"Betul tu , lebih baik Rai'a layan suami Rai'a tu ." mama juga menyokong .

Aku mencebek keras . Tak mau !

"Biar la kat dia , tak apala Rai'a cuci pinggan mangkuk pun boleh . Janji ada kerja .Boleh la . " Aku merayu . Cepat la , bilanya umpan aku nak mengena ni .

Umi dan Mama memadang sesama sendiri mendengar "biar la kat dia " yang keluar daripada mulutku sendiri .

"Rai'a gaduh ke dengan Rafi'e ?" soal umi .

Aku senyum paksa yang dibuat - buat ."okey je ."

"Mama tengok macam tak je ."

Aku memandang mama . Ishh , mama ni macam tau je aku tengah merancang sekarang ni . Nawal la ni suruh aku gaduh manja dengan si suami . Sekarang nak tunjukkan real kena la pada umi dan mama dulu .

"Rai'a cuci pinggan mangkuk ye ?" belum sempat mama dan umi membalas , aku sudah menyunting lengan bajuku ke paras siku .

Bersedia untuk mencuci rakyat pinggan mangkuk ku . Biar kelihatan bersih dan berkilat . Permaisuri sudah kembali ke takhta . Haha , dah aku mula nak kembali ke zaman kanak-kanak .

Sedang aku membasuh , tiba - tiba aku rasa seperti pinggang aku dirangkul daripada belakang kemas . Apa umi ke Nawal ni tetiba je peluk aku ni .

Aku okey la , aku berlakon je . Pelukkan pinggang aku dipeluk erat lagi . Paip ditutup . Ni naik remas ni .

"Nawal kau , jangan memain ku tengah mencuci ni . Karang kau-kau aku cuci juga ." kataku tegas . Dah nya main guna je nama Nawal . Hehe , sorry la babe .

"Amboi , garangnya ." suara garau yang amat aku kenali menyapa cuping telinga aku .

Aku membulat biji mata . Alah senang cerita semua berlakon , bukannya betul pun aku terkejut .

"Ada apa ni , saya tengah buat kerja ." soal aku lembut . Pegangan di pinggangku aku cuba leraikan .

"Biar , jangan cuba . Kalau cuba juga lagi kuat biy peluk . Pilih yang mana . " dia meletakkan dagunya di atas bahu kiriku . Mula aku nak naik geli ni dengan hembusan nafas panas daripadanya , uishh boleh cair plus jatuh pengsan aku .

"Rasa nak ja wwe kan mamat ni ." bisik aku perlahan .

"Sayang cakap apa nak wwe biy ? Report mama dengan umi kata sayang nak pukul biy ." katanya yang masih manja .

Dengar la pula , sah pinjam telinga lintah . semua dengar , dengar saja aku mengomel sesorang .

"Kesah ?" ancuh tak ancuh aku menjawab .

"Kesah erk ? Tunggu ."

Mama dan umi yang hanya menjadi penonton setia drama tak berbayar dihadapan mereka dipanggil oleh Rafi'e . kedua-duanya menunggu apa yang mahu diberitahu oleh Rafi'e .

"Biy bagi tahu ni ." pelukan dipinggangku dilepaskan . Akhirnya , bebeas .

Aku menggangkat bahu lalu , membuka semula pili paip menyambung mencuci kembali . Lagaknya tak ambil tau la . tapi .... Dalam hati dah doa banyak-banyak yang dia cuma main-main je .

"Apa yang long nak cakapkan ni ? Mama nak masak sekarang . tersenyum-senyum . Tahu la menatu mama cantik . " puji mama , umi hanya tersenyum .

"Rafi'e bukan senyum kosong tau mama , umi , senyum ada makna ." Rafi'e memandang aku , lebih kepada belakang aku . Aku malas nak berpaling , lebih baik hadap pinggan mangkuk dalam singki lagi bagus . 'buat tak tahu je Rai'a .'

"Apa maknanya ?" tanya umi .

"Rai'a cakap nak bagi kiss sayang pada Rafi'e , depan umi dan mama . kan sayang , kan ?"

Ahh , sudah . Suka hati dia je . Aku tak cakap langsung atau sebut perkataan kiss lebih lagi cium depan mama dan umi . Umi pun takkan percaya punya lah . Umi kenal peragai anak dara dia yang macam mana orangnya .

"Amboi , anak umi tak bertempat ye ?" usik umi . Aku membulat biji mata .

Sudah , cukup ! Aku dah tak tahan nak menahan malu . Muka aku dah mersh teruk ni . Tak guna betul suami aku ni . Sampai sini sudah untuk jadikan umpan .

Aku memaling ke belakang setelah air ditutup kemas . Rafi'e menghadiakan senyuman . Aku pula menjelingnya tajam . Aku menunding jari telunjuk padanya .

"Sayang tak suka ke ? Maaf la biy bergurau je tadi ."

"Jangan cakap dengan saya ." aku berlalu pergi , sebelum itu sempat aku melanggar bahunya .

"Sayang ... Ma , umi . Rafi'e salah cakap ke ?" Rafi'e rasa bersalah .

"Mama tak tahu , lebih baik kamu pergi pujuk ." cadang umi .

"Betul cakap mama kamu , long dah ada keluarga sediri dan tanggungjawab sendiri . Pergi sana , pujuk . Biasa la budak sekolah lagi sayang . " tambah mama . Mama pun tahu aku ada masalah .

Haha , masalah yang dibuat sedir ada lah , pelan satu berjaya mengumpan . pelan kedua pula ...

Rafi'e mengganguk lemah . "mulut ni pun ." Rafi'e menampar bibirnya sendiri . Tengok salahkan anggota badan dia pula . Tak patut .

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now