Jeon Jung Kook.

Dan malam itu mereka hanyut dibuai perasaan masing masing.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Omma.. Ji Yoon balik dulu.. omma jangan lupa Ji Yoon okay?" Ji Yoon bersuara sedih. Baru 5 hari disini dan Ji Yoon terpaksa balik atas kerana kerja Jung Kook.

"Mestilah sayang Ji Yoon kan anak omma. Ji Yoon pun jaga diri ye? Jangan nakal dengar cakap Appa! Belajar elok elok" nasihat Ji Hae panjang lebar. Anak sendiri ni. Bukan anak orang lain. Ji Yoon hanya mengangguk tanda faham. Ji Hae memeluk Ji Yoon. Erat. Orang cakap anak itu lambang cinta kita terhadap suami kita dan ye! Ji Yoon adalah lambang cintanya kepada Jung Kook.

Ji Hae melepaskan pelukan. Terasa sedih pula. Ibu mana tak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak sendiri?

"Jaga diri ye Ji Hae.. kalau ada apa apa hal telefon je saya" giliran Jung Kook menasihati Ji Hae. Ji Hae tersenyum.

"Okay Oppa!" Jawab Ji Hae selamba. Jung Kook terkejut. Ji Hae hanya ketawa apabila melihat reaksi Jung Kook itu. Lantas Jung Kook sedar lalu masuk ke dalam kereta. Mereka melambai ke arah Ji Hae. Tanda perpisahan sementara.

Ji Hae tersenyum bahagia. Terasa hidupnya lengkap sekarang. Memang Jung Kook pelengkap hidup Ji Hae.

Ji Hae naik semula ke apartmentnya. Hendak berehat. Kejap lagi pukul 2 petang dia kena pergi kerja. Sekarang baru pukul 9 pagi. mungkin dia akan datang lambat. Diambil telefon lalu menghantar sms kepada Min Soo.

Unnie datang lambat hari nih. Tolong jaga kedai kejap okay? Thank you Min Soo :) - Ji Hae.

Sent.

Ji Hae kembali naik semula ke apartmentnya. Dibuka pintu lalu mengunci. Ji Hae menuju ke ruang tamu.

"Hai sayang..." seorang lelaki menegur Ji Hae.

Ji Hae tersentak. Seorang lelaki sedang duduk di ruang tamunya. Lelaki itu merenung tajam ke arah Ji Hae sambil tersenyum. Wajah Ji Hae pucat. Langkah Ji Hae mengundur. Tangan dan kakinya mula mengigil. Lidahnya kelu.

MACAM MANA DIA ADA KAT SINI?!!

Bersambung...

_____________________________________

Butterfly. Pt 1 | jjkWhere stories live. Discover now