"Sekali lagi kita kena sembur dengan orang tua tu kejap lagi." Lan mengeluh berat sebelum bangun dari duduknya.

"Kau nak pergi mana?"

"Jumpa Tan Sri."

Tengku Zafran mengelus lembut rambut lurus Raisya yang menutupi dahi itu.

"Cantik, tapi garang." Pipi mulus Raisya pula diusap perlahan. Tengku Zafran asyik menilik wajah Raisya yang nyenyak tidur beralaskan lengannya. Wajah pucat lesi si isteri tertumpu lama di pandangan mata. Seandainya Raisya tidak menghalang tadi, pasti malam ini juga Tengku Zafran tekad mengheret dua manusia itu ke penjara.

"Selagi saya ada, saya tak akan biarkan sesiapa pun berani cederakan awak. Kecuali, kalau saya dah tak ada di sisi awak lagi." Tiba-tiba tangannya yang mengusap pipi Raisya terasa digenggam. Raisya mencelikkan mata. Hakikat yang sebenar, dia masih lagi berjaga. Masakan hendak tidur, perasaan takut masih menghantui dirinya.

"Please, jangan cakap macam tu. Aku tak suka. Aku nak kau sentiasa ada dengan aku. Tak kisah lah kalau kita asyik bergaduh sekalipun. Asalkan kau ada dengan aku." Raisya seakan tidak percaya saja dengan kata-kata yang diluahnya. Rasa menyesal pula kerana selama ini hanya menganggap Tengku Zafran sekadar tempat berlindung dari ancaman Tan Sri Mikhael.

'Mungkin ni masanya untuk aku berterus-terang dekat dia.'

"Zafran."

"Yes."

"Aku..." Bicara Raisya terhenti tatkala Tengku Zafran memagut perlahan bibirnya. Automatik, Raisya mengetap bibir menahan malu. Tengku Zafran tersenyum melihat Raisya malu-malu untuk menatap wajahnya.

"Esok lah aku cerita. Dah, aku nak tidur." Raisya melepaskan rangkulan Tengku Zafran pada pinggangnya lalu tidur membelakangi Tengku Zafran.

"Tak baik tidur membelakangi
suami." Raisya buat tidak endah. Bukan niat sebenarnya pun ingin berbuat begitu. Perasaan malu masih menebal, mana mungkin dia sanggup bertembung empat mata dengan Tengku Zafran.

Lama suasana menyepi sebelum Raisya merasakan ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Raisya hanya membiarkan kerana dia selesa berkeadaan seperti itu.

Wait, aku dah mula suka dia ke?

Nonesense!

**********

SEMAKIN padat pula tugasan Fasya menanti hari bahagia. Walaupun urusan pernikahannya boleh saja jika hendak diserahkan kepada orang lain untuk membantu, tetapi apakan daya apabila hati sekerasnya menolak. Lagipun, apa gunanya dia berkeleibihan dalam seni kreativiti. Lebih baik dia buat sendiri, baru lah puas hati.

Fasya tak nak tidur lagi ke?" Datuk Faizal mengusap perlahan belakang tubuh Fasya yang sedang tekun menghiaskan dulang hantaran. Tak dinafikan, Fasya memang berbakat dalam menghias.

Turun bakat mamanya lah kut. Maklumlah, Fasya lebih kepada genentik si mama manakala Raisya lebih kepada Dato' Faizal.

"Belum lagi, papa. Fasya belum mengantuk lagi lah." Tangannya masih lincah menghias dulang hantaran itu. Kadang-kadang dia ada juga teringkatkan arwah mama. Dulu semasa kecil, dia suka membantu mama dalam menghias dekorasi laman rumah. Kini dia sendiri menghias dulang hantaran.

"Hmm... ya lah. Bersemangat betul Fasya, eh. Tak sabar nak kahwin, ya?" Fasya sekadar menyembunyikan senyuman malu. Mestilah tak sabar!

"Mana ada, apa lah papa ni..."

"Ya lah tu tak ada. Macamlah papa tak kenal."

"Ala papa ni..."

"Cepat sikit menghias tu. Kalau boleh sambung esok aje."

"Sikit lagi aje ni. Kejap lagi Fasya masuk tidur." Datuk Faizal mengangguk saja. Biarlah, asalkan anak gadisnya itu bahagia.

