“Saya belum lambat lagi kan, Tan Sri?" Tan Sri Mikhael lantas mengarahkan Bobby mengambil tempat di sebelah Lan.

"Aku nak kauorang siasat tentang perempuan ni." Kepingan imej seorang gadis yang sangat mirip wajahnya dengan Maya diserahkan kepada Bobby dan Lan. Sebenarnya dia berjaya mendapat kepingan gambar tersebut semasa
mereka terserempak di restoran beberapa hari lalu. Maya sewaktu kecil dan dewasa jauh benar bezanya. Lebih menawan.

"Siapa perempuan ni bos? Kenapa muka dia sama macam perempuan dalam gambar tu." Lan menjuihkan bibirnya ke arah potret besar yang tergantung pada dinding bilik tersebut.

"Aku dapat rasakan perempuan ni ialah Maya." Tan Sri Mikhael berkata perlahan.

"Maya? Siapa tu, bos?" Soal Bobby pula. Mereka saling berbalas pandangan. Tidak pernah pula mereka terdengar nama itu sepanjang berkhidmat kepada Tan Sri Mikhael.

"Dia anak aku." Mereka berdua sekadar mengangguk. Takut nak untuk bertanya lebih lanjut.

'Kauorang patut beruntung sebab aku dah tak ganggu hidup kauorang. Misi aku kali ni jauh lebih berharga.' Gumam Tan Sri Mikhael. Lebih dituju kepada Dato' Faizal serta keluarga.

*********

SEPASANG manusia yang sedang rancak bergelak ketawa itu dipandang tajam. Sejujurnya dia kurang bersetuju dengan cara mereka berdua berhubungan. Tak. Bukan dia tidak merestui perhubungan mereka. Cuma, lebih baik jika mereka punya hubungan yang halal. Tidaklah dipandang serong. Paling penting, dapat mengelakkan maksiat.

"Kauorang ni bila nak kahwin? Ayah tengok asyik berkepit aje sepanjang masa."
Pertanyaan itu ditujukan setelah mereka melintasi pondok pengawal itu.

Sofian mengeluh kecil. Dah la penat baru selesai urusan kerja, lepas tu kena bebel pula. Tania di sebelah, cuma mendengar.

"Kitaorang belum bersedia lagi lah ayah. Betul tak, Tania?" Tania mengangguk walaupun dia berasa sedikit hampa. Ya lah, dia ingatkan Sofian sudah bersedia untuk jadikannya sebagai isteri.

"Betul lah tu, pakcik. Kitaorang belum bersedia." Ujar Tania dalam keadaan menekur lantai. Pak Ali mengerling Tania sekilas sebelum memalingkan semula pandangan ke Sofian.

"Ayah bukan apa, Sofian. Ayah tak nak kamu bawa anak dara orang ke hulu ke hilir tanpa ada ikatan yang sah." Kali ini, Sofian terdiam. Cuba memikirkan semula tentang arah tuju hubungannya dengan Tania.

*********

TIMBUL idea nakal di benaknya melihat Raisya duduk bersendirian di tempat pertama mereka semasa menjejakkan kaki ke kota Venice itu. Sayu saja riak wajah itu. Tidak mahu melihat Raisya terus hanyut dengan perasaan sedih, dia berjalan menghampiri mendapatkan Raisya.

"Sayang!" Tengku Zafran menyergah Raisya dari belakang. Terkejut Raisya yang sedang menikmati keindahan di Venice buat kali terakhir.

"Sayang? Kenapa ni? Muram aje saya tengok." Raisya menggeleng. Tangan Tengku Zafran digenggam rapat ke sisinya.

"Banyak kenangan kita dekat sini. Saya sedih pulak nak balik Malaysia." Luah Raisya dengan mata yang masih tertumpu pada menara kota Venice yang gah berdiri itu.

"Alah... Nanti kita datang lah lagi. Don't be sad, okay?" Tangan Raisya menggenggam jemarinya, diusap perlahan. Senyuman manis cuba dihadiahkan buat Raisya.

