Bab 5: A Film Star Ghost

Start from the beginning
                                    

“Dengar sini Encik Andrew...” Annabella memulakan bicara apabila lelaki itu mengekorinya masuk ke dalam bilik rehat pekerja.

“Ya, saya!”

“Saya tahu macam mana perasaan awak yang kesunyian dan keseorangan sebab saya pernah melalui perasaan tu semua. Namun, awak perlu tinggalkan dunia yang fana ini. Dunia ini bukan tempat awak dan tidak sesuai untuk awak. Saya tahu bukan senang mahu tinggalkan dunia sebab terlalu banyak kenangan.”

“Tunggu, tunggu... Apa benda yang kamu mengarut ni?” tanya Andrew yang wajah keliru.

“Awak hantu yang tidak tenteram. Mungkin sebelum awak mati, awak berimpian mahu menjadi pelakon sebab itu awak muncul sebagai hantu yang paling kacak berbanding hantu-hantu hodoh yang lain.”

“Hantu?”

“Ya, hantu. Awak merupakan roh yang tidak tenteram. Tapi saya tidak boleh menolong awak jadi bintang filem yang awak impikan sebelum awak mati. Like seriously? Hantu jadi bintang filem. Itu sangat mengarut.”

“Annabella, biar saya terangkan semula. Pertama, saya bukan hantu. Kedua, saya dari Sylvania. Ketiga, saya tidak faham apa yang kamu cakap.”

Annabella mengeluh. Susah betul untuk memahamkan lelaki ini.

“Kalau awak bukan hantu, kenapa orang lain tidak nampak awak?”

“Mereka memang tidak boleh nampak Lvanian.”

“Apa?”

“Lvanians, penduduk Sylvania.”

“Habis tu macam mana saya boleh nampak awak?”

“Saya tidak tahu. Ada sesuatu yang tidak kena dengan kamu. Saya masih lagi cari punca sebab kamu boleh nampak saya.”

Annabella melepaskan keluhan berat. Macam-macam pula yang terjadi dalam hidupnya.

“Sudahlah. Malas nak layan awak.”
Annabella terus melangkah keluar dari bilik persalinan. Semakin lama fikir pasal ni, semakin gila dibuatnya. Dia menyambung kerja seperti biasa.

PUKUL sepuluh malam, barulah Annabella pulang ke rumah. Hari ini dia terpaksa bekerja sampai malam untuk menggantikan Burn yang tidak hadir kerana akan menghadapi peperiksaan untuk pelajarannya. Dia selalu berjalan seorang diri apabila balik pada waktu malam tetapi kali ini tidak. Dia ditemani oleh Andrew yang selalu bersama dengan pedangnya yang cantik berkilat yang tersisip di pinggangnya.

“Awak betul-betul dari Sylvania?” tanya Annabella.

“Ya, Annabella. Sudah banyak kali saya bagitahu kamu. Tapi kamu tidak percaya.”

“Macam mana saya mahu percaya? Semuanya tidak masuk akal. Mana ada magik, raksasa, dan Demon yang awak cakapkan. Kalau dalam filem bolehlah per...”

Annabella memberhentikan langkahnya. Katanya-katanya mati di situ. Angin sejuk tiba-tiba menyapa wajahnya. Padahal dari tadi lagi tiada angin. Dia rasa lain macam. Rasa ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Bulu romanya sudah menegak.

“Kenapa Annabella?”

“Ada sesuatu yang tidak kena.”

“Apa?”

“This chilly feeling. Sama seperti hari yang saya diserang hari tu.”

Andrew terus mengeluarkan pedangnya dari sarungnya yang terletak disisi pinggang. Dia sudah bersedia untuk mempertahankan Annabella jika mereka diserang secara mengejut.

“Kamu boleh merasai Demonic Spirit?”

“Saya tidak tahu apa kena dengan saya. Ianya seperti firasat.”
Semak yang berada di taman permainan yang berdekatan dengan mereka bergerak-gerak.

“Berdiri di belakang saya.”

Tidak berapa lama kemudian, keluar seekor arnab dari semak di taman permainan tersebut. Mereka menarik nafas lega apabila tiada apa-apa yang berlaku.

“Tapikan... Sejak bila di sini ada arnab?” Terpacul soalan dari Annabella.

Kemudian, keluar dua lagi ekor arnab. Mata tiga ekor arnab tiba-tiba mengeluarkan cahaya warna hitam. Gigi arnab semakin membesar membentuk taring yang panjang dan tajam. Badan arnab-arnab itu membesar menjadi makhluk berbulu lebat berwarna hitam. Telinganya pula bertukar menjadi tanduk yang tajam.

“Macam Transformer... Tapi lain sikit,” gumam Annabella. Perasaan terkejut dan kagum bergabung menjadi satu. Arnab yang comel tadi bertukar menjadi makhluk yang paling hodoh yang belum pernah dia lihat.

“Patut ke kita lari sekarang?"

“A brave knight never turn his back to enemy. But, for you... We should...”

“Run?” sambung Annabella.

Andrew sengih. Gadis itu mengeluh.

Mereka terus berlari menyelamatkan diri tetapi dikejar oleh makhluk jadian tersebut.

“A brave knight, huh?”

“This is a great strategi that every knight use. Cepat! Masuk lorong tu!”

Mereka terus berlari melalui lorong kecil yang hanya diterangi satu lampu neon yang sudah pudar cahayanya. Lorong kecil itu menghubungkan ke kawasan tanah lapang yang jauh dari kawasan perumahan. Kerja-kerja meruntuhkan bangunan yang lama masih lagi bersisa.

“Baguslah! Kita terperangkap.”

“Tempat yang sesuai untuk bertarung.”

“Apa?”

Andrew ketawa kecil.

“Kan saya sudah kata. Kesatria Sylvania tidak pernah lari dari musuh. Kalau saya berlawan di kawasan taman permainan tu, habis musnah tempat tu.”

“Jadi, apa pula kali ni?” tanya Annabella. Dia memandang ke arah arnab jadian yang tidak nampak macam arnab di hadapan mata.

“Demon la... Apa lagi... Tapi kali berbeza... Haiwan itu dipengaruhi oleh Demonic Spirit. Apabila haiwan dipengaruhi oleh Demonic Spirit dia akan berubah menjadi Demon. Ianya tidak kuat tapi jika bilangannya banyak, agak sukar untuk dikalahkan. Tidak lupa Demon jenis ni sangat agresif. Ianya berdasarkan haiwan apa yang dipengaruhi oleh Demonic Spirit.”

Mulai dari sekarang, aku bencikan arnab, gumam Annabella dalam hati.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now