Diam - Diam Suka PART 44

2.7K 222 21
                                    


You tak puas hati dengan I ke ha ?" Soal Amanda.

"Memang kitaorang tak puas hati dengan kau. Kau pura-pura mengaku jadi...." belum sempat Jihyo menghabiskan kata-katanya Tzuyu sudah menekup mulut Jihyo.

Jihyo memandang Tzuyu. Tzuyu cepat-cepat menggelengkan kepalanya.

"Wae ? Kau tak kan nak biarkan je." Bisik Jihyo pada Tzuyu.

Tzuyu tersenyum lalu berkata;

"Plan baru."

"Bisik apa tu ?" Sampuk Mingyu.

"Kau sibuk pahal ?" Kata Tzuyu.

"Kau nak marah-marah ni kenapa ?" Tanya Mingyu.

"Siapa marah kau ?" Soal Tzuyu tanpa menjawab pertanyaan Mingyu.

"Kau yang marah aku, lepastu boleh tanya lagi ?" Balas Mingyu.

"Kacang ! Kacang !" Kata mereka dengan serentak.

"Kitaorang dekat sini, bukan tunggul tau nak dengar korang berdua bergaduh." Kata Dino.

"Korang ni, dari dulu sampai sekarang asyik bergaduh. Aku kahwinkan korang baru tahu." Kata S.coups.

"Kahwinkan je." Sokong Chaeyoung.

"Kalau kahwin, pastikan nasi minyak ada. Tiba-tiba teringin pula nak makan nasi minyak." Usik Jungyeon.

"Nak sekarang pun boleh. Bukannya susah sangat pun. Nanak nasi, lepas dah masak letak minyak dah siap." Kata Tzuyu serius.

"Jangan la serius sangat. Aku gurau je." Kata Jungyeon.

"Guys, jangan palau I boleh tak ?" Amanda bersuara.

"Yuri dengan Bella mana ? Pergi la dekat dorang." Kata Hoshi dengan sinis.

Amanda terus mendiamkan diri.

"Lupa kawan ke ?" Tambah Nayeon.

"Oppa, jom pergi. Sakit telinga I dengar dorang membebel." Kata Amanda menarik lengan Mingyu.

Tzuyu bangun lalu berdiri di atas bangku kantin sekolah. Twice, Seventeen, dan Amanda terkejut dengan tindakan Tzuyu.

"Perhatian !!" Jerit Tzuyu menepuk nepuk kedua-dua belah tangannya bagi menarik perhatian para pelajar yang berada di dalam kantin.

Kini semua mata tertumpu pada Tzuyu.

"Aku nak tanya korang satu soalan ni. Korang tahu tak kalau Kim Mingyu dengan Choi Amanda ber...." belum sempat Tzuyu menghabiskan kata-katanya Mingyu menarik Tzuyu supaya turun dari bangku sekolah.

"Apa yang kau cuba buat Tzuyu ?" Soal Mingyu.

"Aku cuma nak bagitahu je kalau kau dengan perempuan tak guna tu sedang hangat bercinta." Balas Tzuyu santai.

Pang !

Satu tamparan yang kuat terkena pada pipi Tzuyu. Semua yang berada di kantin terkejut. Amanda ? Dia hanya tersenyum sinis melihat kejadian itu.

Tzuyu sudah memegang pipinya akibat dari tamparan tersebut.

"Kau marah sebab aku cakap dia perempuan tak guna ?" Kata Tzuyu sambil menekankan perkataan tersebut lalu tersenyum sinis.

"Tampar la lagi ! Tampar ! Tampar sampai kau puas !" Jerit Tzuyu sambil menolak-nolak tubuh badan Mingyu.

"Aku cakap tampar ! Kau nak sangat tampar aku kan ! Tampar la. Kau tunggu apa lagi !" Kini air matanya tidak dapat dibendung lagi. Air matanya sudah jatuh.

"Wei perempuan, kau suka kan ?" Marah Tzuyu.

"Tzuyu, kenapa you cakap macam tu ? You tak baik tau buruk sangka dengan I." Kata Amanda.

"Hei perempuan, kau tak payah nak berlakon la kat sini. Tak ada siapa pun nak tengok lakonan kau." Kata Tzuyu.

"I don't care." Balas Amanda.

"Kau pergi sekarang !" Marah Mingyu pada Tzuyu.

"Kau fikir aku nak sangat ke menghadap muka kau ?" Soal Tzuyu.

"Sekolah ni, bukan mak bapak kau punya. Kau nak halau aku dari kantin asal ? Aku ada kaki aku tahu bila aku nak keluar dari kantin ni." Tambah Tzuyu.

Mingyu terdiam.

"Mulai dari sekarang, 17:07 kita putus tali persahabatan. Keputusan aku muktamad." Kata Mingyu setelah lama mendiamkan diri.

Ahli Seventeen dan Twice terkejut mendengar itu. Bukan itu yang mereka inginkan.

"Ok. Kalau itu yang terbaik bagi kau. Aku terima dengan hati yang terbuka." Kata Tzuyu.

//Wah, plan aku menjadi ! Mesti bagitahu Yuri dan Bella.// kata hati Amanda.

--------------------

"Aku tak sangka betul la kalau Mingyu sanggup putuskan tali persahabatan kita semata-mata disebabkan Amanda." Marah Chaeyoung.

"Aku balik dulu." Tzuyu terus beredar meninggalkan kawan-kawannya.

Semasa Tzuyu hendak melintas tiba-tiba ada sebuah kereta memandu sangat laju ke arahnya. Tzuyu kaku, kakinya seakan akan tidak boleh bergerak.

"Tzuyu !" Jerit seseorang sambil berlari ke arahnya lalu menolak Tzuyu ke bahu jalan.

"Kau ni lain kali lintas tengok la kiri kanan." Kata Joshua memukul lembut kepala Tzuyu.

"Gumawo." Balas Tzuyu singkat.

Tzuyu meneruskan semula perjalanannya.

------------------

"Tzuyu dah balik." Ucap Tzuyu lemah.

"Anak omma dah balik ?" Soal Ommanya.

Tzuyu hanya mengganguk.

"Kenapa ni ? Asal masam je muka ?" Soal Taeyeon pada Tzuyu.

"Tzuyu naik atas dulu." Kata Tzuyu.

-----------------

*bilik*

Tzuyu menggantungkan beg galasnya di belakang pintu. Dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Setelah itu, dia melangkahkan kakinya menuju ke meja belajar.

Dia mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen lalu menulis sesuatu di atas helaian kertas tersebut. Usai menulis dia melipat lalu memasukkan helaian kertas yang dilipat tadi ke dalam sampul surat.

Segera Tzuyu keluar dari biliknya. Tzuyu menuruni satu per satu anak tangga rumahnya dengan langkah yang malas.

"Omma, Tzuyu buang sampah tau !" Kata Tzuyu.

"Mana sampahnya ?" Soal Taeyeon pada dongsaengnya.

Tzuyu tidak membalas soalan unnienya. Dia terus keluar dari pintu pagar rumah. Tzuyu memerhatikan kawasan sekelilingnya. Setelah memastikan keadaannya selamat. Tzuyu meletakkan sampul surat itu pada peti surat milik keluarga Mingyu.

*BERSAMBUNG*

『COMPLETED』 Diam - Diam Suka  | K.M.GWhere stories live. Discover now