BAB 2

508 26 0
                                    


Apa Ilman cakap ni?" soal Syirah bila Hafizi sudah pulang.

Tak faham dia dengan jawapan Ilman sebentar tadi.

"Ilman akan bayar hutang ayah...Ilman akan cari kerja secepat mungkin..." jawab Ilman.

"Maksudnya Ilman nak berhenti belajar?" soal ibu lagi.

Ilman mengangguk laju.

"Ibu tak setuju, Ilman..." bidas Puan Hana.

"Kak long tak benarkan Ilman berhenti... Kak long nak Ilman balik Dubai minggu depan..." suara Insyirah tegas membuat keputusan untuk adiknya.

"Keputusan Ilman muktamad...Kak Long atau ibu suka atau tak Ilman tetap akan berhenti... Ilman nak bayar hutang ayah...Ilman tak nak dia mati dalam keadaan tak tenang..." jelas Ilman sebelum masuk ke biliknya.

"Ilman...Kak Long tak akan benarkan..." jerit Insyirah bila melihat Ilman tidak mahu mendengar cakapnya.


********* *


Hafizi mengeluh. Dia memikir cara untuk melunaskan hutang syarikat milik keluarganya. Sangkanya dia dapat menuntut hutang yang pernah dipinjam En. Ariff. Tak sangka lelaki itu sudah meninggal. Dia sendiri tahu walaupun dia meletakkan tempoh masa untuk mereka membayar hutang, hutangnya tidak akan terlunas.

"Fizi, macam mana ?" soal Puan Izzah yang muncul dari dapur.

Fizi menggeleng kepalanya perlahan.

"En. Ariff dah meninggal, ibu... empat hari lepas... Fizi bagi diaorang tiga bulan untuk bayar balik hutang kita..." cerita Fizi.

"Tapi kita kena langsaikan hutang itu hujung bulan ni...kalau tak, keluarga kita, syarikat kita bankrap..." Puah Izzah mengingatkan anaknya kembali.

Fizi bersuara ... " Fizi cuba ikhtiar cara lain...kalau paksa dorang bayar pun hutang kita tetap tak akan berbayar...".

Puan Izzah diam. Dia segera bangun menuju ke biliknya sebelum datang kembali membawa kotak kecil.

"Ambil ni..." hulur Puan Izzah.

"Apa ni ?" soal Fizi sebelum membuka kotak kecil itu. Terbeliak dia melihat perhiasan milik ibunya.

"Bayar hutang kita guna semua barang kemas ibu... ibu tak nak kita muflis..." ujar Puan Izzah laju.

Fizi menggeleng kepalanya sebelum menyerahkan kotak kecil itu kembali kepada ibunya.

"Ini semua milik ibu...ayah beri pada ibu... Fizi akan cari cara lain ibu..." kata Fizi.

"Fizi, ibu nak kamu bayar semua hutang ayah...ibu tak nak ayah kamu mati dalam keadaan tak tenang... ibu ikhlas barang kemas ibu digunakan untuk langsai hutang kita, Fizi...ibu tak nak kita hidup dalam beban hutang..." pujuk Puan Fizah.

"Baiklah ibu... Fizi janji Fizi akan tebus balik semua barang kemas ibu nanti..." jawab Fizi lemah.

'Dan Fizi janji ibu akan balas balik semua yang keluarga Dato' Syukran buat pada kita. Fizi janji mereka akan dapat balasan yang setimpal atas perbuatan mereka...' ucap Fizi dalam hati.


********* *


"Ilman, hati – hati dekat Dubai nanti... sampai sana telefon ibu..." pesan Puan Hana.

Ilman diam tak menjawab. Dia masih marah pada Kak Longnya. Segera dia menyalami Puan Hana sebelum berlalu ke balai pelepasan.

Puan Hana mengeluh berat.

"Sabarlah ibu... nanti hilang marah Ilman tu..." pujuk Syirah.

