Dia dan aku

2.9K 286 20
                                    

Ji Hae mengeluh. Kenapa dengan Ha Ri nih? Ji Min dah permainkan dia tau tak? Tak kan Ha Ri tak perasan?

"Aku peduli apa! Aku tetap nak cari Ji Min. Memang nak mati dia tuh!!" Ji Hae masuk ke bilik menukar pakaian tidurnya ke Tshirt lalu menuju ke pintu utama. Ji Hae panik dengan tindakan terburu Ji Hae itu. Laju dia menarik Ji Hae masuk semula.

"Janganlah halang aku! Bukan ke aku dah janji nak tolong kau?! Ni lah dia!" Muka Ji Hae menyinga. Ha Ri menggeleng kepala. Air mata merembas keluar sekali lagi.

"Ya, tapi bukan ini caranya! Please Ji Hae aku merayu.. jangan. Ni antara aku dengan Ji Min. Aku tak nak libatkan kau. Please... kalau kau sayang aku kau tak kan jumpa dia!"

Ji Hae merenung Ha Ri. Timbul rasa kasihan. Pastinya kalau aku masuk campur perkara ni mesti semakin melarat. Bukan dia tak kenal Park Ji Min tuh. Lelaki yang ego panas baran gila kuasa dan hanya cintakan seorang perempuan kerana nafsu. Dulu dia ada menasihati Ha Ri supaya putuskan hubungan itu cepat. Tapi Ha Ri berkeras mengatakan Ji Min dah berubah. Nah! Tengok sekarang apa dah jadi?!

Ji Hae menutup daun pintu semula. Baiklah. Kali ni Jantan tu terlepas. Tapi lain kali, memang habislah dia! Ha Ri lega dengan tingkah laku Ji Hae. Dia memeluk Ji Hae.

"Terima kasih Ji Hae. Kau memang kawan baik aku. Kita fikirkan ni lain kali okay? Aku nak masuk tidur" Terus Ha Ri menuju ke bilik tidurnya. Biarkan Ji Hae seorang diri di ruang tamu. Ji Hae tersenyum sinis. Kepalanya digeleng.

"Maafkan aku Ha Ri. Tapi aku tak kan semudah itu lepaskan Ji Min" Langkah Ji Hae dihayun ke Bilik tidur terletak disebelah bilik Ha Ri.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Ji Hae membuka akaun Instagramnya. Username Ji Min ditekan di kotak carian. Muncul satu akaun milik Ji Min. Satu gambar baru dimuatkan. Makin mengelegak otak Ji Hae. Gambarnya bersama seorang perempuan berpakaian seksi mengalahkan mat saleh ada disitu. Tangan Ji Min erat memeluk pinggang wanita itu manakala wanita itu galak mencium pipi Ji Min. Panas! Memang panas! Laju Ji Hae menekan comment.

SO FAST GOT A NEW GIRLFRIEND? DIA NI MANGSA SETERUS KAU KE? HAHA. SHAME ON YOU! DASAR LELAKI BUAYA. GILA SEKS! GILA KUASA! WEY BETINA. JANGAN GALAK SANGAT DENGAN JANTAN NIH. DIA CUMA NAK BARANG KAU JEH!

Nah! Puas hati Ji Hae. Tapi hanya untuk sementara. Memang mulutnya pedas tajam. Bab perli memerli nih serahkan dekat dia. Memang Ji Hae pakar. Wuish! Laju ruang comment di gambar Ji Min bergerak. Semuanya respon kepada comment Ji Hae tadi. Ada yang tanya kenapa ada yang setuju dengan kata Ji Hae ada juga yang bodoh membela Ji Min. Memang dasar buta. Huh! Ji Hae menutup telefon pintarnya lalu melelepkan mata.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Ji Min membaca semua commentnya di Instagram. Terkejut dia apabila ramai yang 'membelasah' dia di ruang comment. Siapa punya kerja nih?! Ji Min cuba mengawal kemarahannya pada saat ini. Ditarik ke atas untuk mencari dimana puncanya. Ya! Baru dia jumpa.

Jihe00_

Siapa dia ni? Setahu Ji Min dia tidak pernah mengenal gerangan tuan punya akaun itu. Ji Min membuka profile pemilik itu. Hampa. Tiada satu pun gambar selfienya atau gambar muka pemilik akaun itu. Geramnya semakin mengila! Memang cari nahas. Siaplah kau kalau aku tau siapa kau! Disebabkan satu comment itu. Ramai gadis mula menjauhkan diri dari dia.

ARGHHHHH! Ji Min mencari nama 'Jung kook' di contact listnya. Talian disambungkan. Apabila deringan ketiga Jung kook menjawab panggilan tersebut.

"H-Hello Hyung.. kenapa ye?" Tersekat sekat suara Jung Kook.

"Datang rumah aku cepat! Kalau tak aku bunuh kau!!" Ji Min memberi amaran.

"O-okay hyung give me 15 minutes" Jung Kook memutuskan talian. Ji Min membaling telefonnya ketepi. Botol kaca berisi arak diteguk untuk seketika. Biasanya kalau dalam keadaan macam nih memang tempat lepaskan amarah dia adalah Jung Kook. Ji Min menanti Jung Kook dengan penuh kemarahan.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Jung Kook berlari lari menaik lift. Memang dia takut kalau Hyung Ji Min mengamuk. Jung Kook tau dialah bakal tempat lepaskan amarah Ji Min nanti. Sakit! Memang sakit! Tapi Jung Kook lagi rela dirinya disakiti dari Ji Min menyakiti adik perempuannya. Jung Kook dah terikat dengan Ji Min. Kalau bukan sebab hutang antara Hyung Jung Kook dan Ji Min semua nih tak kan terjadi! Selepas Hyungnya pergi Jung Kook dan adiknya menjadi mangsa.

Setelah pintu lift terbuka laju Jung Kook berjalan ke apartment milik Ji Min. Diketuk pintu Ji Min sekejap lalu membuka pintu daun itu.

Pringg!!

Sebotol kaca dicampak ke arah Jung Kook. Pecah. Mujur Jung Kook sempat mengelak!

Bersambung...
______________________________________

Hello readers! Okay first Kyung nak cakap sorry sebab buat watak Jimin macam nih. Percayalah kyung tak pernah maksud kan semua yg kyung tulis nih 😂 semuanya hanya REKAAN. so yeahh keep enjoy :) Maaf ye Jimin wife. Takpe jangan risau Jimin pun husband Kyung yang ke 2 dari 6 orang. Arkk.. 😂😂😂 okay daa~

Kyungru ♡

Butterfly. Pt 1 | jjkWhere stories live. Discover now