Seketika, Shiha keluar dari bilik Ariq Ilhan sambil menyeka air matanya. Dia kembali ke mejanya.

"Its okay. Jangan risau. Abang hero kamu semua dah sampai. Biar Abang Rudi yang pergi uruskan singa period tu"  ujar Rudi Rayqal bangga. Dia membetulkan coat hitamnya.

Dia menolak tombol pintu dan melihat Ariq sedang termenung memandang tingkap. Kenapa kawannya kelihatan serabut? Ada sesuatukah yang mengganggunya ?

Rudi menyentuh bahu Ariq perlahan. Dia menghadiahkan senyuman paling lebar buat Ariq Ilhan sehingga Ariq tergelak melihat senyuman Rudi.

"Takut aku tengok!"  ujar Ariq seraya menahan gelak. Dia mengambil tempat di sofa. Rudi turut mengikut langkah Ariq dan mengambil tempat duduk di hadapan Ariq

"Kau kenapa bro? Macam ada masalah?"  soal Rudi terus-terang. Dia bingung melihat Ariq yang sekejap termenung, sekejap mengeluh.

" Alina dah balik Malaysia"  jawab Ariq. Dia menyandarkan kepalanya di sofa.

" What?! Qisya Alina ? Your girlfriend? Seriously?  Patutlah muka kau macam tu. Kau takut Najwa dengan Alina jumpa? Habislah kau!"  ujar Rudi separuh mengejek. Dia menahan gelak.

"Serabutlah aku fikir! Makin stress aku jadinya. Kau ni pulak dah kenapa tiba-tiba datang office aku? "  soal Ariq sambil memicit perlahan kepalanya yang berdenyut.

"Hehehe. Firasat aku menyuruh aku datang menjenguk kau. Kau okay ke dengan Najwa? Yelah, kahwin paksa katakan. Macam dalam novel pulak"  ujar Rudi sambil menumbuk lengan Ariq perlahan.

" Entahlah, Rudi. Penat aku marah, hina dia macam-macam tapi dia macam kayu kau tahu tak! Macam orang tak ada perasaan"  jawab Ariq bengang. Memikirkan hal Najwa bertambah serabut kepalanya.

" Aku rasa dah sampai masanya kau terima Najwa sebagai isteri kau. Dan aku rasa better kau berterus terang pasal status Najwa dekat Alina. Sebelum keadaan jadi lebih serius".

Ariq hanya memandang Rudi kosong dan mengeluh kasar. Dia meraup mukanya.





NAJWA dapat menangkap bunyi deruman kereta Ariq yang memarkir di depan rumah. Dia mengerling jam. 2.30 petang. Aik lunch dekat rumah ke? Tak pernah Ariq lunch kat rumah. Mujur dia menyediakan makanan seperti biasa. Lauk Ayam masak merah dan sayur kangkung goreng menjadi hidangan pada hari ini.

Najwa memerhati langkah Ariq yang terus naik menuju ke bilik dan menutup pintu.

" Dia tak nampak aku kat sini ke?"  soalnya sendiri. Dia menggaru lehernya yang tak gatal. Nak dipanggil takut kena marah. Sudahnya, Najwa makan tengah hari sendiri. Drama korea kegemarannya menjadi peneman sambil makan.

Usai Najwa mengerjakan solat Isyak, jam menunjukkan angka 9.30 malam. Dia melangkah ke dapur untuk memanaskan lauk tadi.

"Eh dia ni tak makan ke dari siang tadi? Dah  mati ke?"  gumam Najwa sendiri. Seraya itu dia menampar mulutnya perlahan.Tak baik cakap suami macam tu lah!

Najwa menapak ke bilik Ariq. Dia cuba memulas tombol pintu bilik Ariq perlahan. Tak berkunci!

Pintu ditolak perlahan. Najwa menangkap sekujur tubuh yang sedang berselubung dengan selimut. Najwa melihat wajah pucat itu dari jauh. Kelihatan Ariq sedang lena mungkin kepenatan.

Tangannya perlahan jatuh di dahi milik Ariq. Panas! Dia bangkit dan segera ke tandas. Najwa membawa keluar sebesen air dan tuala kecil. Dibasahkan tuala itu sebelum memerahnya dan diletakkan di dahi Ariq.

Ariq yang tersedar dengan sentuhan sejuk di dahinya membuka matanya dengan payah. Dia menangkap wajah isterinya yang sedang tersenyum memandangnya.

" Kenapa awak tak cakap dengan saya kalau awak demam?" soal Najwa geram. Terbit kerisauan terhadap suaminya.

Ariq gelak perlahan sebelum menjawab, " Kau ingat aku sempat ke nak beritahu? Aku ingatkan aku pening je. Manalah aku tahu aku sampai demam"  jawabnya lemah namun dapat difahami Najwa.

" At least awak panggillah saya"  tambah Najwa lagi sebelum jari telunjuk Ariq diletakkan di bibir Najwa.

"Aku sakit pun kau nak membebel ke? Baik kau pergi ambil makanan yang aku boleh makan"  arahnya perlahan. Matanya kembali tertutup.

" O-okay saya masakkan bubur kejap. Jangan tidur pula!"  jawabnya. Lantas Najwa terus bergegas ke dapur.

Seketika bubur ayam telah siap di masak. Bubur diletakkan di atas meja. Najwa melabuhkan punggungnya di sebelah Ariq.

Bahu Ariq di cuit perlahan. Ariq terpisat-pisat membuka matanya dan cuba untuk bangun. Najwa membantu Ariq untuk bersandar.

" Kenapa lama sangat. Boleh mati aku tunggu kau masak!" bebel Ariq. Sakit-sakit pun masih nak menyakitkan hati Najwa.

" Sorry lah. Nah bubur dengan air " hulur Najwa. Dia meletakkan bubur dan air yang di bawa di atas dulang di riba Ariq.

" Ala suapkanlah. Aku tak larat ni" rengek Ariq persis budak kecil yang minta perhatian.

" Hish ngada-ngada. Ngangalah mulut tu. Baca doa dulu"  Najwa meniup perlahan bubur panas itu sebelum di sua ke mulut Ariq.

Belum sempat bubur ayam dihabiskan, deringan loceng rumahnya mengganggu waktu makan Ariq.

" Pergilah tengok. Aku boleh makan sendiri"  dengan selamba, Ariq menyambung suapannya sendiri. Eh dah boleh makan sendiri pulak!

Pintu dikuak oleh Najwa. Najwa menangkap gerangan siapakah yang datang je rumahnya malam-malam seperti ini.

" Hai!" 

Najwa mengeluh. Nak apa lagi dia ni datang rumah aku!



🌸B E R S A M B U N G🌸


Vote
&
Comment



Korang rasa Ariq Ilhan ni macam mana orangnya? Sila comment 😍.

🌵

"Kalau kau tak mampu nak membahagiakan dia, cukup jangan kau melukakan dia."

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now