Haih Leeio cakap macam la aku pendek sangat.kalau aku tak pakai kasut ni pun aku paras tinggi bahu Danial.pendek ke tu?.nasib sebelum bersiap ni Leeio ada ajar macam mana nak berjalan.harap-harap la tak tersadung kejap lagi.amin!.

Leeio berlari anak untuk membuka pintu kepada azharina.

Azharina mengangkat bajunya yang labuh sedikit.dah la pakai kasut tumit tinggi.karang kalau tak angkat maunya pijak kain lepas tu terterap sembah bumi yang nyata.tak ke malu.

Azharina berjalan perlahan ke arah pintu.dia memandang sekilas ke arah hadapan.dia perasan yang Danial tengah main henfon dan di sebelahnya pulak ada seorang lelaki muda.kawan dia la kot.

Hairul yang bosan,dia memandang kiri dan kanan.tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan cantik yang baru keluar dari bilik.terkaku Hairul dibuatnya.

"Cantiknya bini kau Nial".puji Hairul yang masih memandang wajah ayu azharina.

Danial yang sedang bermain henfon hanya endah kan pujian Hairul tu.cantik lah sangat!

Hairul menampar kuat paha Danial yang buat tidak endah akan kata-katanya.

"Aduh!".Danial mengaduh sakit.dia baru saja ingin memandang Hairul tetapi matanya galak memandang seorang perempuan cukup dikenalinya.

Danial memandang azharina dari atas hingga ke bawah.cantik.

'Apa kau puji dia cantik?nampak sangat kau mengaku yang kau ni suka dia kan.ego kau memang tinggi la Danial Rykal.'.kata hatinya.

'Eh mana ada aku ego.aku saja je puji perempuan ni.suka?in my dreams actually.never ever fall in love with her. ego?yes!' Monolog Danial dalam hati.

"Hai aku tahu la bini kau ni cantik.tapi boleh tak jangan usya bini kau sekarang.malam-malam nanti la kau usya dia.sekarang ni jom pergi. Nanti lambat!".ujar Hairul yang sudah bangun.

Tersentak Danial dibuatnya.aku pandang dia?ish ingat Danial.dia tu pembunuh!.

"Jom kita turun dulu.".ajak Leeio.

Azharina hanya mengangguk.azharina mula melangkah ke tangga.dia mengangkat kain yang labuh itu sedikit.

Danial hanya memandang azharina yang berjalan.

"Dah jom.bini kau dah turun tu.".ajak hairul yang sudah berjalan ke anak tangga.

Danial meraup mukanya.dia mengekori langkah hairul.

"Terima kasih sebab datang".ucap azharina.dah lengah mulut dengan tangan bila ucap benda yang sama.

"Bro tahniah la bro.tak sangka aku kau dapat bini cantik,kecik molek ni ha".puji hazwan.

"Untung la dia jugak.haih jelous jugak aku sebab kau dapat bini sopan macam azharina tu."puji hairul melambung- melambung

Danial memandang sekilas ke arah azharina yang sibuk melayan tetamu.dia tersenyum sinis.

"korang cari la macam dia. Korang kan playboy tersohor.hahaha".kata Danial dan dia tergelak kecil.

"Eh,eh macam kata dekat diri sendiri la pulak.".jawab hazwan

Hairul mengangguk laju.

"Alah lantak la."

"Aku sekarang ni nak layan awek aku dah tak boleh.sebab sekarang ni aku tengah cari adik tiri aku.abang tiri aku tu la paksa aku cari".hairul mengeluh seketika.kesian najihah,dah lama tak call dia.rindu la.balik nanti nak call la.

"Haih sabar la wey.nanti kita cuba cari sama-sama.tapi kalau adik tiri kau tu cantik macam azharina kan,aku nak mengorat boleh?".soal hazwan.dia mengangkat keningnya.

Hairul mula buat muka.malas layan sifat playboy hazwan ni.nasib aku ni bukan macam tu. Setia pada yang satu chia,chia.

