#2 : Bilik 307

18.2K 849 197
                                    

Kisah ni terjadi masa aku belajar dekat matriķ dulu. Bukan aku yang kena, tapi roomate kawan aku sendiri yang kena. Disebabkan kedegilan, akhirnya membawa padah pada diri sendiri. Jadi rasanya boleh lah amik iktibar dari cerita ni ye.

Kisah ni bermula masa awal-awal kami masuk matrik dulu. Tahun 2010 kalau tak silap. Biasalah, nama pun budak baru kan jadi banyak benda yang nak diexplore nya dekat sini. Dari bilik kuliah yang usang, sampailah ke bilik-bilik yang ada dekat setiap blok. Kalau ada cerita je tentang tempat tu, mesti kitorang akan pergi sendiri untuk feel apa yang diceritakan tu.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu kitorang terdengar ada kawan kitorang cerita tentang satu bilik yang dah lama tak digunakan dekat blok B. Selidik punya selidik, memang bilik tu tak ada penghuni lama dah. Dan ada jugak yang kata bahawa bilik tu memang dari awal matrik ni dibuka lagi dah tak digunakan.

Disebabkan tertarik dengan cerita tu, aku, kawan aku dengan roomate dia pun pergi lah melawat bilik tu. Masa kitorang jalan dekat situ, waktu tu petang lagi. Betul-betul lepas balik kelas. Kitorang cuma jalan-jalan nak tengok keadaan bilik tu je, bukan nak pecah masuk pun.

Aku ni jenis yang penakut sikit. Tapi jenis yang selalu nak tahu cerita sebenar jugak. Kalau setakat pergi tempat-tempat yang "keras" macam ni pada waktu siang, aku ok lagi. Tapi kalau dorang ajak pergi waktu malam, memang mintak maaf awal-awal lah ye. Aku tak akan ikut.

Jadi lepas kitorang dah tengok-tengok kawasan tu, kitorang pun balik lah. Sebab kau nak expect apa waktu siang-siang macam ni. Kalau nak rasa betul feel tu, haaaa datang balik malam nanti. Kalau betul bilik tu ada "sesuatu", mesti kau rasa punya lah.

Dan disebabkan dorang buat keputusan nak datang balik tengah malam nanti, aku undur diri awal-awal. Aku bukan lah takut sangat sebenarnya, tapi risau kalau apa-apa jadi nanti kan susah. Aku dah lah lemah senangat, jadi baik aku duduk diam-diam dalam bilik dan dengar je cerita dari dorang esok pagi.

Jadi malam tu macam yang dirancanglah. Aku cuma duduk dekat bilik sambil layan drama korea, dan kawan aku lagi dua orang tu pergi "layan" perasaan ingin tahu dorang tu dekat bilik 307 tu.

Sebelum ni aku selalu jugak pesan dekat dorang berdua banyak benda. Ialah, bila kau pergi tempat-tempat macam ni banyak benda kena jaga. Mukut jangan celupar, jangan bongkak sangat, jangan kacau apa-apa benda kalau jumpa dan banyak lagi. Bukan sebab apa, aku risau kalau-kalau dorang ada terkacau makhluk tu sampai makhluk tu geram pada dorang. Susah pulak nanti kan.

Dan malam tu berlalu macam tu je. Dorang tak ada telefon aku dan aku pun tak ada telefon dorang. Lagipun esok pagi kan kitorang akan jumpa dalam kelas, jadi esok-esok boleh dengar cerita dorang tu.

Esok paginya dalam kelas dorang berdua tak datang. Ok ini pelik. Dua-dua sekali tak datang. Perasaan ingin tahu aku tu makin membuak-buak. Dan dalam masa yang sama disebabkan aku risau dorang tu hilang disorok bunian, aku pun call lah salah sorang dari budak tu. Nama dia Hafiz.

"Assalamualaikum Hafiz. Kau dekat mana wei? Kenapa tak datang kelas?" Bertubi-tubi soalan aku tanya lepas dah beberapa kali panggilan aku baru dijawab.

"Waalaikumsalam Mirul. Haaa aku dekat bilik ni. Wei, aku demam. Amir pun demam ni. Kitorang tak dapat pergi kelas wei. Kau tolong bagitau Puan Hanis ea." Balas Hafiz dengan nada lemah.

"Korang berdua demam? Korang ada jumpa apa-apa ke semalam?" Tanya aku lagi ingin tahu.

"Hmmmm, nanti lepas kelas kau datang lah bilik aku. Nanti aku cerita." Balas Hafiz seakan tidak mahu bercerita saat itu.

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now