"Roti canai kamu sudah siap." Bungkusan roti canai diletakkan ke meja Tengku Zafran.

"Papa, Zaf balik dulu ya. Takut si Raisya lama menunggu pulak." Bungkusan roti canai diambil lalu dia membuat pembayaran.

"Ya lah... Papa pun dah nak balik ni. Kirim salam papa dekat Raisya. Eh, sebelum tu Zaf jangan lupa bawa Raisya pergi jumpa dengan doktor. Jangan lupa tau."

"Kenapa papa? Raisya ada sakit apa-apa ke sebelum ni?" Dato' Faizal mengangguk.

"Sakit sebab perbuatan kamu." Makin bertambah kerutan di dahi Tengku Zafran. Sejak bila pulak aku ada sakitkan dia? Oh, sakitkan hati tu mungkin ya, tapi tak adalah sampai membawa kepada penyakit merbahaya.

"Alah, bawa aje dia jumpa dengan doktor. Nanti Zaf akan tahu jugak." Saran Dato' Faizal lagi.

"Insha Allah, papa." Sebelum beredar dari gerai mamak tersebut, sempat Tengku Zafran menyalami Dato' Faizal terlebih dahulu. Menantu misali kan.

Raisya bermundar-mandir sendiri di ruang tamu. Memikirkan sikapnya yang semakin hari semakin pelik plus semakin manja macam orang pregnant. Wait, pregnant?! Ish, tak mungkin dan memang tak! Tapi... Apa yang tak mustaahilnya kalau aku dengan dia memang dah...

Deruan enjin dari luar menyentakkan monolog Raisya. Sampai dah pun dia.

Raisya segera membuka pintu utama vila itu lalu pergi mendapatkan Tengku Zafran.

"Sayang, nah roti canai. Ni... nutella." Tengku Zafran menyerahkan dua bungkusan plastik kepada Raisya. Susah payah dia meredah kepekatan malam untuk memenuhi kehendak isteri.

"Wah... Thanks abang." Tiba-tiba Raisya menjadi sebak. Air matanya bertakung di tubir mata.

"Kenapa sayang menangis ni? Abang ada salah cakap ke?" Raisya laju menggeleng.

"Tak. Abang tak ada salah cakap apa-apa pun. Sayang cuma terharu abang sanggup layan kerenah sayang." Tengku Zafran pantas mendakap tubuh kecil itu. Belakang tubuh Raisya diusap cuba meredakan perasaan sebak yang tiba-tiba bertukar menjadi esakan.

"Thanks, abang." Ucap Raisya ikhlas.

"Your welcome, dear. Dah, jom masuk." Bahu Raisya dipaut agar masuk ke dalam rumah. Raisya melentokkan kepalanya pada bahu Tengku Zafran sambil berjalan beriringan. Dia rasa bahagia berada dekat di sisi Tengku Zafran.

**********

MAYA melangkah masuk ke bilik pejabat Raisya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Bukan senyuman manis, tetapi senyuman penuh dengan makna yang tersirat. Raisya Amyra, kau akan kenal siapa aku tak lama lagi.

"Hi Myra. It's me, Kayla." Maya maju menapak ke arah Raisya. Raisya yang sedang sibuk berbincang dengan seorang klien terganggu dek sapaan Maya. Masuk bukannya reti nak ketuk pintu. Kalau masa temu duga haritu dia tunjukkan sikap begini, memang awal-awal lagi Raisya dah reject.

"Sorry, we'll discuss it later." Raisya senyum memandang kliennya. Faham dengan bahasa tubuh Raisya, dia mengangguk dan bersiap-siap untuk beredar.

Siaplah budak tak ada adab ni!

"It's okay." Setelah berbalas senyuman, dia melangkah keluar.

