Aku mengusap dadaku supaya tenang sambil sebelah tangan lagi memeluk erat kotak coklat seperti peti itu .

Rafi'e memandang kotak itu . Terus laju melangkah ke arah aku . "sayang nak buat apa dengan kotak tu . Bagi sini ." minta Rafi'e secara lembut .

"Saya nak tengok isi dalamnya dulu ." aku berkeras .

"Jangan degil . Tak ada yang penting pun ."tegahnya dan cuba menarik kotak itu .

"Kalau tak ada yang penting , kenapa takut sangat saya nak tengok . Awak sembunyikan sesuatukan daripada saya ." aku masih menyimpan saki baki kesabaran yang masih ada .

"Ya , Allah . Betul tak ada sayang . For what biy nak tipu sayang . Ini barang peribadi biy , sayang . Boleh tak dengar apa yang biy katakan ni ."

Tanpa sedar aku mengalirkan air mata . Kotak coklat itu aku angkat separuh tinggi . "Kau dah tahu siapa aku betul tak?"

"Sayang..."

"Kenapa kau perlu berdiamkan diri ye ? Untuk apa , untuk uji aku ? Atau untuk sakitkan hati aku lagi ? Kau masih anggap aku musuh kau kan , dan bukan sebagai isteri . " luahku tersekat-sekat menahan daripada terus menangis .

Rafi'e menyambar kotak itu lalu dilemparnya ke lantai . Aku sedikit terkejut dengan tindakannya lalu , menunduk wajah .

" Sayang .. Biy dah cakap bila biy dah cintakan seseorang itu , siapa pun dia biy tak kesah . biy terima seadanya . " bahu aku dipegangnya .

Aku terus menangis , dan menangis . Kau tipu , kata-kata kau bukan benar sama sekali ! Kau cuma nak pujuk aku je .

"Siapa aku dalam hidup kau ?" soal aku tanpa memandangnya .

"Sayang.."

"Aku tanya kau ! Siapa aku dalam hidup kau ?! Perlu ke kau biarkan aku terseksa ? Kenapa kau tak jujur sedangkan kau suruh ku jujur pada kau sedangkan kau tak ? Kenapa Rafi'e .. Kenapa ?! " aku menepis bahunya . Diasaat setiap persoalan aku , dadanya ditunjai olehku berkali-kali . Rasa hati tu sakit seperti ditikam hidup-hidup .

"Apa motif kau simpan gambar Lina yang dulu ? Kenapa semua maklumat tentang aku kau tahu , sedangkan kau tak pernah suka aku dan tak pernah  beritahu aku ? Jawab Rafi'e , jangan diam macam ni , aku perlukan jawapan kau !" aku lemah , aku  terduduk menyandar diri pada almari pakaian . Rambut yang menutup wajahku aku tolak kebelakang . Air mata aku biar tidak dikesat .

Aku tak tahu kenapa aku perlu menangis hanya untuk ini . Hanya sebab identiti aku ?  Mungkin kerana firasat aku mengatakan hubungan aku dan dia takkan kekal lama ke ?

Mama , umi , papa dan Abah menaiki anak tangga mungkin kerana terdengar suara aku dari dalam bilik . Wajah kedua orang ibu itu berubah riak risau .

Nawal Iman yang sudah tahu kehadiran mereka berempat segera mengahalang merka .

"Eh , nak pergi mana? " Nawal menegur .

"Mama nak tengok tu kenapa dengan kakak ipar kamu ." kata Mama .

"Kenapa tu , tetiba je gaduh , Rafi'e buat apa pada Rai'a ? " kini paoa pula bertanya .

"Abang , kenapa Rai'a marah-marah tu sampai ke bawah dengarnya ." Umi menggoncang lengan Abah laju ingin tahu .

"Abang pun tak tahu , tak pernah - pernah anak kita marah sampai macam tu sekali  ." Abah juga pening sambil menggary kepala tidak tahu  lalu , memandang Papa .

"Tak boleh jadi , bang . saya nak kena pergi tengok juga tu . Jom Leha . " Mama mengajak Umi mengikutinya .Umi mengganguk setuju .  Tapi dihalang oleh Nawal .

"Eh , mama ni . Biar la itu kan hal rumah tangga long dan isteri dia . Jangan masuk campur ."

"Mama tahu , la . abang kamu tu-"

Abah memotong laju , "betul cakap  Nawal ni . Mereka dah berkeluarga . Biar mereka selesaikan sendiri . " abah menarik lengan umi .

"Abang , anak saya tu ." umi seakan memujuk tapi diendah oleh abah yang masih menarik lengan umi .

"Dah , awak pun jom ." papa juga turut menarik lengan Mama .

Mama meronta dilpaskan tapi juga diendahkan . Papa tetap menarik Mama turun dari anak tangga ."Bang Rafi'e tu  anak saya . Biar saya tolong . "

"Saya tahu , dia pun anak saya . Rafi'e tu dah jadi ketua keluarga , jadi biar dia berdikari sendiri . Jom-jom turun ."

Nawal ketawa seorang diri ."Mak bapak , macam ni lah ." Nawal menggeleng kepala . habis la kalau-kalau dia pula yang bergaduh macam tu . Mesti mamanya juga kan campur tangan .. Nawal mengikuti mereka dari belakang .

Rafi'e juga turut duduk menghadap aku . Kedua belah tanganku digenggam erat . Dia memandang aku yang masih menangis yang masih  menunduk wajah melihat lantai .

"Pandang biy , Rai'a ."

Aku tidak mengikut .

"Sayang , please . Pandang biy ."
Rafi'e separuh merayu .

Aku masih berdegil . Seduhan tangisan sahaja kedengaran . Aku cuba untuk berhenti menangis tapi tidak mampu . Apa lagi yang ada pada pemikiran dan hati aku sekarang ni ?

Rafi'e mengeluh . " Biy buat semua ni bukan sebab biy nak seksa sayang . I just want to know if  you still love me until now . Biy tahu dulu biy kejam dengan sayang , caci , herdik sayang . Biy takut hati sayang sudah hilang cinta sayang pada biy . Dulu biy tak pernah hargai sayang macam mana sayang hargai biy dalam diam .

Sayang nak tahu bila biy tahu siapa sayang ? Waktu kita bernikah . Sewaktu biy lafazkan untuk kali pertamanya . Nama sayang membuktikan semuanya dan juga mata sayang . Biy ingat mata sayang waktu pertama kali Nawal kenalkan Sayang pada biy . Biy tahu dulu , biy tak kesah malah lebih sakitkan sayang . Maafkan biy , dah lama sebenarnya biy cari sayang sejak biy malukan sayang , sayang keluar dari sekolah , biy minta maaf . Dayana hasut biy untuk bencikan sayang...

Biy tahu biy salah , tolong la jangan buat biy macam ni , hm ? Biy cinta dan sayangkan , sayang . biy perlukan sayang dalam hidup biy . Mungkin disebabkan hal ni la Allah pertemukan biy dan sayang sebagai suami isteri . Biy tahu biy hanya bertambahkan sakit tu pada sayang . Tapi please maafkan biy ,sayang , tolong ? " luahnya panjang lebar . Ya Allah , hati aku tak kuat mendengar luahannya .

Apa betul apa yang dia luahkan ? Aku keliru sama ada mahu percaya atau tak ?

















    

              - isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now