**********

PAGI itu Raisya ingin memasak untuk sarapan sebagai tanda terima kasihnya kepada Tengku Zafran. Dengar macam dia sedang cuba menjadi isteri mithali, kan? Okeylah tu, sekuramg-kurangnya ada usaha untuk menjadi isteri terbaik buat suami. Ecehhh...

Peti sejuk menjadi sasaran pertamanya. Puas matanya meneroka bahan-bahan yang ada.

"Ada telur tiga biji dengan air karbonat aje? Haih, nampak sangat aku ni tak pernah beli barang dapur." Dua biji telur tadi dikeluarkan dari peti sejuk. Sarapan roti dengan telur pun jadilah daripada perut kosong ke tempat kerja.

"Eh, mana pulak dia simpan kuali ni? Ish, menyesal pulak suruh dia kemas dapur hari tu." Raisya memandang setiap kabinet di dapur. Periuk belanga boleh pula dia susun macam nak buat pameran kat muzium. Tapi, kuali? Hampeh aku tak nampak kewujudan langsung.

"Dah la kabinet dapur tinggi melangit. Ingat aku ni tinggi macam galah ke?" Raisya menarik kerusi yang terdapat pada meja makan itu. Maklum saja, dia tidak lah setinggi mana jika hendak dibandingkan dengan Tengku Zafran. Harap kasut tumit tinggi saja yang menampakkan dia tinggi selama ini.

Tengku Zafran menilik diri melalui pantulan cermin itu. Atas bawah dari sudut tepi kiri kanan, sedikit pun dia tidak biarkan nampak cela di mana-mana. Setelah puas dengan penampilannya, Tengku Zafran mula menapak ke dapur.

"Hah, dapat pun! Eh, eh... Asal bergoyang semacam aje kerusi ni?" Terhuyung-hayang tubuh Raisya cuba mengimbangi diri.

"Aaaa!!!" Matanya dipejam rapat. Merelakan dirinya jatuh menyembah bumi yang berlapikkan lantai mozek. Amboi, ayat.

"Aik, apasal tak sakit pun." Raisya mencelikkan semula mata. Kelihatan dia sedang mendarat ke atas tubuh Tengku Zafran. Auch, tipu lah kalau tak terharu. Terasa macam ada superhero datang beri bantuan pulak.

"Aduh... Berat mengalahkan mak gajah." Tengku Zafran menggosok perlahan pinggangnya dek jatuh terhempap ke lantai. Nasib baik isteri kesayangan tak jatuh tadi.

"Erk! Sorry, awak!" Tangan mulusnya melekap pada dada bidang Tengku Zafran. Boleh pula dia sengaja membiarkan situasi mereka lama berkeadaan seperti itu. Tengku Zafran pula tersengih-sengih mendengar panggilan baru yang diterimanya.

"Awak panggil saya apa tadi?"

"Awak. Eh, kau!" Cepat-cepat Raisya perbetulkan kembali cara panggilannya.

"Okey lah tu... ada perubahan."

"Hish, dah la! Jom, tolong aku buat sarapan."

"Tak payah. Awak pergi tunggu kat depan aje. Biar saya yang masak. Kang meletup pulak dapur ni." Sempat lagi Tengku Zafran memerli Raisya sebelum tangannya bertindak menghidupkan api.

"Eleh, poyo! Cepat sikit masak. Aku lapar." Dalam hati dia cuba menutup malu menerima perlian daripada Tengku Zafran. Tahulah aku tak reti guna dapur, tak payah lah nak menghina sangat.

"Nak masak lah ni. Pergi lah duduk depan, kalau bosan pergi tengok tv dulu. Paling tidak pun, tunggu aje dekat sini tengok suami awak yang seksi ni memasak." Tengku Zafran mengenyit sebelah mata. Sudip di tangan, sengaja dibiarkan mengena tepat pada hidung kecil Raisya.

Spontan Raisya bertindak menjauhi. Semasa dia berundur ke belakang, kebetulan hujung jarinya menyentuh kicap yang tertumpah. Senyuman kembali menghiasi bibir merah itu.

“Awakkk..." Sengaja Raisya menggunakan taktik godaan.

“Ya sayanggg..." balas Tengku Zafran tanpa sedikit pun memaling muka ke arah Raisya. Dalam hati tu dah mencair macam telur separuh masak.

“Pandanglah sini, awakkk..."

Pusing saja Tengku Zafran kepadanya, jari yang terkena kesan kicap itu berjaya dipindahkan ke sisi tampang Tengku Zafran.

“Sayang!"

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now