Bab 10

7.2K 351 7
                                    

Aku duduk di dalam kelas seorang diri sambil memeluk tubuh dengan wajah yang masam mencuka.
Students lain masih berada di medan perhimpunan mendengar guru bertugas berucap. Aku malas untuk pergi ke sana sebab first, aku datang lewat.

Tak ke malu kalau aku dengan selamba badak pergi duduk di barisan belakang sekali ? Memang comfirm pelajar lain akan pandang aku macam aku baru lepas bunuh orang. Second, sesungguhnya Sara Ariana binti Dato Anas tak ada mood sekarang ni.

Aku still tak puas hati dengan pengawas gila kuasa tu. Sebenarnya aku bukannya kisah pun kalau kena tulis nama dekat buku buruk dia tu tapi cara pengawas itu suruh memang menyakitkan hati sungguh !

Tidak berapa lama kemudian kelas aku mula riuh rendah bagai pasar malam selepas perhimpunan habis.

Mula - mula dorang tengok pelik pada aku sebab ye lah masuk je dalam kelas terus terjegul muka aku ni. Dorang seperti ingin bertanya sesuatu tetapi tidak tanya kerana mungkin takut melihatkan muka aku yang masam mengalahkan cuka ini.

"Hi babe !" Sapa Isya tersenyum ceria.
Dah kenapa minah ni terlebih bahagia nampak ?

"Hi" Balasku dengan muka yang cemberut.

"Haa dah kenapa muka kau cemberut semacam. Gaduh dengan boyfriend eh ?" Duga Isya.

Aku segera menyekeh kepala Isya. Boleh pulak minah ni cakap aku gaduh dengan boyfriend ? Padahal dia tahu aku tak ada.

"Hehehe btw sweet kau dengan Isyraf hari ni"

Sweet ? sweet apa mendenya kalau tak nampak batang hidung dia pun lagi pagi ni.

"Kau mengarut apa ni hah minah. Tak ada maknanya sweet kita orang tak lakukan apa - apa pun okay" jawabku seraya memandang tepat ke arah Isya.

"I mean, you gais sama - sama datang lewat. Cuma yang bezanya kau tak pergi perhimpunan, Isyraf pergi" Isya tersengih.

"Gila punya mamat sewel pergi macam tu je ke ? Muka tembok betul!" Kutukku selamba.

"Hah tu lah dia selamba badak je duduk dekat belakang sekali. Padahal time tu cikgu tengah berucap tau. Hm dah - dah. Asal kau tak datang perhimpunan weh ? Aku tak rasa kau datang lewat sangat"

"Memang la aku datang tak lewat sangat tapi kau tahu tak ada ke patut pengawas gila kuasa tu paksa aku tulis nama aku dalam buku dia. Padahal aku lewat 1 minit je kut. Sebab bertengkar dengan dia punga pasal la aku lewat untuk ke perhimpunan. Huh !" Aku mendengus kasar.

"Serious ? Laki ke perempuan weh ? Eyy dasar pengawas gila kuasa tak sedar yang dia tu umpama security guard dekat mall" Seloroh Isya selamba.

Dan dengan itu aku tergelak berdekah - dekah. Ada betul jugak kata - kata Isya. Kan gaiss ? MUAHAHAHA (Readers yang pengawas sekolah dekat sini author nak minta maaf, author bukan perli korang cuma author amik ayat kawan author huhu)

"Asal dengan korang ni ? Nampak marah semacam je" Isyraf yang entah sejak bila berada di sebelahku ini tiba-tiba menyampuk sambil tersenyum yang susah ditafsir. Erk , semacam je.

Lalu aku menceritakan segalanya pada Isyraf. Mamat tu apa lagi , sekejap tergelak , sekejap tersenyum penuh makna.

"Kau pahal doh kejap gelak kejap senyum sorang - sorang ?" Tanya Isya dengan lagak tidak puas hati plus pelik.

"Hah ? Errr tak ada lah aku cuma curious siapa pengawas tu. Kejam gila duh" Jawabnya sedikit gagap.

Aku memandang Isyraf pelik. Okay , dia ada sorokkan apa - apa ke dari aku and Isya ?

Belum sempat aku ingin menanyakan dengan lebih lanjut, kelibat teacher Sya mula masuk ke dalam kelas aku.

"Okay class good morning !" Sapa teacher Sya ceria.

My Husband , My Crush ?Where stories live. Discover now