Bab 9

6.5K 392 3
                                    

"Weh bangun lah !" Farhan menampar perlahan lengan Ariana.

"Hm jangan kacau lah aku nak tidur ni" kata Ariana dengan suara yang agak serak.

Haih abang aku sorang ni suka bebenor kacau orang tidur. Sepak karang baru menangis tak berlagu huhuhu

"Ada cicak tepi kau. Haa ayokk dia nak naik kat tangan kau dah weh"
Kata Farhan dengan suara yang di acah acah risau.

"Kau fikir aku akan percaya ? dah banyak kali kau tipu aku so pergi blahh la weh. Aku nak tidur pun tak tenang" Kataku berlagak.

Hek eleh abang aku ni pun. Nak tipu pun agak agak ah. Macam ah sebelum ni dia tak pernah cakap cemtu kat aku.

Tiba tiba ..

Aku terasa ada benda lembik dan bergetah menapak elok di atas lengan kiriku. Cicak ke ni !? Repeat , CICAK KE !?

Aku meraba - raba lengan kiriku menggunakan tangan kanan sambil memejam mata. Aku merasakan terpegang benda. Benda yang agak panjang dan kecil. Maybe ekor cicak tu kut. Tanganku masih memegang ekor 'cicak' tersebut dengan syok sekali.

"Best pegang ekor cicak ?" abang Farhan membisikkan pada telingaku.

Wait what !? Ekor CICAK !? Yang aku ni syok sangat pegang ekor cicak tu dah kenapa !?

"ARGHHHHHHHHHHHH !" Bergema seketika di dalam bilik itu dengan suara pekikanku.

Segera aku bangun dari tidurku dan berdiri di atas katil sambil membalut badanku menggunakan comforter. Ye lah mana tahu kut kut cicak tu ttbe naik pulak en. Ye dak ?

"HAHAHAHAHAHAHAHA LAWAK AH KAU NI DIK" Terburai ketawa Farhan.

Aku memandangnya pelik.

Haa dah kenapa abang aku sorang ni gelak ttbe. Something fishy here.

"Asal dengan kau ni doh ? Kau okay tak ? Ke tengah tak sihat ni ?" Soalku lurus bendul.

"HAHAH takde ah aku sihat walafiat aje cuma aku sa..." suara diperlahankan dan matanya sengaja diredupkan.

Sa apa ? sakit ke ? Aku mula risau. Abang aku ni dah kenapa ? Entah entah dia ada penyakit yang di sembunyikan.

Cepat - cepat aku menggelengkan kepalaku. Haih asyik fikir negatif je kau ni Ariana. Cuba fikir positif pula. Maybe dia saja nak mengenakan aku kut.

"Cuma apa ?"

"Cuma.."

"Elok elok ah. Cuma apa ?" Suara ku sedikit ditinggikan.

"Cumaa.." sekali lagi suaranya dikendurkan.

"Cuma apa ? Bagitau lah aku. Please ah jangan camni. Aku risau ni bang" Tubir mata ku terasa agak panas. Nak menangis mungkin.

"Cuma aku tipu kau je tadi. Actually tu cicak palsu. Kawan aku bagi. Hehe berguna jugak eh benda tah pape tu" Abang Farhan tersengih.

CICAK PALSU JE ? OKAY JOM LA JOIN AKU TUMBUK AUTHOR BERAMAI RAMAI. HUHUH BOLEH PULAK AUTHOR TULIS CICAK PALSU.

"Tak lawak ah weh ! Kau tahu tak betapa aku risaunya dekat kau tadi. Ey !" Aku menumbuk abang Farhan bertalu talu pada bahunya. Hah rasakan penumbuk taekwando aku ini.

Bengang mak aih dengan mamat terputus wayar dekat otak ni. Boleh jadi geng dengan Isyraf betul. Huh !

"Auch sakit la dik !" Suara abang Farhan sedikit meninggi menunjukkan dia betul betul sakit. Abang Farhan membuat gaya ultraman.

"Eh eh apa main tumbuk - tumbuk ni. Farhan , mummy suruh kejutkan Ary bukannya suruh main Ultraman. Haih budak ni dah kahwin pun childish lagi" Kata Datin Emyla sambil bercekak pinggang.

