Bab 9: Goodbye, Sunshine!

Începe de la început
                                    

“Its just an examination. Just sit on chair. Grab the pencil and write down my answer, right?” kata Annabella. Setakat peperiksaan objektif dicelah giginya sahaja.

“Its not about chair or pencil, Anna,” ujar Elena.

“Habis tu?”

“Ujian kelayakan adalah satu ujian yang perlu ditempuhi bagi seseorang yang hendak masuk ke dalam Akademi Seraglio. Untuk menunjukkan kelayakan mereka, sebuah perlawanan akan diadakan. Jika awak menang dalam perlawanan tersebut, awak layak masuk ke akademi.”

Annabella kehilangan kata-kata. Sungguh dia tidak percaya dengan kata-kata Erena.

“You’re bluffing, right?” Soalannya dibalas dengan gelengan.

“That’s why you need to practise, Anna.”

“Kalau saya kalah, apa yang akan jadi pada saya?”

“Kamu tidak ada peluang untuk meninggalkan tempat perlawanan melainkan kamu menang.”

“I'm going to kill you right now, Lord Andrew Cranel! Apa bezanya dihukum mati dengan mati di dalam perlawanan? Dua-duanya tetap meragut nyawa saya jugak. Lebih baik saya dihukum mati daripada mati dalam perlawanan tersebut tahu tak?" marah Annabella.

“Bertenang, Annabella.” Andrew melangkah setapak demi setapak ke belakang apabila Annabella mendekatinya langkah demi langkah dengan muka yang menggerunkan.

“Bertenang? Macam mana nak bertenang bila nyawa saya di hujung tanduk?” Wajah Annabella sudah merah tanda dia marah.

“Sebab tu saya akan tolong awak untuk menangi perlawanan.”

“Keputusannya tetap sama. Saya akan mati jugak.”

“Kamu tidak akan mati, Annabella. Saya akan melindungi kamu kerana kamu berada di bawah tanggungjawab saya. Jika terjadi apa-apa pada kamu, saya akan menyesal sebab melibatkan kamu dalam dunia ni. Percaya pada saya. Susah sangat ke untuk meletakkan kepercayaan pada saya, Annabella?” ujar Andrew. Dia agak kecewa dengan remaja itu yang masih tidak percayakan dirinya.
Annabella menundukkan kepala.

Sejak pertama kali dia bertemu dengan Andrew, rasa percaya sudah hadir dalam dirinya buat lelaki itu. Dia rasa seperti dilindungi. Rasa seperti ada seorang abang yang sangat menyayanginya seperti adik sendiri. Rasa bersalah menguasai diri apabila selalu menyalahkan Andrew kerana punca dia 'terperangkap' dalam dunia ini.

“Tapi ayah saya tidak benarkan saya terlibat mana-mana pergaduhan.” Annabella mengalih topik.

“Pernah bergaduh?” soal Andrew.

“Masa saya berumur sepuluh tahun, ayah cakap saya buat seorang budak lelaki pengsan,” bagitahu Annabella.

“Kenapa?” tanya Andrew ingin tahu.

“Saya tumbuk muka dan perut dia.”

Andrew tergelak sendiri. Perutnya ditekan kerana terlalu banyak ketawa. Ganas betul budak ni. Umur sepuluh tahun sudah pandai tumbuk orang sampai pengsan. Tidak mustahil Annabella dapat memenangi perlawanan yang akan berlangsung seminggu dari sekarang.

“Just grab you weapon. We should practise now.”

“Aku pergi dulu, Andrew.” Erena bersuara.

“Terima kasih, Erena.”

“Sama-sama.” Erena berlalu pergi.

“Dia sangat cantik, kan?”

“Sudah semestinya.”

“Gotcha! I know it. You're like Erena.”

“Apa? Tak!” nafi Andrew. Mukanya serta-merta berubah merah apabila Annabella berjaya mengenakannya.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum