Bab 2

9K 408 18
                                    

"Lambatnya minah ni datang sekolah. Dah 10 minit aku tunggu. Haih sabar je lah." Aku menunggu Isya di kantin. Saje nak tunggu dia kat kantin biasanya aku tunggu dalam kelas je.

Tiba tiba terngiang ngiang ayat daddy dalam kepala aku. Hish serabut !

"Woi Ariana" sergah satu suara yang cukup aku kenal.

"Eh mak kau kucing terbang dalam hutan. Isya !!" Lantang suara aku. Geram pulak dengan Isya ni.

Tak pasal pasal semua pelajar memandang kami sebab aku melatah dengan suara yang kuat. Ada yang gelak, ada yang buat derk, ada yang turut terkejut mendengar suara lantang aku. Mana nak sorok muka aku yang cun ni. Mummy !!!

"Hahahahaahaah lek lah weh. Kau tunggu aku eh ? wah terharu beb. Btw lawa gila kau hari ni. Tapi lawa tu hilang bila kau marah huhu" Isya tersengih sengih macam kerang busuk.

Aku mencebik. Marah aku dekat dia masih bersisa sempat lagi dia gelak. Huh pujuk la sikit.

"Merajuk lagi ke ? Baru nak cerita dekat kau pasal Isyraf. Takpe la kalau tak nak berbual dengan aku." Isya yang tengok Ariana mencebik try pancing dia guna ayat ni pulak. Minah ni pantang dengar nama Isyraf.

"Haa asal dengan Isyraf ? Cerita la weh. Dah lama kau tak cerita pasal dia" Ariana membuat muka ecxited apabila mendengar nama crushnya.

"Amboi happy nampak bila aku sebut nama dia. Aku nak cakap berita penting untuk kau, hari ni en dia pindah sekolah k.."

Belum sempat Isya menghabiskan ayatnya, terdengar suara pelajar pelajar perempuan menjerit macam orang tak betul.

"Wah handsome gila!"
"I love you pelajar baru ! "
"Dah la handsome, body pun hot and tegap macam Kim Woo Bin. Perfect sia !"

Memang pelajar perempuan sekolah aku pantang jumpa lelaki handsome mesti akan menggedik tak ingat dunia.

Tapi bukan semua pelajar perempuan, sesetengah je. Cuma kebanyakkannya macam tu la. Aku dengan Isya tak termasuk sekali woi.

"Eh asal dorang melalak macam jumpa manusia hensem gila je ? Jom pergi tengok. Jap lagi kau sambung balik cerita pasal Isyraf."

Ariana menarik lengan Isya tanpa mendengar terlebih dahulu cerita Isya pasal Isyraf. Isya hanya membiarkan sahaja. Dia pun teringin nak tahu siapa pelajar baru yang handsome 'gila' tu.

'Jap.. Pelajar baru yang handsome 'gila' tu cousin aku ke ? Tak mustahil pelajar perempuan tergilakan dia sebab dia memang handsome' Monolog Isya sendirian di dalam hatinya.

Terlopong Ariana melihat
pelajar baru itu. OMG Isyraf weh !
Cepat cepat Ariana membetulkan tudungnya yang sedikit senget.

Cis Isya bukan nak beritahu awal awal crush aku pindah sekolah ni. Tapi bukan ke tadi dia nak cakap berita penting untuk aku then aku tarik lengan dia eh ? Mesti dia nak cakap Isyraf pindah sekolah ni. Hehe

"Tepi sikit. Aku nak lalu ni perempuan" Suara yang sedap didengari menegur aku. Dia betul betul berada di depan aku.

Dia ni tegur aku tapi tak pandang langsung pada aku. Hish ! Aku tak suka betul bila orang bercakap dengan aku tak pandang mata. Bagi aku, aku rasa macam biadap sikit.

"Istg his voice is so nice."
"Untunglah Ariana pelajar baru tu tegur dia"
"Damn his voice. Too perfect ! I perlukan udara."

Haa dah berbunyi dah suara cengkerik cengkerik ni.

"Sebelum saya ke tepi saya nak tanya sikit. What is your name ? My name is Sara Ariana. Just call me Ariana."

Walaupun aku dah tahu nama dia saja nak tanya. Nak dijadikan modal untuk berbual.

My Husband , My Crush ?Where stories live. Discover now