"Dah lah.pasal tu pun nak gaduh ke.kau hairul apa susah-susah.cuba kau mintak dekat abang tiri kau tu gambar adik dia and jangan lupa tanya nama sekali".Danial mula bagi cadangan

Hairul mengangguk perlahan.

"Dah lah aku pergi dulu.kesian bini kau tu layan tetamu sorang-sorang,kau pulak relex bersembang dengan kita orang.jom la hazwan.".

"Jom.selamat pengantin baru bro.kita orang balik dulu".hazwan mula berjabat tangan dengan Danial.

"Thanks."

Selesai sahaja tetamu balik.azharina terus masuk bilik Danial.almaklumlah majlis ni buat dekat rumah datin akmar.so terpaksa la tidur sekali dengan Danial.tapi Danial bagi ke?

Azharina mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.selepas 10 minit azharina keluar dengan siap berpakaian.

Kebetulan pulak Danial masuk.terkaku danial dibuatnya.untuk pertama kali dia dapat tengok rambut azharina yang panjang sampai ke paras pinggang.rambut azharina pulak hitam pekat tanpa memakai pewarna rambut untuk menghitamkan rambut ikalnya.

Azharina yang turut memandang Danial.dan mata mereka bertembung antara satu sama lain.

"Er awak pergi lah mandi".kata azharina untuk menenangkan hatinya yang dari pada tadi berdegup.dia tak selesa bila ditenung macam tu dengan Danial.walaupun Danial suami dia.

Danial tersentak.dia mengaru rambutnya.dia mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik mandi.dia menutup pintu bilik air dan berjalan ke hadapan cermin.

"Apa perasaan aku ni?kenapa aku tenung dia macam tu.argh kenapa hati kau ni lembut sangat Danial.ingat dia pembunuh!dia pembunuh!".Danial menggenggam penumbuknya.dan dia membuka air hujan

Azharina yang selesai menyikat rambutnya berjalan ke arah katil.baru sahaja dia ingin duduk tiba-tiba ada satu suara garau menengkingnya.azharina lantas berdiri tegak.

"Woi pembunuh.kau sapa nak duduk atau pun tidur dekat katil aku ni ha!" Herdik danial yang baru keluar dari bilik mandi

"S..sa..saya cuma nak tidur.ka..kalau saya tak tidur atas katil habis tu saya nak tidur mana?".kata azharina dengan suara tergagap-gagap.wajahnya di tunduk ke bawah.

Danial tersenyum sinis.

"So sekarang ni kau nak cakap yang kau nak tidur dengan aku la ni kan.hahaha.jangan mimpi la pembunuh.kau boleh je tidur dekat lantai ni tak pun sofa dekat luar bilik sana tu takpun dekat mana-mana je lah kecuali katil aku yang bersih ni ".Danial menunjukkan sebuah sofa panjang yang berada di balkoni.

Azharina memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Danial.

"Lagi satu aku tak hingin pun nak tidur dengan pembunuh macam kau. eyyulk. aku jijik dengan kau!".herdik Danial.dia berjalan di sebelah Azharina sambil melemparkan tuala mandinya dengan kuat ke muka azharina.dia terus berjalan ke arah katilnya dan terus menarik selimut.

Air jernih menitis juga di pipi gebu Azharina.jijik kah aku?ayah rina nak ayah!kenapa semua benci rina ayah?!.

Azharina mengambil bantal dan terus berjalan ke arah luar,dia membuka pintu itu dengan perlahan.dia meletakkan bantal itu di atas sofa dan dia terus baring dalam keadaan menangis.

Matanya masih setia mengeluarkan manik-manik jernih di pipi sambil memandang ke langit.dalam penat menangis dia terus terlelap.

Danial yang mengintai azharina disebalik selimutnya terus tersimpul senyuman jahat.

"Tak sangka aku yang kau ni bodoh azharina.kan aku dah kata kau nak tidur mana-mana pon boleh kecuali katil aku tapi kenapa kau sanggup tidur dekat sofa luar tu dengan angin kuat macam nak hujan sedangkan dalam bilik aku ni pun ada sofa.".omel Danial perlahan.dia terus melelapkan matanya dengan hati yang puas. Terlampau puas!

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now