"Macam – macam masalah keluarga kita..." luah Puan Hana.

"Dah... jom balik..." ajak Syirah.

Langkah Syirah terhenti bila terasa dirinya basah. Terkejut Puan Hana bila melihat seorang gadih menuang air ke atas anaknya.

"Hey perempuan... berapa kali aku cakap jangan dekati tunang aku... kau pekak ke ?" marah seorang gadis.

"Maafkan saya, saya tak kenal awak...cik, salah orang..." jawab Syirah.

Malu Syirah bila semua orang memandang mereka yang sedang bertekak. Disimbah pula air di hadapan khalayak ramai.

"Kau jangan nak menipu aku lah perempuan..." gadis itu mula menghampiri Syirah untuk menamparnya.

"Isya..." panggil lelaki yang mula menghampiri mereka.

"Jadi betullah perempuan ni scandal you, Amir ?" bentak gadis bernama Isya itu.

"Mak cik...cik... saya minta maaf dengan perangai tak matang tunang saya ni... maafkan kami..." ucap Amir sebelum dia menarik Isya pergi.

"No... perempuan ni perlu diajar..." Isya mula menghampiri Syirah kembali sebelum menarik rambutnya.

Syirah mula mengerang kesakitan bila rambutnya ditarik. Puan Hana mula masuk campur bila keadaan semakin kecoh.

"Cik, cik salah orang ni... kami tak kenal cik mahupun tunangan cik..." kata Puan Hana.

"Diam kau orang tua..." tolak Isya sehingga Puan Hana jatuh.

"Wey perempuan... aku paling pantang bila orang sentuh Mak aku..." Syirah mula marah.

Tangannya laju menarik rambut Isya balik. Bergelut mereka berdua di hadapan orang ramai.

Tangan Amir laju menarik Isya sebelum menampar mukanya. Terkelu Isya seketika.

"Aku cakap cara baik kau tak dengar... aku tak kenal perempuan ini... kau faham bahasa tak ? Memalukan bergaduh di hadapan orang ramai. Where is your manners, Isya Indira ?" marah Amir.

Syirah segera membantu ibunya bangun. Perasaannya malu sekarang ini.

"Tolong cik... lain kali sebelum serang orang... find the true person..." marah Syirah sebelum membawa ibunya pergi.

"Amir... I hate you..." ucap Isya sambil menangis.

"Kalau dah benci sangat, putuskan pertunangan ni... aku tak hadap nak kahwin dengan perempuan macam kau..." bidas Amir sebelum berlalu pergi.

Isya menjerit geram bila Amir membuat keputusan sebegitu.

"Cik...cik..." panggil Amir.

Syirah menoleh bila melihat lelaki tadi mengejar mereka.

"Apa lagi dia nak ?" bebel Syirah boleh didengari ibunya.

"Saya minta maaf bagi pihak tunang saya... tak sangka dia akan bertindak sebegitu..." luah Amir.

"Cakap pun tak guna...benda dah jadi... tolong ajar tunang encik supaya jangan tuduh melulu..." bebel Syirah.

"Syirah... sudah la...salah faham kan...jangan keruhkan keadaan lagi..." tegur Puan Hana.

Amir senyum pahit. Disebabkan Isya dia terpaksa menahan muka kena marah.

"Maafkan saya..." ucap Amir lagi.

"Takpelah nak...mak cik maafkan...kami balik dulu...dah lewat ni..." kata Puan Hana lagi.

"Kalau Puan tak kisah saya boleh hantar..." pelawa Amir.

"Tak perlu... nanti tunang encik bakar rumah kami pulak bila dia tahu..." sindir Syirah.

"Syirah..." marah Puan Hana.

Amir menyalami Puan Hana sebelum menahan teksi untuk mereka.

"Cantik... tapi garang..." omel Amir bila teksi itu berlalu pergi.



**********

Vote And Comment.

TQ.

Shoot You MR. KillerDonde viven las historias. Descúbrelo ahora