BAB 11: Workaholic

Start from the beginning
                                    

"Agaknya ni syarikat mak bapak kau punya," kata seseorang dari belakangnya.

Aira sudah berkerut apabila mendengar suara seseorang. Macam pernah aku dengar je nada suara yang macam ni. Aira menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang mengatanya tadi.

Seorang lelaki yang bertubuh tegap sedang berdiri betul-betul di belakangnya. Lelaki itu kemas dengan berpakaian pejabat. Tangan kanannya sedang memang briefcase manakala tangan kirinya pula diseluk ke dalam poket seluar kiri. Aira memandang ke hadapan semula apabila matanya bertaut seketika dengan lelaki itu. Wajahnya yang dihiasi senyuman tadi terus mati. Kalau tak bercakap dengan sinis sehari dengan aku agaknya memang tak lengkap hidupnya. Menyampah!

"Dah pukul 9.40 pagi baru nak masuk kerja? Huh! Tak padan pegang jawatan Project Manager."

Darah Aira sudah mencapai takat didih apabila mendengar kata-kata sinis dari lelaki itu. Aku tahu la yang ni syarikat bapak kau. Belagak!

"Nasib baik pukul 9.40 pagi bukan 9.40 malam," balas Aira.

"Kau datang kerja pukul 9.40 malam tu tandanya kau dah sewel."

Aira mengetap gigi geram apabila mendengar kata-kata Haiqal. Dia kata aku sewel? Eee... geramnya aku.

"Ni syarikat tempat orang kerja bukan hotel yang kau boleh masuk sesuka hati kau je." Haiqal bersuara lagi apabila gadis yang berada di hadapannya berdiam diri.

"Saya bukan sengaja nak datang sini sesuka hati saya. Saya singgah di Silver Holding sekejap lagipun saya kerja kat sana bukan kat sini," terang Aira dengan nada yang seboleh-bolehnya dia lembutkan.

"Memang kau kerja kat sini untuk sementara waktu tapi aku tetap tak suka orang yang datang lambat. Kau faham tak?"

Aira membiarkan pertanyaan Haiqal berlalu begitu sahaja.

"You got it or not?" bisik Haiqal perlahan di tepi telinga Aira yang dilitupi oleh tudung.

Aira rasa bulu romanya sudah tegak sembilan puluh darjah apabila mendengar bisikan Haiqal yang bernada seakan-akan romantik itu. Belum sempat Aira membalas sudah lif terbuka terlebih dahulu. Haiqal terus melangkah keluar apabila lif sudah sampai di tingkat 22. Aira menarik nafas lega apabila dia dapat melepaskan diri dari keadaan tadi. Rasa macam terselamat selepas seratus tahun je.

Haiqal duduk di atas kerusi empuk yang sememang khas untuk dirinya. Dia bersandar selesa di kerusi. Bibirnya mengukir senyuman apabila teringat tentang kejadian di lif sebentar tadi. Aira terus terdiam apabila dia berbisik di tepi telinga gadis itu. Sebelum keluar dari lif dia sempat mengerling sekilas wajah Aira yang sudah merah pipinya kerana menahan malu. Itu dia pasti. Itu baru aku berbisik dalam nada yang romantis sudah merah pipi kalau dikenyitkan mata agaknya terus pengsan. Paling kurang aku di cop miang oleh dia.

Aira tenung replika bangunan yang sudah siap dihasilkan oleh Jay. Rasa cemburu pada Jay timbul kerana Jay dapat menyiapkan replika bangunan dengan masa yang singkat. Begitu juga dengan replika yang direka oleh Zamani yang dibantu oleh Lee. Hanya replika bangunannya sahaja yang belum siap lagi. Dia bukan sengaja nak melengah-lengahkan kerja tetapi dia sangat sibuk minggu lepas kerana kerap kali menghadiri mesyuarat di luar.

Sabar Aira, kalau Malaysia boleh, Aira pun boleh. I'm Nur Aira binti Ahmad. Pantang menyerah selagi belum kalah. Aira meniupkan semangat ke dalam dirinya. Selalunya mereka hanya menghantar dua pelan bangunan sahaja tapi tiba-tiba sahaja Dato' Razlan mengarahkannya menghantar tiga buah pelan pada kali ini. Sengit juga persaingan untuk mendapatkan projek dua ratus juta ni.

Dia menyiapkan replika bangunannya dengan teliti kerana dia tidak mahu ada cacat cela pada replika bangunannya ini. Sebagai Project Manager, dia kena pastikan yang hasil kerja setanding dengan kedudukannya. Apa orang kata kalau kerja Project manager sendiri buat kerja macam budak darjah satu, dia jugak yang mendapat malu. Sudah tentu juga ingin menjaga nama baik Silver Holding.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now