Bab 13: A Duel? Again?

Start from the beginning
                                    

“Bukan itu sahaja, Anna! Dia adalah salah satu ahli Heroic Knight.”

“Maksud kau The Circle of Heroic Knight? Apa masalahnya?”

“The Circle of Heroic Knight bukan calang-calang orang. Mereka adalah pelajar yang terpilih untuk menjaga keselamatan dan pertahanan Akademi Seraglio jika diserang oleh musuh. Bukan itu sahaja, mereka juga sangat kuat kerana dilatih untuk menjadi Kesatria Agung Diraja Sylvania atau dikenali sebagai Kesatria Elit Sylvania,” terang Wilda.

“Oh, ya! Baru aku ingat. Andrew pun merupakan bekas Heroic Knight.” Andrew pernah ceritakan padanya.

“Dia adalah pelajar yang berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Heroic Knight Pertama.”

“Maksud kau?” tanya Annabella. Wajahnya jelas tidak tahu apa-apa.

“The Circle of Heroic Knight mempunyai ada lapan orang ahli. Kekuatan mereka ditentukan oleh kedudukan mereka. Tempat pertama merupakan orang yang paling kuat dan begitulah seterusnya. Mereka merupakan yang terbaik dari yang terbaik. Kedudukan mereka juga boleh berubah jika berlawan antara satu sama lain. Lord Andrew merupakan pelajar yang pertama mengekalkan kedudukannya di tempat pertama sehinggalah dia tamat belajar di akademi,” beritahu Wilda dengan lebih jelas.

“Patutlah pakaian mereka tidak sama dengan kita.”

“Itu untuk membezakan mereka dengan pelajar biasa. Clara berada di tempat keempat.”

“Aku sudah cari masalah?” tanya Annabella. Dia mula sedar yang dia cari masalah dengan bukan calang-calang pelajar akademi.

“Clara tu bukan calang-calang orang. Kalau dia berlawan, tidak ada  istilah kesian atau simpati.”

“Dia mungkin bunuh aku?”

“Kau merayu pun tidak berguna.”

“Tapikan... Bila fikir balik. Kenapa dia mahu bertarung dengan aku? Sedangkan aku bukan kuat. Sekali jentik aku boleh kalah.”

“Aku musykil tentang tu.” Wilda juga terfikir tentang perkara itu. Kenapa Clara mahu bertarung dengan Annabella? Sedangkan kawannya itu bukan hebat sangat malah kuasa pun tidak ada.

ANDREW mundar-mandir kerana tidak senang duduk apabila mendengar berrita dari mulut Annabella sendiri. Mujur dia dapat selesaikan misinya dalam masa yang singkat. Kalau tidak, entah apa yang akan terjadi pada Annabella.

“Sebulan saya tidak ada, kamu cari gaduh dengan Puteri Clara,” keluh Andrew.

“Dia yang cari gaduh dengan saya dulu. Saya sudah meminta maaf tapi dia tidak mahu terima. Tidak cukup dengan itu dia hina dan cabar saya. Apa lagi? Saya sahutlah cabaran dia.” Annabella mempertahankan dirinya.

“Kamu tahu dia merupakan salah satu ahli Heroic Knight?”

“Saya tahu. Apa hebat sangat ke jadi Heroic Knight?” Annabella mencebik.
Andrew duduk bersila di atas rumput bertentangan dengan Annabella.

“The Circle of Heroic Knight. Bukan sahaja pelajar elit di akademi, mereka merupakan penjaga rahsia akademi.”

“They’re not just prideful asshole?”

Kuk! Kuk!

Annabella diam. Tidak perlu diterangkan lagi apa yang terjadi apabila kesan bunyi ‘kuk’ kedengaran. Sakit di kepala dibiarkan.

“Jangan bagitahu pada sesiapa apa yang saya akan bagitahu kamu, faham?”

“Faham...”

“Mereka merupakan penjaga Rapturous Sword.”

“Pedang kepunyaan Raja Rowan tu ke? Bukan pedang tu hilang ke?”

“Ia bukan hilang tapi disimpan di Akademi Seraglio. Hanya lapan orang Heroic Knight sahaja yang mempunyai kunci untuk ke sana. Kuncinya bukan sekadar kunci biasa. Pemegang kunci ini adalah orang yang paling kuat.”

“Kenapa perlu jaga pedang tu? Sedangkan ianya hanya sebilah pedang yang lama.”

“Pedang tu sangat berkuasa, Anna. Hanya orang yang mempunyai darah keturanan Raja Rowan sahaja yang mampu menggunakan pedang.”

“Kenapa Raja sekarang tidak menyimpan pedang itu? Kenapa perlu disimpan di sini?” tanya Annabella ingin tahu.

“Banyak sangat soalan kamu, Anna. Tapi... Tiada siapa yang tahu alasan itu.”

“Mustahil tidak ada siapa yang tahu. Pasti ada orang yang menyimpan rahsia kebenarannya.”

“Sudahlah, Anna! Kembali berlatih!” Andrew bangun dari duduk.

“Soalan terakhir!”

“Apa?”

“Naga tu wujud atau tidak?”

Riak wajah Andrew berubah sedikit apabila mendengar soalan Annabella.

“Bagaimana kamu tahu tentang perkara itu?” soal Andrew.

“Teka. Ianya pelik jika naga tidak wujud.”

“Kamu perlu jadi Heroic Knight barulah kamu tahu kebenarannya. Bila perlawanan kamu dengan Puteri Clara akan berlangsung?”

“Tempoh adalah seminggu. Eh, kejap! Tinggal dua hari lagi. Hehe...”

“Kamu sudah berlatih?”

“Mestilah!”

“Tentang apa?”

“Fokus dan banyak berehat.” Annabella sengih menampakkan giginya putih.

“Annabella...” keluh Andrew perlahan. Apalah nasibnya dapat anak murid seperti Annabella.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now