Bab 8: Teka-Teki di Penjara

Start from the beginning
                                    

Suasana kembali sunyi. Annabella kembali kebosanan. Dia kembali merenung dinding. Menunggu masa untuk dikeluarkan dari penjara. Kalau dihitung dengan jari, sudah seminggu dia dikurung di dalam penjara. Bajunya pun tidak bertukar. Badannya sudah lama melekit dan berbau. Kalau ada kambing, mesti ingat aku ni saudara dia.

Apa yang perlu dia lakukan? Bosannya... Sampai bila dia perlu tinggal di dalam penjara ni? Sampai bila-bila ke? Oh, tidak! Dia tidak mahu! Masih banyak lagi impiannya yang belum tercapai.

“Annabella!” panggil seseorang.
Annabella terus bangun berlari mendekati Invisible Wall.

“Berapa hari lagi saya terpaksa habiskan masa kat dalam ni, hah?” tanya Annabella dalam nada yang marah.

“Bertenang, Annabella... Geez, you’re such short-tempered girl.”

“Baru tahu ke? Mana-mana orang yang terkurung di sini boleh berubah sekelip mata je tahu!” marah Annabella. Kecik besar, kecik besar dia nampak Andrew yang sedang galak ketawakannya. Kurang saraf otak sungguh!

“Kamu ni sangat kelakar.”

“Mana janji awak mahu keluarkan saya dari sini? Sudah seminggu! SE. MING. GU. Saya terkurung di sini. Rambut ni! Dulu hanya di paras bahu, sekarang sudah mencecah pinggang tahu tak? Cuci pun tak!” marah Annabella.

“Rambut panjang sangat sesuai dengan kamu. Peredaran masa di Sylvania dan di Bumi jauh bezanya. Sepuluh tahun di sini bersamaan satu tahun di Bumi. Sebab itulah, rambut kamu cepat panjang...”

“Jadi, apa yang awak buat di sini?” celah Annabella yang sudah tidak berminat dengan kata-kata Andrew.

“Keluarkan kamu dari sini.”

“Kenapa awak tidak cakap dari awal? Buang masa saya marah-marah tadi.”

“Kamu yang tidak bagi peluang kepada saya untuk bercakap. Berdiri jauh sikit dari sini.”

Annabella ikut arahan lelaki itu. Dia nampak Andrew meletakkan tapak tangan pada dinding halimunan tersebut. Selepas itu, timbul medan magik yang penuh dengan simbol-simbol yang pelik. Sepuluh simbol berlainan dipilih. Kemudian, digabung menjadi satu. Selepas itu, medan magik tersebut hilang dari pandangan mata.

“Jom!”

“Err... Sudah boleh keluar ke?” tanya Annabella ragu-ragu.

“Ya! Jom!”

Annabella melangkah keluar dari penjara. Rasa nak menjerit pada dunia yang dia sudah bebas. Tiada lagi dinding untuk ditenung. Tiada lagi kebosanan menemaninya. Tiada lagi pengawal untuk diajak berteka-teki. Akhirnya, aku bebas. Kakinya mengatur langkah mengikuti Andrew dari belakang.

“Kita mahu ke mana ni?”

“Sepatutnya kamu tanya ‘saya perlu pergi ke mana’ betul tak?”

“Saya perlu pergi ke mana?” ajuk Annabella.

“Majlis Perwakilan sudah putuskan bahawa...”

“Cepatlah! Tidak perlu cakap satu-persatu!”

“My, my, my... You're such short-tempered.”

“Awak sudah bagitahu tahu tadi, sudah tidak ingat ke? Apa keputusannya?”

“Ikut saya. Nanti kamu tahulah. Jom!”

ANNABELLA terpegun seketika apabila melihat pemandangan di hadapan mata. Mulutnya sudah ternganga luas. Sebuah bangunan atau lebih kepada seperti istana yang selalu dia lihat dalam cerita dongeng Barbie. Di kiri dan kanannya terdapat kawasan lapang. Dia dapat melihat beberapa kumpulan pelajar sedang berlatih menggunakan senjata dan magik. Tolong bagitahu dia bahawa dia tidak bermimpi.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now