1 - Rakyat Bergaduh

Start from the beginning
                                    

Geu anhe jinjjareul bwabwa
Call me baby, babe
Call me baby
Call me baby, babe
Call me baby

Lagu Call Me Baby - EXO melalak-lalak meminta diangkat. Mujur suara sedap-sedap hingga boleh melonggarkan skru lutut setiap gadis. Kalau tak, buat apa jadi boy group, kan?

Kelam-kabut Hanna berlari mencapai Samsung Note 2 miliknya sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari bilik air. Nasib baik tak jatuh terjelepok.

"Hello?" sapa Hanna terlebih dahulu.

Senyap. Cuma kedengaran pemanggil di sana seperti menarik nafas.

"Hello from the outsideeee~"

Erk?

Hanna melihat skrin. Ingin tahu siapa pemanggil itu. Bibir dicebikkan. Patutlah.

"Laaa, kau rupanya. Patutlah nak tercirit aku dengar suara merdu Adele kau tu. Nasib baik tak bertakung tahi telinga aku," perli Hanna. Lagu Adele, boleh dia terima lagi. Kalau lagu zaman P. Ramlee keluar, memang menari twist la dia hari ni.

"Amboi, kemain perli! Eh, suara aku ni mahal semahal-mahal platinum, okay? Adele pun angkat bendera putih, tahu? Silap hari bulan, menyorok dia celah gas dapur nanti. Huh!" Pemanggil di sana mendengus tak puas hati. Sekurang-kurangnya, suaranya belum capai tahap pecahkan koklea manusia lagi.

"Whatever lah, makcik. Kau nak apa ni, Fir? Jangan buang masa aku." soal Hanna, straight to the point.

Malas nak layan perangai gila-gila kawan baiknya itu. Lawan berdebat dengan dia, boleh buat mulut Hanna berbuih-buih sabun.

"Esok jangan lupa bawa komik Lawak Kampus tau! Aku nak pinjam untuk seminggu. Dan lagi satu... aku nak mi goreng buatan abang kau tu," pesan Fir.

Menggeleng Hanna seraya melebarkan sengihannya. "Amboi, kau! Banyak betul demand, ya?"

"Heheh. Sedaplah weh mi goreng abang kau hari tu. Sampai termimpi-mimpi aku, tahu tak? Fuh, memang terbaiklah!" puji Fir melambung-lambung. Jujur dia tak boleh lupa betapa terangkatnya kesedapan mi goreng tersebut.

"Baiklah, Tuan Puteri Cik Kembang Setaman Bunga Melur. Patik akan menurut perintah Tuanku," balas Hanna. Turutkan sajalah.

Fir ketawa di hujung talian. Masuk air dah kawan aku sorang ni. Hahah.

"Okaylah, aku nak beradu dulu. Katil aku dah seru aku tu. Memanggil-manggil, memekik-mekik... Nanti merajuk pulak katil aku tu. GTG. Jangan lupa mimpikan aku tau, Hanna."

Menjuling ke atas mata Hanna.

"Mimpikan kau? Aku tak nak mimpi ngeri. Sorry," kata Hanna berbaur gurauan.

"Kurengg punya kawan! Okaylah, bye! Assalamualaikum!"

Panggilan dimatikan sebelum sempat Hanna menjawab salam Fir. Marahlah tu. Mengadanya.

"Waalaikumussalam..." Hanna senyum seraya menggeleng-geleng kepala.

Fir merupakan kawan baiknya sejak tingkatan dua lagi. Sebelum mula-mula kenal dahulu, macam stranger dari planet mana entah. Seorang dari planet Pluto, seorang lagi dari Planet Zuhal. Tapi, tak sangka, sekepala. Alhamdulillah. Ini kut dinamakan kuasa jodoh. Kemerepekan apakah ini. *tepuk dahi*

🍓🍓🍓

Udara sejuk daripada pendingin hawa yang bercampur dengan bau buku-buku dihirup. Segar gila. Buatkan hatinya tenang. Hanya orang yang ulat buku sahaja faham.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now