"Hahaha padan muka kena marah. Werk !" Aku menjelirkan lidah pada Abang Farhan.

Abang Farhan hanya menjeling sambil mencebik.

"Ary ni pun satu. Dah lewat ni. Pukul 6.30 pagi dah. Ary nak pergi sekolah pukul berapa huh ? Dah solat subuh ke belum ?" Mummy memandang padaku.

Aku mengerling pada jam yang tergantung di dinding bilikku. Omg dah pukul 6.30 a.m lah ! Mati lah aku comfirm lewat nak pergi sekolah.

"Ary abc. Takpe ah mummy Ary nak pergi mandi. Dah lewat ni. Abang Farhan la ni bukan nak kejut kan Ary, mengusik Ary adalah" Kata ku sambil bergegas mengambil tuala lalu memasuki toilet.

" Ish ish ish anak dara sorang ni. " sempat mummy membebel. Huhu sabar aje la mummy dapat anak macam Ary ni.

Aku hanya mandi ala kadar dan terus bersiap memakai baju dan tudung untuk ke sekolah. Luckily aku dah siap - siap iron baju and tudung sekolah hari tu. Tak ada lah nak kalut sangat.

" Awalnya anak daddy nak pergi ke sekolah hari ni. Pukul 7.15 pagi dah" Daddy menyindirku.

Aku hanya tersengih menayangkan gigiku yang tersusun cantik sambil membuat muka innocent + cute. Ahaks !

"Haa tak payah duk buat muka cute. Tak cute pun. Jom daddy hantar ke sekolah. Dah lewat ni, kang ada yang kena marah dengan cikgu hari ni" Kata daddy sambil mengambil kunci kereta BMW miliknya.

Aku hanya mencebik. Sampai hati daddy cakap anakmu yang cute ni tak cute. Mueheheheheeheh

***

Aku melihat jam tanganku. Baru pukul 7.29 ni sempat lagi kalau aku berlari memasuki perkarangan sekolah sebelum pukul 7.30.

Segera aku berlari laju ke arah pintu pagar sekolah. Bak kata mat salleh as fast as lightning.

"Sila tulis nama kau di sini. Kau terlambat 1 minit" Kata pengawas itu sambil menunjukkan ke arah buku catatannya itu yang berada di atas meja disediakan tetapi badannya membelakangkanku.

Yang peliknya, dia pakai blazer hitam pengawas sekolah tapi seluarnya seluar murid biasa. Asal eh ?

And one more thing, suara dia macam Isyraf. Hmmmmm..

Ah lantaklah none of my bussines.

"Alaa 1 minit je kut. Please bagi aku masuk ke dalam sekolah without kena tulis nama dalam buku ni"

" 1 minit ke 2 minit ke kau tetap melanggar peraturan sekolah. Dahlah tulis cepat nama kau kat sini malas aku nak layan karenah kau ni " Nada pengawas lelaki itu sedikit tegas.

Aku segera menulis namaku dibuku buruknya itu. Oppss terlepas uhuks

"Dasar pengawas gila kuasa." kataku sebelum beredar dari situ. Entah pengawas itu dengar ke tidak.

"Aku dengar okay !" laungnya dari jauh tetapi masih membelakangkan aku.

Lantak ah kalau kau dengar sekali pun dasar pengawas gila kuasa.

Tapi kan tertanya - tanya jugak aku agaknya dia tengah buat apa la sampai tak nak pandang langsung padaku. Apa dia ingat muka dia mahal sangat ke ? Werk

Anggap dia ada penyakit yang tak boleh berpusing mukanya apabila bercakap dengan orang lain je lah. Huhuhu

-------------------------------------------------------------

Yippieeee ! Hai gais actually nak buat double update hari ni but entah mcm mana ttbe bab 10 hilang. Sakit hati betul. Dah lama siap 2 bab ni cuma author je pemalas sikit nak update sebab nak edit dulu sikit2. Btw vote pls sis rasa tak dihargai pun karya ini. ( ceh drama lebih hahahahah )

My Husband , My Crush ?Where stories live. Discover now