Sebuah Penipuan.

5.2K 320 4
                                    

"Please sayang! Jangan buat saya macam nih. Saya sayang awak sangat sangat. Please please" Shin Ha Ri merayu kepada Park Ji Min. Dirinya tak sanggup ditinggalkan. Ha Ri memang gilakan Ji Min. Kalau Ji Min menyuruh Ha Ri mencium kaki Ji Min pun dia sanggup! Bertapa mendalamnya cinta dia terhadap Ji Min.

"HAHAHA! hey perempuan! Kau tuh cuma pemuas aku. Untuk apa aku stay dengan kau? Jangan jadi bodoh! Blah kau!" Ji Min menolak Ha Ri dari terus memegang lengangnya. Ha Ri terjelompok jatuh. Sampainya hati Ji Min. Hatinya benar benar terluka dengan kata kata tajam itu.

"Habis selama ini awak menipu? Kejamnya awak Ji Min.. kejamnya awak!" air mata Ha Ri mula mengalir. Dimana janji Ji Min selama ini? Setelah dapat apa yang dia nak terus senang Ji Min menyatakan dirinya bukan lagi milik Ji Min. Mana?! Mana?!

"Hahaha! Kau memang bodoh. Tak kanlah perempuan murah macam kau aku nak kahwinkan? Fikir guna otak lah sayang" Ji Min menunjal kepala Ha Ri. Ha Ri rasa dirinya benar benar bodoh saat ini. Hatinya digores dengan semudahnya. Mukanya bertukar merah. Amarahnya mula kemuncak. Ha Ri menolak Ji Min ke dinding. Ji Min terkejut dengan perbuatan Ha Ri.

"Tak guna!! Lelaki tak guna!! Menyesal aku dengar cakap kau dulu! Sial punya lelaki!!" Ha Ri menumbuk numbuk dada Ji Min. Dengan kekuatannya tidaklah sesakit mana tapi cukup buat Ji Min rimas. Ji Min memegang bahu Ha Ri. Kuat! sekali gus dapat hentikan perbuatan Ha Ri. Matanya memandang tepat ke anak mata Ha Ri.

Ha Ri takut melihat mata itu. Jika dulu dia merasakan kasih sayang dalam pandangan itu tapi sekarang lain. Segalanya hilang lenyap.

"Hey! Kau nih kenapa? Memang kau dilahirkan bodoh ke?! Kalau betul kau sayangkan aku buktikanlah!!" Ji Min menolak Ha Ri ke dinding. Dikucup bibir Ha Ri rakus tangannya melingkar di tubuh Ha Ri. Pantas Ha Ri menolak Ji Min. Ji Min dah gila! Memang aku benci lelaki nih! Tak guna!

"Aku bukan lagi macam dulu! Bukan murah macam kau cakap! Aku ada harga diri! Aku bukan pemuas kau lagi!!" Tengking Ha Ri lalu laju berlari dari situ. Tanpa menoleh belakang. Takut Ji Min mengejarnya. Air matanya tidak henti henti keluar. MEMANG AKU BODOH!

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Lemah Ha Ri masuk ke rumah sewanya. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Dirinya dihempas atas katil. Bingkai gambar diatas meja sebelah katilnya dicapai. Gambar dia bersama Ji Min ketika bercuti di Jepun ditatap. Jarinya memegang wajah senyuman Ji Min. Memori bersama Ji Min kembali terimbau. Indahnya saat saat itu. Air mata Ha Ri menitik diatas gambar.

Ha Ri melempar bingkai itu ke dinding dengan kuat. Pecah. Sama seperti hatinya sekarang. Betapa rapuhnya jiwa dia.

"ARGHHHHHH!!!!" Ha Ri menjerit. Dirinya meraung di atas katil lalu menuju ke meja soleknya Segala kenangan bersama Ji Min dikoyak dibuang dihampuskan disitu. Baju baju yang pernah Ji Min hadiahkan turut menjadi mangsa amarah Ha Ri.

"Arghhhhhh! Tak guna! Kenapa kau tipu aku? Kenapa? Aku sayang kau tau tak?! Aku sayang kau...." Ha Ri terduduk di penjuru bilik.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Song Ji Hae terdengar bunyi bising dari dalam bilik sahabatnya. Apa dah jadi? Aduh. Diketuk bilik Ha Ri berkali kali. Namun tiada siapa membalas. Hanya terdengar esakan dan tangisan sahaja. Ji Hae panik.

Dengan bijak Ji Hae mengambil kunci pendua lalu membuka pintu Ha Ri. Matanya membuntang. Melihat sekeliling. Seolah olah puting beliung baru melanda. Matanya lebih tertacap pada tubuh kawannya duduk menangis teresak-esak.

"Ha Ri.... kenapa nih wey? " Ji Hae mendapatkan Ha Ri lalu memeluk tubuh Ha Ri. Ha Ri balas pelukan Ji Hae.

"Ji Hae.. d-diaaa huk.. huk.." tersedu sedu Ha Ri bersuara. Dirinya tak kuat lagi.

"Sabar sabar.. meh cerita kat aku apa yang dah jadi. Aku sedia dengar dan aku janji akan tolong kau" Ji Hae menepuk nepuk bahu Ha Ri menyalurkan kekuatan. Ha Ri menuntup matanya. Digenggam erat tangan Ji Hae. Sememangnya Ji Hae seorang yang memahami. Dari dulu lagi segala masalah yang dihadapi pasti dikongsi bersama Ji Hae. Bertuah Ha Ri mempunyai kawan seperti Ji Hae. Ha Ri menceritakan segalanya tentang hubungan dia dengan Ji Min petang tadi.

Bergegar otak Ji Hae mendengar segala penerangan Ha Ri. Hatinya kian membara. Kemarahan dia bila bila masa boleh meletup. Tangannya mengenggam penumbuk. Giginya di ketap menahan amarah.

Ji Hae bangun. "Aku nak jumpa Ji Min!!" Cari pasal dia boleh! Tapi kalau kau cari pasal dengan kawan aku memang mati kau aku kerjakan!

Ji Hae tak puas hati. Bagi dia tiada siapa boleh sentuh kawan baik dia atau keluarganya. Memang dia akan mengamuk. Silap silap boleh bawa membunuh. Memang puncak kemarahan Ji Hae bahaya.

"Jap Ji Hae! Jangan! Jangan! Kau tak kenal siapa Ji Min! Jangan... aku merayu"

Bersambung...

______________________________________

Annyeong Readers! We meet again ^^ okay kyung nak kasi amaran sikit. Ff ni memang ganas! :o so hope korang tak kisah bila kyung libatkan bias korang okay? So keep enjoy it~

Kyungru ♡

Butterfly. Pt 1 | jjkWhere stories live. Discover now