"Hei, you ni tak reti ketuk pintu dulu ke sebelum masuk? Tak nampak ke I tengah berbincang dengan client tadi?! Kalau projek kali ni tak berjaya, you nak bertanggungjawab ke? Banyak sangat dah harta you tu nak tebus balik kerugian syarikat?" Maya memberi jelingan sekilas kepada Raisya. Mulut tu! Pedas berapi betul.

"Janganlah garang sangat, Myra." Tangannya disilangkan.

"You cakap apa tadi Maya? I kurang dengar."

"Masih ingat tentang Myra and Kayla? Our childhood memory?" Raisya terkedu tatkala Maya memanggilnya dengan panggilan Myra. Jadi dia lah pemilik mesej misteri tu!

"Ka... Kayla ke ni?"

"Yup! I'm Kayla. Maya Kayla." Raisya berdiam sejenak. Setahu dia perempuan depan dia ni Maya Aressa macam yang tertulis pada fail butiran peribadi pekerja. Bukan Maya Kayla.

"Myra ingat lagi tak kali terakhir kita berpisah dulu?" Raisya cuba mengimbas kembali apa yang telah menyebabkan mereka berdua berpisah. Mana mungkin dia dapat melupakan tragedi yang paling dikesalinya sehingga kini.

20 tahun yang lalu...

Myra dan Kayla. Mereka berdua sangat rapat sejak kecil seawal usia mereka empat tahun. Mereka boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku.

Namun satu kejadian yang menimpa, telah menyebabkan mereka berpisah langsung tidak bertegur sapa.

"Myra, jom main masak-masak." Raisya menggeleng sambil mengagah-agah Fasya yang masih bayi ketika itu. Dia sudah bosan dengan permainan masak-masak. Macam tak ada permainan lain aje yang Maya nak ajak dia.

"Kita tak nak lah. Kita nak main dengan adik kita." Maya menarik muka masam.

"Kalau awak tak nak main masak-masak dengan kita, kita tak nak kawan dengan awak dah." Maya membentak. Periuk mainan dilempar ke tanah menunjukkan protes.

"Ala... ya lah, ya lah. Papa! Ica nak pergi main dengan Maya dekat pondok kejap." Laung Raisya kepada Dato' Faizal yang sedang leka menonton televisyen. Ketika itu, Raisya dan Fasya sudah kehilangan mama mereka. Datin Alis, menghembuskan nafas terakhir setelah selamat melahirkan Fasya ke dunia.

"Boleh, tapi jangan balik lewat sangat!"

"Okey, papa. Jom!" Tangan Maya ditarik lalu mereka menuju ke pondok yang berdekatan dengan rumah Raisya. Pada masa itu, mereka hanya tinggal di kampung memandangkan ayah Raisya masih belum mendapat gelaran Dato' dan belum ada syarikat sendiri lagi. Agak lama mereka hidup dalam serba kekurangan sebelum berjaya seperti sekarang.

"Myra tunggu sini kejap. Maya nak pergi cari biji saga yang warna merah tu banyak-banyak. Boleh jadi buah tomato."

"Nak Myra teman? Bahaya tau kalau pergi sorang. Papa kita cakap kalau nak jalan mana-mana kena ada orang teman sekali." Maya menggeleng.

"Tak apa, Myra tunggu aje kat sini. Maya pergi cari kejap aje, okey?"

"Okeylah."

Maya berjaya mengumpul beberapa ketulan biji saga untuk dibuat main. Tiba-tiba ada sebuah kotak mancis menangkap pandangan matanya. Maya membongkokkan sedikit badan untuk mengambil kotak mancis tersebut.

"Kotak apa ni?" Kotak kecil itu ditolak keluar, terdapat beberapa batang mancis yang masih elok di dalam. Kotak kecil itu ditutup semula.

"Buat main masak-masak pun boleh ni." Kotak mancis itu disimpan ke dalam poket seluar tracksuitnya lalu dia kembali ke pondok untuk ditunjukkan kepada Raisya.

Mesti best kalau ada barang baru!

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now