"Hmm... okey. Tak sangka kan, awak berjaya juga cairkan hati saya yang kering ni." Raisya tertawa kecil mengenangkan usaha Tengku Zafran untuk memikat hatinya. Sabar saja lelaki setiap kali dia melenting.

"Hehe... Saya baru cairkan sikit aje tu." Raisya mencebik. Melebih pulak dia.

"Memang sikit aje pun. Sebab saya belum betul-betul cair dengan awak lagi." Tidak semena-mena hidung mancung Raisya dipicit oleh jemari Tengku Zafran.

"Hei! Nanti tak mancung dah hidung saya." Raisya menarik muncung. Hujung batang hidungnya diusap.

"Geram lah tengok hidung awak. Eh, jomlah. Nanti kita terlepas flight pulak."

Tidak membantah, dengan seribu semangat Raisya membawa langkah meninggalkan tempat yang penuh memori itu. Bagasi mereka ditarik masuk ke dalam lapangan terbang Venice, bersedia untuk berlepas.

"Awak, kita balik rumah papa dulu boleh? Lama kita tak melawat papa semenjak kita kahwin." Raisya dan Tengku Zafran menyerahkan bagasi mereka kepada pemandu teksi itu. Mereka kini sudah tiba di bumi tanah air.

"Saya okey aje. Tapi... balik rumah kita dulu. Nak simpan barang-barang. Lepas tu, kita terus pergi rumah papa."

"Kita tidur rumah papa, boleh?" Tengku Zafran mengangguk.

"Anything for you, dear." Tersenyum Raisya mendengarnya. Pemandu teksi itu turut tersenyum memandang mereka.

"Pakcik, hantar kami ke alamat ni." Pemandu teksi itu mengangguk, tanda menerima arahan daripada Tengku Zafran.

"Assalamualaikum! Papa!" Laung Raisya dari luar. Punat loceng pada tembok pagar itu turut ditekan berkali-kali.

"Waalaikumussalam! Eh, Raisya, Zafran. Mari masuk." Dato' Faizal menekan alat kawalan pintu pagar itu supaya mereka berdua dapat masuk me dalam.

"Papa! Miss you a lot. Sorry sebab dah lama tak datang melawat papa. Papa sihat? Macam mana dengan keadaan papa sekarang ni?" Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan setelah tubuh Dato' Faizal didakap erat. Tengku Zafran bertindak menyalami ayah mertuanya itu.

"Alhamdulillah papa sihat. Alah, papa tak kisah pun Raisya tak datang melawat papa. Papa faham Raisya sibuk. Lagipun Fasya selalu datang sini tengok-tengokkan papa." Raisya senyum sambil memimpin tangan Dato' Faizal masuk ke dalam rumah. Rindunya dia pada Dato' Faizal.
Tengku Zafran membuntuti langkah mereka masuk ke dalam rumah.

"Awak rasa papa suka tak hadiah yang saya bagi tu?" Raisya mengiringkan tubuhnya menghadap Tengku Zafran.

"Mestilah papa suka. Anak kesayangan dia yang bagi. Imported from Italy lagi." Raisya menarik senyum segaris. Suka dia melihat Tengku Zafran sedang khusyuk membaca buku. Tidak lah asyik tertumpu pada gadjet dan menimbulkan syak wasangka dalam dirinya.

"Awak, saya sayang awak." Pantas Tengku Zafran menoleh. Bimbang andai dia tersilap dengar.

"Apa dia? Tak berapa dengar lah." Tengku Zafran sembunyi senyum. Akhirnya dia luahkan juga perasaan di hati itu.

"I love you too." Tengku Zafran punya tahap bahagia sehinggakan ingin membuat lompatan bintang. Tersenyum nakal bibirnya sambil merapati Raisya. Raisya cuma senyum apabila Tengku Zafran merapatinya. Namun senyuman itu tidak lama apabila loya datang menguasai diri. Bergegas dia menuju ke tandas.

Tergamam Tengku Zafran dengan apa yang sedang terjadi. Pantas dia mendapatkan Raisya.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now